Video & lirik lagu Kalau Aku Kaya



Lirik Lagu: Kalau Aku Kaya - Altimet & Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

{Altimet}
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

{Awi Rafael}
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

{Awi Rafael}
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku


Fatwa mengenai ajaran Syi'ah

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengadakan dua kali sidang (24-25 September 1984 dan 5 Mei 1996) membahaskan isu ajarah Syi‟ah di Malaysia. Keputusan diambil mengharamkan ajaran Syi‟ah. Dan semua negeri juga telah mengambil keputusan yang sama seperti yang diputuskan di peringkat kebangsaan.

Walaupun begitu, pekembangan mutakhir dakyah dan provokasi kumpulan Syi‟ah didapati semakin mengancam akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan perpaduan umat Islam. Mereka telah berani menubuhkan apa yang mereka gelar sebagai Majlis Syi‟ah Malaysia dan mendakwa bahawa penganut Syi‟ah di Malaysia sudah mencecah sekitar 200-300 ribu orang.

Fakta-Fakta Umum Perbandinagan Sunni-Syi‟ah:

Jumlah Penganut di seluruh dunia:

Sunni = 1.4 bilion (90% daripada keseluruhan umat Islam)
Syi‟ah = 162 juta (10% daripada keseluruhan umat Islam)

Negara Utama didiami Sunni - Syi‟ah:

Sunni, di kebanyakan negara-negara Islam dunia
Syi‟ah, Iran (93% berbanding Sunni), Iraq (67% berbanding Sunni), Yaman, Bahrain (70% berbanding Sunni), Azerbaijan (70% berbanding Sunni)

Hari Perayaan Utama:

'id al-Fitri + Adha dan Syi‟ah + Ashura

PERBEZAAN ASASI DENGAN SUNNI :

•Al-Qur‟an
•Al-Hadith
•Al-Shahabah
•Ijma‟
•Rukun Iman dan Rukun Islam
•Imamah
•Ahl al-Bayt
•Al-Taqiyyah
•Mut‟ah
•al-„Ismah
•al-Raj‟ah

Perbezaan antara Sunni dan Syi‟ah tidak hanya berlaku dalam hal-hal furuk, tetapi pada perkara-perkara yang membabitkan usul. Hal ini tentunya, daripada perspektif Sunni, terpaksa menyimpulkan bahawa Syi‟ah adalah menyeleweng dan sesat.

Oleh itu, aliran Syi‟ah amat tidak wajar dibiarkan bertapak dan berkembang di kawasan Sunni seperti di negara Malaysia kerana ia akan mengundang perpecahan yang akan membawa kepada kemunduran ummah.


Dipetik dari sumber : Al-Azim.com

Iklan buah dada zaman Mat Sentul


Pelbagai cara yang digunakan oleh para pengeluar barangan atau perkhidmatan untuk mengiklankan produk mereka. Ada yang kelihatan sangat kreatif, malah ada yang dirasakan sangat membosankan.  Namun terdapat sesetengah para pengiklan menggunakan cara pengiklanan yang agak keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia.

Contohnya ada iklan di dalam surat khabar tempatan yang mempromosikan 'minuman tenaga' untuk lelaki dan ada tiga gambar perempuan dengan mata yang 'membulat' dan muka kelihatan sangat gatal dan miang. Model yang digunakan pula adalah dari bangsa Melayu.  

Apakah sasaran pengeluar produk berkenaan hanya pada kalangan orang Melayu sahaja? Adakah orang Melayu ini sentiasa berfikir soal tenaga batin dan kepuasan seks semata-mata?.  Iklan seperti di dalam akhbar berkenaan sangat mengjengkelkan.  Begitu juga iklan dalam majalah-majalah.

Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsikan sebahagian babak dalam filem arahan Mat Sentul atau nama sebenarnya Mat Raship bin Yahya merupakan salah seorang pelakon di Cathay Keris Productions, Singapura. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.



**p/s :
-agak-agaknya idea macam ni, lepas tak untuk siaran televisyen di Malaysia?
-tongkat ali, kacip fatimah dan pelbagai lagi tumbuhan herba dalam dunia Melayu bukan hanya untuk seks semata.  Ianya lebih untuk kesihatan serta kecergasan fizikal dan mental.

Iklan raya Aidilfitri Petronas 2013



Iklan raya Petronas untuk kali ini adalah menggambarkan kisah kehidupan seorang ibu yang membuat kerja sebagai tukang jahit pakaian, gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya.

Iklan berdurasi 8 minit 45 saat mengisahkan bagaimana seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit menerima tempahan baju sempena sambutan Hari Raya, bersengkang mata demi mengumpul duit dan dalam masa yang sama tidak mahu menghampakan pelanggannya.
Dengan tema 'Kudrat Membawa Berkat', Petronas turut menyelit elemen perpaduan menerusi paparan semangat kejiranan muhibah antara Makcik Aishah (tukang jahit) dan seorang tauke kedai berbangsa Cina yang membantunya dan menasihati supaya menjaga kesihatan.
Untuk melihat video berkenaan, anda boleh klik ayat berikut untuk menyaksikannya di Youtube : Iklan Raya Petronas 2013, atau menontonnya pada paparan video di bawah ini :


paparan video mungkin lambat atau normal bergantung pada kelajuan pakej jalurlebar, 
trafik internet dan RAM komputer anda


 **p/s : 
- versi siaran televisyen adalah lebih pendek masanya dari versi video penuh
- moga tahun ni punya iklan tema hari raya tak ada yang kontroversi seperti tahun sebelum ini
- kepada pengarah iklan berbangsa apa sahaja, sama ada beragama Islam ataupun kafir, sila buat rujukan kepada pihak berkuasa yang menjaga perihal Islam di Malaysia sebelum membuat iklan yang mungkin akan ada babak sensitif.

Belajar masak & jadi usahawan di ITKAU


Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) adalah sebuah institusi pendidikan swasta (IPS) yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas usaha DATO’ DR HJ RUSLY BIN ABDULLAH atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Ia ditubuhkan untuk menyediakan modul dan kemudahan latihan kepada golongan belia, ibu tunggal, bekas tentera,bakal pesara dan orang awam yang ingin mendalami ilmu dan kemahiran di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Program dan modul latihan yang disediakan dipersesuaikan dengan iklim ekonomi semasa negara. Ini bagi mempastikan apa yang dipelajari oleh para pelatih akan sentiasa relevan dengan kehendak pasaran kerjaya dan perkembangan ekonomi negara.

Pengkalan Operasi

ITKAU beroperasi secara tetap di kampus utamanya yang terletak di Lot 2822, Kg Gesir Tengah 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Kampus latihan seluas 7 ekar ini dilengkapi dengan bangunan kuliah, bengkel, kilang latihan, restoran latihan, musholla dan pelbagai kemudahan asas bagi menjadikannya sebuah kampus latihan yang kondusif.

Rasional Penubuhan

Matlamat utama penubuhan ITKAU adalah untuk memberikan perspektif yang betul tentang bidang kulinari kepada orang-orang Melayu secara khususnya dan kepada rakyat Malaysia secara amnya.

Buat kesekian waktunya, bidang kulinari dianggap bidang sub-standard yang remeh yang tidak menjanjikan sebarang potensi masadepan yang cemerlang kepada sesiapa yang ingin menceburinya atau menekuninya.

Sebab itulah agaknya, setelah 53 tahun merdeka masih tidak ada satu jawatan pun yang diperuntukkan khusus untuk lulusan bidang kulinari di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan tertinggi dalam SPA berkaitan kulinari ialah Amah dan Tukang-masak. Padahal UiTM telah mengeluarkan ribuan graduan bidang Seni Kulinari sejak 40 tahun lalu.

Terjadinya situasi sedemikian antara lain berpunca dari kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan tentang bidang kulinari. Mereka gagal memahaminya dari perspektif yang betul.

Orientasi Khas

ITKAU adalah perintis bagi kursus masakan untuk bisnes. Bagaimana memasak yang menguntungkan dari perpektif perniagaan. ITKAU memperkenalkan prinsip 3C (Cook, Count and Control)

Tanpa prinsip ini, ramai usahawan makanan yang kecundang separuh jalan. Ramai yang berjaya menjual makanan RM500 sehari tetapi gagal menyimpan RM500 sebulan. Justeru ITKAU mahu menekankan betapa untuk menjadi usahawan makanan yang berjaya ia mesti berkebolehan dalam tiga elemen yakni;

 1. Boleh memasak secara komersial (Masakan yang menguntungkan).
 2. Boleh melakukan pengkosan (Food costing).
 3. Boleh mengawal (Mengurus selia).

Objektif ITKAU

 1. Melahirkan tenaga kerja mahir yang terampil dalam bidang kulinari.
 2. Melahirkan industrialis makanan muslim yang produktif dan beretika.
 3. Melahirkan jutawan dalam bidang kulinari.

Perjuangan ITKAU

Bertolak dari pandangan masyarakat umum yang meremehkan bidang kulinari (Buktinya, belum pernah berlaku seorang lepasan SPM dengan 10A1 memohon untuk melanjutkan pelajaran ke bidang masakan atau kulinari). Ironinya, bidang masakan (kulinari) adalah pilihan akhir untuk pelajar lemah dan keciciran.

Justru, ITKAU mahu membuktikan bahawa bidang kulinari adalah satu bidang yang berpotensi untuk dijadikan satu KERJAYA. Ia juga mampu menghantar sesiapa yang menceburinya ke puncak jaya dalam kehidupan. Siapa kata bidang kulinari tidak mampu melahirkan jutawan?


ITKAU memiliki kampus tetap sendiri yang terletak di :

    Lot 2822, Batu 11, Gesir Tengah,
    44020 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan.

    Tel: 05-4541205 / 019-5158910
    SMS: 019-5158910
    Web Rasmi: www.itkau.edu.my


 
Salah satu hasil penulisan Chef Li yang mendapat sambutan hangat.
 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan