Empat cara menyediakan tubuh badan untuk berpuasa



Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".  

Di dalam keinginan tinggi kita untuk mendapat taqwa, perihal kesihatan dan pemakanan sihat perlu diambil kira agar tubuh badan kita dapat sentiasa bersedia dan mampu melaksanakan segala amal ibadah dengan sebaik mungkin.

Berikut adalah cara-cara untuk kita menyediakan keadaan badan agar sentiasa sihat dan aktif :

1.Sebaiknya masak sendiri juadah berbuka
 
Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya.  Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja.  Tetapi bagi  suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak-tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.

Satu trend  yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ‘Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai juadah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makanan yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.
Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting  bagi melancarkan sistem penghadaman. Manakala anti-oksident adalah elemen penting anti-penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.


2.Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air

Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.

Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim  ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’.

Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghaDam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.
Kita juga jangan menganggap juadah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan  petang  yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.

3.Melebihkan minum air kosong

Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan di bulan Ramadhan.  Apa yang kerapkali berlaku adalah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap etc) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (milo, nescafe, teh susu) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang.

Puasa Ramadhan adalah satu period yang penting berlakunya proses ‘detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pankreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin  dari badan. Ketika puasa juga,  bahan simpanan dalam badan (lemak) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi  tidak berkesan jika  kurang air di dalam badan.

Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk di dalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air  sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib di setiap rumah semasa berbuka di negara kita.  Rakan-rakan saya  dari kalangan doktor dan pakar perubatan sukakan air sejuk kerana ianya tidak membuang masa untuk menghabiskannya berbanding minuman panas. Dengan itu kami dapat bertugas dengan lebih cepat.

4.Lewatkan bersahur
 
Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw  bersabda  ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’ (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah).
Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau  ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi. Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang di awal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.




Sumber: Blog ISMA Kedah

Video sorakan Ultras Taming Sari & Penyokong Bola Sepak Melaka

 

Pada petang 5 Julai 2013 (Jumaat), saya telah berkunjung ke Stadium Hang Tuah (juga dikenali sebelum ini sebagai Stadium Kubu) untuk menyaksikan perlawanan terakhir Liga FAM bagi pasukan bola sepak Negeri Melaka (Melaka FA) yang melayan kunjungan Pulau Pinang FA.

Perlawanan boleh dikatakan seimbang, dimana menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.  Pasukan Pulau Pinang terlebih dahulu menjaringkan gol. Kalah menang dalam perlawanan ini tidak memberi kesan pada kedudukan Liga FAM kepada kedua-dua pasukan kerana Pulau Pinang FA telahpun layak ke Liga Perdana 2014 dan Melaka FA sebelum perlawanan ini lagi telah tertutup peluang untuk layak ke liga berkenaan.

Namun "Demi Kebanggaan Melaka", para penyokong terutamanya yang terdiri dari Ultras Taming Sari dan Penyokong Bola Sepak Melaka (kumpulan dari Facebook) tetap setia memberi sokongan dengan pelbagai formasi sorakan dan gimik sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Dalam perlawanan ini Melaka memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3 - 2

Saya sempat merakam video salah satu sorakan mereka dan beberapa gambar suasana kemeriahan di kawasan penyokong. Video dan gambar adalah seperti di bawah :


 
Penyokong "menyerbu" padang untuk mendapatkan wira-wira Melaka

 Penyokong bersama-sama bersorak agar "Hahi Salleh" meletakkan jawatan

Poster edaran percuma

Video : "Hahi Salleh... letaklah jawatan...."

Pemain hoki Jerman 'melayan' Ultras Malaya


Pasukan hoki Jerman yang berada pada ranking nombor satu dunia memberikan persembahan bertaraf dunia dengan "melayan" pasukan hoki Malaysia dengan jaringan 6 berbalas 0 di peringkat suku akhir dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Baru, Johor semalam (4 Julai 2013).

Jerman akan bertemu Korea Selatan pada perlawanan separuh akhir pada hari Sabtu, 6 Julai 2013 manakala Malaysia akan menentang Pakistan dalam perlawanan klasifikasi.

 
Pemain hoki Jerman bergambar dengan mafla Harimau Malaya dan Johor DT

Namun disebalik kekalahan besar pasukan hoki Malaysia, sesuatu yang dapat dibanggakan ialah semangat dan sokongan yang ditunjukan oleh para Ultras Malaya kepada pasukan hoki Malaysia menarik perhatian skuad hoki Jerman dengan mengikut rentak tari yang dilakukan oleh Ultras Malaya di stadium berkenaan selepas tamat perlawanan.  Saksikan video pendek yang dimuat-naik oleh matnor wazza di laman perkongsian video Youtube :



Jenis makanan yang menyebabkan kita gemuk


Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah mejadi hidangan biasa bagi masyarakat umum di Malaysia. Ada sesetengah makanan itu mengandungi bahan yang boleh menyebabkan peningkatan lemak yang mendadak sekiranya kita tidak mengawal pemakanan.

Setiap kali bulan Ramadhan tiba, pastinya kemeriahan sewaktu berbuka terzahir dengan pelbagai jenis makanan semasa bersahur mahupun berbuka puasa.  Namun seharusnya sewaktu inilah kita lebih menjaga kesihatan dengan cara mengawal pengambilan makanan kerana diwaktu bulan puasa ini, nafsu makan akan lebih kuat berbanding dengan hari biasa.

Berikut merupakan antara jenis makanan yang menjadi faktor kepada penyumbang risiko kegemukan atau obesiti :

1. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

2. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger.

Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. anggarkanlah berapa tambahan kalorinya?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari & santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kala ada antara kita salah sangka dengan berfikir bahawa roti tidak memberi kesan kegemukan. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori.  


Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh (wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan pengambilannya.


**
- makan untuk sekadar yang diperlukan tubuh
- hindarkan makan lebih dari had agar ia tidak mengganggu anda untuk beramal ibadah di bulan puasa.

Sebab status padang Stadium Hang Tuah bertukar

 

Kempen memenuhkan Stadium Hang Tuah / Kubu, Jalan Hang Tuah, Melaka pada perlawanan terakhir Liga FAM 2013 telah dijalankan oleh sebilangan penyokong bola sepak Negeri Melaka. Perlawanan berkenaan melibatkan pertemuan pasukan bola sepak Melaka FA dengan Pulau Pinang FA pada 5 Julai 2013 (Jumaat, 4.45 petang)

Ia juga merupakan kali terakhir stadium bersejarah ini akan digunakan bagi perlawanan melibatkan pasukan Melaka kerana status padangnya akan bertukar kepada padang rekreasi, sekaligus tidak menepati piawaian untuk mengadakan perlawanan bola sepak peringkat kebangsaan. 

Namun apakah penyebab status padang di stadium yang dianggap keramat oleh para penyokong setia bola sepak Melaka ini ditukar kepada padang rekreasi?  Mungkin gambar di bawah ini boleh memberi salah satu jawapan kemungkinan yang berlaku :

*

*

*

*

 
*

*

*

*

*
 
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
anda dah solat? :-)
*

*

 
 keadaan di sekitar Stadium Hang Tuah ada persamaan dengan stadium 
seperti di dalam gambar di atas.  Maksudnya bangunan sekitar Stadium Hang Tuah tinggi, 
boleh tengok perlawanan bola free dari bangunan UTC dan tempat parking kenderaan Wisma Air...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan