Bayi berlatih sukan pingpong


Potensi manusia sebenarnya belum habis diterokai.  Malah manusia sendiri belum dapat menggunakan potensi otak secara keseluruhannya. Genius terkenal dunia seperti Albert Einstein dikatakan penggunaan otaknya sekitar 5%, sudah mampu mencipta dan berfikir sesuatu yang hebat, inikan pula jika potensi otak berjaya digunakan 100%.

Atas sebab inilah pada zaman kegemilangan tamadun manusia dahulu, mereka dapat membina empayar kerajaan yang hebat dan mampu membina dan melakukan perkara yang hebat serta dianggap ajaib di dunia pada zaman kini seperti Piramid Agung Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes, Stonehenge dan Rumah Api Iskandariah.  Namun tak kurang hebatnya tamadun bangsa Melayu yang sengaja dihilangkan dalam sejarah peradaban dunia oleh pihak-pihak tertentu.

Tiap jenis pekerjaan atau ciri-ciri kehidupan manusia juga menjadi faktor pendorong peratusan penggunaan potensi otak. Ahli sukan, ahli politik, doktor atau seseorang yang melibatkan diri dalam bidang kreatif, mempunyai peratusan penggunaan potensi otak yang lebih tinggi daripada mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.

Maka sejak dari awal lagi, bayi mempunyai kebolehan untuk cepat mempelajari keadaan persekitaran mereka.  Malah dalam Islam, sudah digalakkan ibu bapa untuk "mengajar" bayi dalam kandungan mengenali agama Islam dan kemahiran tertentu sebagai persediaan menghadapi dunia luar.

Jika sebelum ini saya berkongsikan artikel bertajuk Bayi menari Gangnam Style, kali ini saya memaparkan pula video bayi yang menerima latihan sukan pingpong.  Pasti jika ini berterusan, bayi ini akan mampu menjadi juara dunia dalam sukan pingpong apabila dewasa kelak.

13 Cerita Seram Sebenar Jepun

 

Kadang-kala kisah seram "seronok" untuk dibaca atau ditonton. Lebih-lebih lagi di masa anda tiada apa-apa nak dibuat sama ada tiada siaran tv yang menarik, kerja-kerja di rumah telah selesai ataupun anda kesepian.

Dalam artikel kali ni saya kongsikan video yang diambil dari laman web Youtube berkenaan dengan video seram yang memaparkan kisah-kisah seram yang dikatakan benar-benar berlaku. 

Sama ada ianya sungguh berlaku, hanya sekadar rekaan ataupun sekadar suam-suam seram, namun ia tetap dapat menghadirkan sedikit sebanyak rasa seram lebih-lebih lagi menontonnya di tengah malam seorang diri.

FUCK setiap hari

 

Sepanjang hidup kita ini memerlukan sesuatu untuk dijadikan sebagai motivasi diri bagi memastikan segala apa yang dirancang berjalan dengan baik.Untuk mencapai cita-cita atau impian, kita perlu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.  Mencapai apa yang diimpikan adalah seperti mimpi menjadi kenyataan. Maka kita harus FUCK setiap hari.

FUCK yang saya maksudkan di sini bukanlah berkaitan dengan hubungan seks, tetapi ia adalah singkatan kepada ayat iaitu :

F = Fokus
U = Untuk
C = Capai
K = Kejayaan

Formula FUCK ini adalah salah satu formula untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam sektor pekerjaan mahupun sektor perniagaan.  Setiap apa yang kita lakukan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan fokus, insya Allah pekerjaan itu akan membuahkan haisl yang baik dan memuaskan hati.

Oleh itu mulai hari ini, bersamalah kita untuk FUCK setiap hari bagi memastikan matlamat hidup kita akan tercapai untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Cara penyokong Red Warriors rai kemenangan

 

TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya memadamkan kelebihan agregat milik Johor Darul Takzim (JDT) dengan kesudahan agregat 8-5 dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV. Keputusan pada perlawanan suku akhir pertama adalah milik JDT dengan jaringan 4 berbalas 2.  Dengan ini Kelantan telah layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia.

Namun ada beberapa isu dan kejadian kurang menyenangkan seperti yang dimaklumkan oleh sesetengah pihak mendakwa ada pemain dari kedua-dua pasukan tidak bersikap profesional dengan membuat aksi yang mempersendakan pemain lawan dan penyokong lawan.

Namun disebalik kegembiraan penyokong Kelantan meraikan kemenangan pasukan kesayangan mereka, ada dikalangan penyokong Red Warriors berkelakuan tidak sopan dan diluar batasan, seperti mana yang dilaporkan menerusi akaun facebook di bawah ini :


Di dalam gambar kelihatan penyokong Red Warriors berciuman mulut sesama jantina dan rakannya yang di bawah itu seperti sedang memegang dildo atau disebut sebagai batang zakar palsu dan membuat aksi seolah-olah sedang mengulumnya.

Ini adalah tidak selaras dengan akhlak seorang Islam (melainkan penyokong tersebut ialah kafir). Bak kata pepatah, "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Perbuatan mereka itu telah memburukkan imej para penyokong setia Red Warriors yang lain. Saya sangta yakin masih ramai lagi penyokong bola sepak Kelantan yang baik dan bersopan santun. Harap pihak berkuasa mengambil serius dan tegas terhadap kejadian ini.

Penawar Gout, Migrain & Resdung Paling Mujarab


Pelbagai penyakit telah membelenggu manusia sejak manusia pertama kali wujud di bumi ini. Namun Allah SWT telah berfirman bahawa tiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati. Penyakit seperti resdung, migrain dan gout boleh dialami oleh pelbagai lapisan umur sama ada lelaki atau perempuan. Namun kini telah wujud pula ubat dan penawar sebagai kaedah perawatan terhadap masalah yang dinyatakan dan ianya dipanggil Rhizoplus.

Rhizoplus Az-zahra, kapsul herba yang dihasilkan daripada 100% herba dan mengandungi 100% bahan organik. Kapsul ini dihasilkan untuk membantu pesakit-pesakit yang menderita akibat gout, migrain, sakit sendi (athritis) dan resdung.

Dengan Rhizoplus, anda bebas daripada risiko kesan sampingan kerana ia diformulasikan daripada herba-herba terpilih dan terbaik. Ia TIDAK mengandungi ubatan kimia atau dadah seperti mana ubatan yang lain.

Rhizoplus memberikan kelegaan segera kepada mereka yang menghidap gout, migrain dan resdung. Keberkesanannya boleh dirasai seawal tempoh 24 jam hingga seminggu selepas pengambilannya, bergantung kepada kadar metabolisme tubuh seseorang.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila klik pautan di bawah sekarang :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan