Destinasi Pelancongan : Tanjung Rhu, Langkawi


Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim (Kilim Natural Geopark).



Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . Bot-bot nelayan ini tidaklah besar , cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong.



Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa . Ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar ikan. Aktiviti memancing juga disediakan.

Tanjung Rhu terdedahkan kepada fenomena air pasang dan air surut. Oleh itu pada masa air pasang, akan kelihatan pangkal pokok bakau yang tenggelam dan semasa air surut, pokok-pokok ini kelihatan hingga ke akarnya yang bercerancang.



Gunung Kelud meletus, debu meliputi Yogyakarta & Surabaya


Letusan Gunung Kelud, Kediri , Jawa Timur , menimbulkan hujan debu beserta batu . Hujan abu gunung berapi, kesannya juga dirasakan warga Yogyakarta dan Surabaya yang berjarak ratusan kilometer dari Kediri.

Di dalam bandar Kediri debu gunung berapi dan batu menutupi aspal sampai ketebalan 10 sentimeter . Seperti yang dikicaukan oleh @ bentangwaktu , badan Jalan Raya Plosoklaten - Wates menjadi lautan abu gunung berapi ketebalan 5 hingga 10 sentimeter.

Dalam lini masa @ infoKEDIRI , terpantau hujan debu gunung berapi kesan dari erupsi Gunung Kelud menyambangi Yogyakarta , Wonogiri , Sidoarjo , Jawa Tengah . Selain menghampiri wilayah Jawa Tengah , debu gunung berapi ini turut sampai hingga Batu , Malang , Surabaya .

 

Hujan debu gunung berapi sudah mulai reda sejak pukul 03.30 WIB khususnya di Kasembon , Malang . Hal yang sama juga berlaku di Kediri , hujan abu gunung berapi mula berkurang . Namun kini ketebalan pasir abu di Kediri merata hingga 15 sentimeter , untuk warga sekitar dijangka menggunakan topeng .

Jika mempunyai bayi dan kanak-kanak, pastikan mereka memakai topeng. Sekiranya tidak ada topeng gunakan kain rangkap yang telah dibasahi terlebih dahulu . Selain dihujani debu gunung berapi , kini bau belerang pun dengan mudah dihidu .


Masyarakat diketahui telah menjadi pelarian sejak jam 18.00 secara peribadi , dan digalakkan terus agar tidak panik dan tertib , diharapkan tetap berada di dalam bilik . Sudah sejak dua minggu terakhir , warga sudah mulai mengemas barangan dan dokumen penting . Warga dari desa Wates , mengungsi hingga sejauh 27 kilometer.

*Sumber dari Metrotvnews

Fenomena Aneh - Pokok Petai Menangis


Pokok Petai Menangis ?. Itu yang menjadi tajuk perbualan orang ramai di Kelantan apabila sebatang pokok petai di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas didakwa mengeluarkan air mata dan tangisan seakan-akan kanak-kanak menangis.

Lebih mengejutkan fenomena pelik yang dipercayai berlaku sejak malam Jumaat lalu (06/02/2014), hanya terjadi pada sebelah malam iaitu selepas waktu maghrib sehingga awal pagi. Keadaan itu menggemparkan penduduk kampung sehingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar daerah untuk melihat sendiri ‘keaijaibannya’. Kejadian aneh itu turut menarik perhatian kru RTM yang turut membuat tinjauan ke kawasan itu untuk mencari kepastian.

Ketika wartawan RTM berada di lokasi sekitar jam 11 hingga 1 pagi mendapati, seakan-akan hujan renyai-renyai turun dari pokok petai terbabit namun tidak pula mendengar tangisan kanak-kanak seperti didakwa.

Menurut penduduk Abdul Razak Manaf, dia mula menyedari keadaan pelik pada malam jumaat lalu selepas terjaga dari tidur kira-kira jam 3 pagi apabila mendengar suara kanak-kanak menangis.

Namun sangkanya, tangisan itu datang dari rumah jiran, bagaimanapun selepas bertanyakan kepada jirannya mereka menafikan.

Menyedari malam berikutnya tangisan itu berulang lagi, beliau mengambil keputusan untuk mengesan arah bunyi tangisan itu.Sementara itu bagi Pengerusi JKKKP kampung Bechah Semak,Shaari Ali beliau berharap anak mukimnya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut sehingga membawa khurafat.

Wartawan- Maisarah Shapiin.



**Komen :

-Segala yang berlaku merupakan kehendak dan ketentuan Allah SWT.
-Pokok petai berkenaan terlebih air, maka melalui sistem perkumuhan pokok itu, lalu dikeluarkan air laksana sedang menangis.

Destinasi Pelancongan : Pantai Kemasik, Terengganu


Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih.

Pantai Kemasik terletak di persisiran Kampung Kemasik, Kemaman. Dari sudut bentuk muka bumi, Kemasik terletak di persisiran pantai. Kebiruan air laut dan panorama langit yang sungguh indah membuatkan seolah-olah berada di suatu penempatan yang baru. Pokok-pokok kelapa di persisiran pantai yang tumbuh melata, bot sangkut nelayan dan kawasan pantai lagun pasti menggamit siapa jua yang datang ke sini. 

Di kawasan pedalaman Kemasik, terdapat kawasan tanah berpaya dan kawasan tanah pamah bagi mereka yang ingin melaksanakan aktivti pertanian. Paling menarik, cara kehidupan kampung masih dikekalkan di kawasan ini dan sekitarnya.


Di sekitar Pantai Kemasik dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tapak meletak kenderaan, wakaf untuk berehat, taman permainan kanak-kanak, kiosk jualan pelbagai barangan, tandas awam, papan tanda, tong sampah, jalan berturap dan surau.

Dengan keunikan bongkah-bongkah batu kelihatan seperti bukit-bukit kecil ditepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan. Anda juga boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah bukit berbatu.



Di situ ada sebuah batu besar yang boleh dipanjat dan membolehkan anda melihat panorama Pantai Kemasik dari sudut berbeza tetapi di nasihatkan supaya berjaga-jaga dan memakai pakaian serta sepatu yang sesuai. Berhampiran pantai ini terdapat perkampungan nelayanyang aktif.

Sekitar pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil tangkapan mereka yakan di jual secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan dan pasti harganya lebih murah berbanding di pasar-pasar tertentu.


Pantai ini juga menjadi tumpuan pengunjung untuk merakamkan suasana matahari terbit di samping mengabadikan pemandangan setempat dalam kamera digital seperti aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda.




Inai Di Jari - S.Jibeng (versi asal)


Allahyarham Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng, merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan KuGiRan (Kumpulan Gitar Rancak)
Beliau meninggal pada 7 Februari 2006.

Antara lagu beliau yang popular sehingga ke hari ini (selain dari lagu raya) ialah "Inai Di Jari", namun mungkin ada yang tidak sedar bahawa ianya mempunyai dua versi yang berbeza. 

Versi yang sering dimainkan di radio tatkala ini ialah versi yang telah diubah terutamanya dari segi lirik (seni kata) kerana dalam versi asal, dikatakan oleh sesetengah pendengar bahawa ada rangkapnya mengandungi kata-kata kiasan yang agak lucah. Anda nilaikan sendiri apakah sungguh bagai dikata oleh mereka...

Berikut adalah lagu versi asal dengan muzik yang juga muzik asal :



 Yang ini adalah versi ubah-suai :



**Al-Fatihah....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan