Handphone YB Pakatan Rakyat digodam


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pada petang 14 Mac 2014, mereka telah menerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah digodam (hacked).

Difahamkan banyak SMS yang menyerang parti komponen Pakatan Rakyat, yang kononnya telah dihantar oleh pimpinan KEADILAN.

Pimpinan parti tidak pernah menghantar sebarang mesej sebegitu, dan KEADILAN menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Usah lah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah!


Artikel berkaitan :

Telefon Nurul Izzah, Tian Chua digodam, cubaan gugat jentera PR

Asal usul nama Kajang di Selangor


Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang.

Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.

Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang.

Sate Kajang yang popular di seantero Semenanjung Malaysia
Stadium Kajang menjadi lokasi riadah rakyat setempat
  
Terdapat lima pendapat yang popular tentang asal usul nama Kajang :

Pendapat Pertama : 
Dipercayai Kajang mulanya telah diterokai oleh orang-orang asli dari suku Temuan kira-kira sejak tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

Pendapat Kedua : 
Seorang pembesar di Sungai Ujong bernama Batin Berenggai Besi, pernah mendirikan beberapa pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang yang dilipat kajang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang yang dilipat kajang.

Pendapat Ketiga : 
Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing ialah berpondok/berteduh. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu ke Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Pendapat Keempat : Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang.

Pendapat Kelima 
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

Peragut bermotorsikal ditembak dengan bazooka


Bazooka adalah nama untuk senjata anti kereta kebal. Ia merupakan sejenis senjata roket pelancar mudah alih, secara meluas dalam peperangan moden. Juga dirujuk sebagai "Stovepipe", inovasi bazooka adalah antara generasi pertama tahun senjata beroket anti-kereta kebal yang digunakan dalam pertempuran infantri.



Di dalam artikel kali ini saya mengajak anda untuk menonton rakaman kejadian ragut di kawasan tempat letak kenderaan yang berada di dalam bangunan. Di dalam video ini kelihatan seorang wanita yang sedang leka berbual menggunakan telefon telah diragut oleh penjenayah yang bermotorsikal.  Kejadian selanjutnya, anda saksikan dan nilaikan sendiri motif sebenar video ini dirakamkan...



*KOMEN:

- Awas, meragut boleh mendatangkan maut...!

- Untuk pendapatan yang lebih halal, di dalam keadaan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan tanpa batasan, lebih baiklah bekerja menjaga lembu meragut rumput dari membuat jenayah ragut...

Keputusan AFC Cup : Kelantan - South China (12.03.2014)

Kumpulan G
12 Mac 2014

Lokasi Perlawanan :
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan


- KEPUTUSAN PENUH -

Kelantan (Malaysia)  2  -  0  South China (Hong Kong)

Wan Zaharulnizam 71'  (Kelantan)
Mohamad Gaddar 83' (Kelantan)

Sebelas panduan untuk blogger baru


Sebelum mula membina blog anda yang pertama (atau mungkin baru), anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara asas dalam dunia blogging. Anda perlu mengikut beberapa peraturan, strategi dan kaedah berblog untuk memastikan blog yang berjaya untuk jangka masa panjang.

Kaedah 1 
Memberi tumpuan kepada topik tertentu. Menulis beberapa artikel pertama tentang tajuk tertentu dan mengekalkannya untuk tempoh beberapa lama. Malah dalam sesetengah kes, anda masih boleh membuat beberapa artikel di luar topik dari semasa ke semasa tetapi hakikatnya bahawa lebih kurang 80% daripada "weblog" anda patut dikhususkan untuk tema utama anda. Oleh itu, adalah penting untuk menentukan skop atau "skrip" pada permulaan dalam setiap artikel yang diterbitkan.

Kaedah 2
Mesti mengekalkan momentum penulisan beberapa siri rencana atau artikel yang pertama. Anda patut serius untuk hari pertama blog anda diterbitkan dan berterusan pada hari-hari berikutnya. Artikel-artikel ini sepatutnya menjadi asas kepada indentiti atau imej utama blog anda di masa hadapan.  Ia juga menjadi pemangkin kepada hala tuju blog yang dibangunkan.

Kaedah 3
Menerbitkan artikel yang berkualiti tinggi.  Maksudnya ialah setiap artikel yang diterbitkan mempunyai kadar carian kata kunci yang tinggi di internet serta mempunyai keperluan yang positif di kalangan pengguna internet. Mungkin bagi blogger baru, anda boleh menumpukan beberapa siri artikel pada peringkat awal dengan membuat artikel berkenaan dengan petua perubatan dan kesihatan. Ia adalah salah satu "niche market" (pasaran yang khusus) atau kata kunci yang tinggi cariannya di internet

Kaedah 4
Kekerapan menerbitkan artikel. Menyiarkan artikel setiap hari selama sebulan atau lima minggu berturut-turut pada peringkat awal dan kemudian anda boleh mengurangkan kadar kekerapan berkenaan mengikut jadual seharian anda. Namun jika anda ingin meneruskan seberapa banyak kekerapan penerbitan artikel, itu adalah lebih baik. 

Kaedah 5
Membina jaringan komunikasi anda sendiri. Komunikasi antara laman blog anda dan laman web "bookmarking sosial" seperti "Digg" dan "Delicious" adalah penting. Ia seumpama mendaftarkan blog anda pada direktori. Sekiranya anda memilih tema dan gaya penulisan yang unik dan klasik , ia mungkin akan menjadi perhatian masyarakat internet dan anda akan meningkatkan rating blog anda dengan cepat.

Kaedah 6
Hantar suapan (link) artikel blog anda ke laman web RSS (Really Simple Syndication) seperti "Burner Feed" dan laman web "newsletter". Ia sebenarnya memudahkan para pelawat blog melanggan berita atau artikel dari blog kegemaran mereka secara automatik setiap kali anda menerbitkan artikel terkini. Ia juga diibarat seperti alat pemberitahuan automatik.

Kaedah 7
Jangan abaikan pengaruh "forum". Melibatkan diri secara aktif dalam forum khususnya yang berkaitan dengan industri atau bidang anda, serta mula menyumbang sesuatu dalam forum berkenaan akan meningkatkan kadar aliran trafik ke blog anda secara tidak langsung. Antara forum yang agak popular di kalangan blogger ialah seperti Carigold, Wangcyber dan Tokeikedai.

Kaedah 8
Menghantar jemputan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Hantar emel kepada orang yang anda kenal dan jemput mereka untuk melawat blog anda. Jika anda merupakan seorang peniaga atau usahawan, hantarkan emel jemputan berkenaan kepada pelanggan atau bakal pelanggan. Namun harus diingat sebelum melakukannya, pastikan blog anda telah lengkap dengan segala maklumat serta kelihatan kemas, jika tidak ia akan memalukan anda.

Kaedah 9
Gunakan kaedah offline. Contohnya bahan bercetak seperti kad bisnes, kad nama atau helaian iklan yang tertera alamat blog yang ingin anda promosikan.

Kaedah 10 
Membina "backlink" pada blog blogger yang lain. Mempunyai link atau pautan blog anda di dalam blog orang lain adalah salah satu kaedah tradisional yang masih lagi releven dalam dunia blogging.  Bertukar-tukar pautan dengan blogger lain merupakan langkah berkesan dalam membina jenama dan persahabatan di internet.

Kaedah 11
Pastikan anda tidak terlalu banyak wedget, video atau gambar yang dihoskan ke blog anda sendiri.  Ia bermaksud jika anda ingin memaparkan video atau gambar yang berkaitan dengan diri anda atau perniagaan anda, adalah lebih baik jika anda menggunakan pautan album dari khidmat laman web luar seperti Youtube atau Picasa.  Jika tidak blog anda akan lambat dipaparkan sepenuhnya dan pelawat akan bosan serta meninggalkan blog anda.



*KOMEN :
-Teruskan berblogging tanpa perlu risau akan jumlah trafik yang diterima. Jika anda benar-benar minat dengan blog dan ikhlas dalam menulis artikel, para pembaca akan tertarik dan mengikuti blog anda tanpa dipaksa.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan