Gambar banjir sekitar Pahang


Rakyat negeri Pahang, khususnya yang berada di pinggir sungai dan tempat rendah, telah diminta bersedia dan segera berpindah (sekiranya tempat masih belum banjir) kerana menghadapi kemungkinan banjir.

Ini ditambah lagi dengan keadaan hujan lebat yang mulai turun di sesetengah kawasan dalam awal Disember  2013 ini.  Beberapa kawasan seperti di Kuantan telah mengalami banjir teruk sehingga melumpuhkan aktiviti seharian bandar berkenaan. Persediaan rapi perlu dibuat kerana apabila musim banjir tiba kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamatkan semua benda. Oleh itu, sekurang-kurangnya dokumen-dokumen penting sudah mula diselamatkan.  Pastikan sebelum meninggalkan rumah tutup semua suis elektrik dan menutup tingkap serta mengunci pintu rumah. Awasi pergerakan anak-anak anda!

Peringatan juga bukan sahaja untuk negeri Pahang, ia juga sebagai persediaan kepada penduduk negeri lain terutamanya yang berkawasan rendah dan ada sejarah banjir.

Keadaan banjir sekitar Pahang :








*sumber foto dari internet (facebook/blog)

Diet Makanan dan Minuman Nabi Muhammad S.A.W


Tabiat pemakanan yang baik boleh diteladani dengan mengikuti kaedah yang dipilih oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jika diteliti, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan Al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Nabi Muhammad S.A.W turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Makanlah sekadar  mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat bekerja. Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3  untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi bersih dan baik.

Di bawah ini, saya taipkan antara makanan dan minuman yang menjadi pilihan Nabi Muhammad S.A.W dalam diet untuk kesihatan baginda :

1. Kurma – Nabi Muhammad S.A.W berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seolah-olah  rumah yang tidak ada makanan.
2.
Buah Tin – Buah dari syurga, boleh mengubati buasir.

3.
Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup / direnehkan.
 
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5.
Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi, menguatkan belakang, memperbaiki otak,memperbaharui pandangan mata dan menghindarkan lupa.

8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Sebagai rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10.
Air Maksudnya di sini adalah air yang telah dimasak secukupnya. Selain dari dapat menstabilkan suhu dalam badan, ia dapat menggantikan bendalir yang hilang dalam badan serta membantu proses pembaikan tisu-tisu dalam badan.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. - See more at: http://wanfauzi.com/makanan-kegemaran-rasulullah-s-a-w/#sthash.QUk9PxxM.dpuf
12. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Madu boleh mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Madu elok diminun waktu pagi dengan air suam.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. - See more at: http://wanfauzi.com/makanan-kegemaran-rasulullah-s-a-w/#sthash.QUk9PxxM.dpuf
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. - See more at: http://wanfauzi.com/makanan-kegemaran-rasulullah-s-a-w/#sthash.QUk9PxxM.dpuf

Ulama menyantuni kucing ketika sedang menyampaikan kuliah


Seekor kucing hadir majlis pengajian Hadith Syeikh Usamah di Masjid Al Azhar. Lihatlah bagaimana akhlak ulama yang sangat terpuji ini.  Beliau dilihat tidak rasa terganggu dengan kehadiran kucing itu bahkan sambil menyampaikan kuliahnya, beliau terus membelai kucing berkenaan dengan mesra.  Kucing itu seakan berminat untuk mendengar apa yang disampaikan Syeikh Usamah.

Nabi Muhammad S.A.W dahulu sanggup membiarkan kucing tidur di atas pakaiannya dan memotong lengan baju baginda kerana bimbang kucing belaan baginda itu terbangun. Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi.  

Malah baginda pernah memberitahu bahawa air yang telah diminum oleh kucing adalah suci dan masih boleh digunakan untuk berwudhu' (air sembahyang) Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat bukan hanya untuk manusia tetapi untuk keseluruh dan semua isi alam ini.

Video





 Klik gambar di atas sekarang!

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan