Cara paling mudah kupas kulit kentang


Kentang telah menjadi salah satu bahan makanan sampingan yang diminati semua golongan. Antara produk dari hasilan kentang ialah jejari kentang goreng dan kentang putar. Ramai orang yang memanfaatkan kentang sebagai makanan alternatif untuk membantu program diet mereka. 

Ia kerana kentang kaya akan karbohidrat hampir sama seperti nasi atau gandum, namun dengan jumlah kalori yang lebih sedikit. Selain itu, kentang mengandung vitamin dan mineral yang tinggi sehingga bermanfaat untuk kesihatan tubuh. 

Adakalanya proses membuang atau mengupas kulit kentang merumit serta leceh bagi sesetengah orang. Namun dalam artikel ini saya kongsikan kepada anda kaedah yang mudah dan mungkin juga menyeronokkan dalam proses mengupas kulit kentang. Lihat videonya di bawah :




Kita perlukan penyampaian khutbah yang BERTENAGA!


Khutbah sering dikaitan dengan solat Jumaat namun ada beberapa lagi khutbah yang lain seperti khutbah nikah, khutbah ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha.

Definisi dari segi bahasa

" Khutbah " , secara bahasa , adalah ' perkataan yang disampaikan di atas mimbar ' . Adapun kata " khitbah " yang seakar dengan kata " khutbah " ( dalam bahasa Arab ) bererti ' melamar wanita untuk dinikahi ' . " Khutbah " berasal dari bahasa Arab yang merupakan kata bentukan dari kata " mukhathabah " yang bererti ' perbincangan ' . Ada pula yang mengatakannya berasal dari kata " al - khatbu " yang bererti ' perkara besar yang diperbincangkan ' , kerana orang - orang Arab tidak berkhotbah kecuali pada perkara besar .

Definisi dari segi istilah

Sebahagian ulama mendefinisikan " khutbah " sebagai ' perkataan tersusun yang mengandungi nasihat dan maklumat ' . Akan tetapi , definisi ini terlalu umum . Adapun definisi yang lebih jelas ialah definisi yang diberikan oleh Dr . Ahmad Al - Hufi iaitu , ' Cabang ilmu atau seni bercakap di hadapan banyak orang dengan tujuan meyakinkan dan mempengaruhi mereka ' . Dengan demikian , khutbah harus disampaikan secara lisan di hadapan banyak orang dan harus meyakinkan dengan hujah - hujah yang kuat serta memberikan pengaruh kepada pendengar , baik itu berupa motivasi atau peringatan .

Khutbah Jumaat pada masa kini sama ada khutbah Jumaat atau solat sunat hari raya, ia dilihat hambar, lesu dan mendodoikan para jemaah. Terutamanya pada khutbah solat Jumaat, boleh dilihat betapa ramainya jemaah yang telah hilang kepalanya seolah-olah termasuk ke dalam tengkuk seperti kura-kura yang berkemampuan untuk memasukan kepalanya ke dalam cengkerangnya.

Khutbah pada masa kini telah diseragamkan denga teks khutbah yang sama di dalam daerah atau negeri tertentu. Ia dibuat atas alasan menjaga isi kandungan khutbah dari diselewengkan imam dengan menyampaikan perkara yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Lantaran itu ia kedengaran sangat statik dan tidak dinamik. Ini membuatkan jemaah cepat mengantuk. Isi kandungan khutbah seperlunya berdasarkan permasalah atau perihal penduduk setempat di kawasan kariah masjid itu. Ini lebih afdal kerana secara tak langsungnya imam dapat menegur dan menyampaikan penyelesaian masalah masyarakat setempat mengikut syariah.

Di bawah ini merupakan salah satu contoh khutbah yang bertenaga dan menyegarkan mata orang yang mengantuk.  Juga membuatkan apa yang ditegur cepat sampai dan masuk ke dalam qalbu jemaah  :




*Komen:

- sila fahamkan isi kandungan yang tersirat disebalik teguran keras imam yang berkhutbah itu

- khutbah yang bertenaga bukan bermakna imam kena terjerit-jerit tetapi imam kena bijak memainkan intonasi suara serta pandai "memainkan emosi" jemaah agar lebih menjiwai apa yang disampaikannya.

Sidek Hussain (pelakon) meninggal dunia


Pelakon Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di sisi isterinya, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam (27 April 2014), akibat kanser tahap empat. Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan kesan sampingan daripada penyakit itu telah merebak ke seluruh badan.
 
Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. Allahyarham pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Studios dan beberapa lagi filem tempatan.

Al-Fatihah.



Berikut adalah antara filem yang arwahyarham pernah berlakon :

2013: Paku Pontianak - (Pelakon Pembantu)

2011: Rasuk - (Utama Pelakon / Pelakon)

2011: Karak - (Pelakon Pembantu)

2007: Orang Minyak - (Pelakon Pembantu)

1991: Bintang Malam - (Pelakon Pembantu)

1984: 13 Mei - (Pelakon Pembantu)

1982: Langit Petang - (Pelakon Pembantu)

1981: Toyol - (Pelakon Utama / Pelakon)

1981: Fotograf Maria - (Pelakon Utama / Pelakon)


Kelebihan zikir 'la-illahaillallah'


Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” ertinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Zikir yang paling utama ialah “La-ilahaillallah” dan doa yang mulia ialah “Al-Hamdulillah”.

Kelebihan :

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. 

Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dari api Neraka Jahanam.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

Resepi Biskut Tutku (Turkey)

 
Biskut Tutku  (Tutku biscuit)

Tutku adalah biskut tradisional negara Turkey berbentuk seperti roda yang menarik dengan inti coklat cair. Kanak-kanak pastinya sangat menyukainya. Dewasa sering mengidamkan biskut ini. Ia kelihatan hebat dan comel di atas pinggan untuk dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu pagi atau minum petang.

Dalam artikel kali ini saya berkongsikan resepi dengan pembaca akan resepinya. Sukar juga saya mencari dan merujuk dari pelbagai sumber dan akhirnya saya bertanya kepada seseorang dari luar negara. Dia adalah seorang Muslim Jerman yang ada perkaitan dengan negara Turkey. Terima kasih kepada beliau atas resepi yang diberitahu olehnya pada saya. 

Asalnya di dalam bahasa Inggeris serta mungkin ada bahasanya yang tidak tepat tetapi saya cuba terjemahkannya dan membuat penambahbaikkan mengikut pemahaman saya ke dalam bahasa Melayu sebaik mungkin.  Mohon maaf andai ada bahagian penerangan yang anda kurang faham.

Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)

Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.  

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.  Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.

5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.


 *Saya cuma berkongsi resepi. Sebarang pertanyaan mengenai bagaimana itu, macam mana ini, saya tidak tahu.



----------------------------------


Klik pautan di bawah untuk mempelajari pembuatan kek yang istimewa :

Sensasi Kek Coklat



 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan