Jenis makanan yang menyebabkan kita gemuk


Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah mejadi hidangan biasa bagi masyarakat umum di Malaysia. Ada sesetengah makanan itu mengandungi bahan yang boleh menyebabkan peningkatan lemak yang mendadak sekiranya kita tidak mengawal pemakanan.

Setiap kali bulan Ramadhan tiba, pastinya kemeriahan sewaktu berbuka terzahir dengan pelbagai jenis makanan semasa bersahur mahupun berbuka puasa.  Namun seharusnya sewaktu inilah kita lebih menjaga kesihatan dengan cara mengawal pengambilan makanan kerana diwaktu bulan puasa ini, nafsu makan akan lebih kuat berbanding dengan hari biasa.

Berikut merupakan antara jenis makanan yang menjadi faktor kepada penyumbang risiko kegemukan atau obesiti :

1. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

2. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger.

Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. anggarkanlah berapa tambahan kalorinya?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari & santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kala ada antara kita salah sangka dengan berfikir bahawa roti tidak memberi kesan kegemukan. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori.  


Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh (wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan pengambilannya.


**
- makan untuk sekadar yang diperlukan tubuh
- hindarkan makan lebih dari had agar ia tidak mengganggu anda untuk beramal ibadah di bulan puasa.

Sebab status padang Stadium Hang Tuah bertukar

 

Kempen memenuhkan Stadium Hang Tuah / Kubu, Jalan Hang Tuah, Melaka pada perlawanan terakhir Liga FAM 2013 telah dijalankan oleh sebilangan penyokong bola sepak Negeri Melaka. Perlawanan berkenaan melibatkan pertemuan pasukan bola sepak Melaka FA dengan Pulau Pinang FA pada 5 Julai 2013 (Jumaat, 4.45 petang)

Ia juga merupakan kali terakhir stadium bersejarah ini akan digunakan bagi perlawanan melibatkan pasukan Melaka kerana status padangnya akan bertukar kepada padang rekreasi, sekaligus tidak menepati piawaian untuk mengadakan perlawanan bola sepak peringkat kebangsaan. 

Namun apakah penyebab status padang di stadium yang dianggap keramat oleh para penyokong setia bola sepak Melaka ini ditukar kepada padang rekreasi?  Mungkin gambar di bawah ini boleh memberi salah satu jawapan kemungkinan yang berlaku :

*

*

*

*

 
*

*

*

*

*
 
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
anda dah solat? :-)
*

*

 
 keadaan di sekitar Stadium Hang Tuah ada persamaan dengan stadium 
seperti di dalam gambar di atas.  Maksudnya bangunan sekitar Stadium Hang Tuah tinggi, 
boleh tengok perlawanan bola free dari bangunan UTC dan tempat parking kenderaan Wisma Air...

Promosi Ramadhan : Kursus komputer hanya RM55.00


Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang, ICT Niaga Enterprise memberikan tawaran istimewa iaitu anda boleh mendaftar pembelajaran untuk peringkat asas komputer dengan harga RM 5 5 . 0 0 sahaja!.

Nama Kelas KURSUS KOMPUTER KHAS RAMADHAN

Jangka masa kursus2 HARI ( 2 jam sehari )
(Pilihan waktu dan hari berdasarkan kekosongan tempat dan kesesuaian masa. Sila buat tempahan awal)

Bayaran  :  RM55.00

Antara subjek yang terkandung dalam pakej tawaran istimewa Ramadhan ini ialah :

- pengenalan komputer
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)


- penggunaan Microsoft Words
  (menaip surat, ubahsuai dokumen)



--------------------------------------------------------


**Sijil akan diperolehi dalam masa 5 hari selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.

**Sila buat bayaran penuh semasa hari pertama kursus


**Dijalankan sepanjang bulan Ramadhan

**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka

Tempat  :
-ICT Niaga Enterprise / KUG Melaka
 

-Untuk tempahan tempat atau maklumat lanjut , sila datang ke :-

ICT Niaga Enterprise
(Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)
Tingkat 4 Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.


Telefon : 012 tiga satu dua 37 kosong 5 (Ahmad Zaki) 

Liga FAM:Melaka FA lwn P.Pinang FA



Pada perlawanan terakhir pasukan Melaka FA yang bertemu pasukan bola sepak Pulau Pinang FA dalam Liga FAM musim 2013, yang diadakan pada 5 Julai ini, pukul 4.45 petang, adalah juga perlawanan terakhir dilangsungkan di Stadium Hang Tuah a.k.a Stadium Kubu sebelum status padangnya ditukar kepada padang rekreasi.  Banyak kenangan manis pahit, jatuh bangun bola sepak Melaka "terakam" di sini.

Diharap mana-mana rakyat Melaka yang mempunyai kesempatan waktu agar datang seramai-ramainya untuk menyaksikan perlawanan ini serta memberi sokongan padu pada "para pahlawan" kita untuk memburu kemenangan. Mungkin inilah kali terakhir nak merasa masuk stadium secara percuma....!

Glutaberries dengan VITAMIN B17

 


Menjaga kecantikan dan kesihatan luaran serta dalaman selalunya dikaitan dengan perempuan, namun pihak lelaki juga sebenarnya memerlukan sesuatu produk untuk keseimbangan tubuh mereka. Malah saya sendiri sejak zaman sekolah menengah telah mula menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan (ketampanan), khususnya pada bahagian muka kerana ia antara salah satu bahagian penting dalam pembentukan personaliti dan daya penarik seseorang.

Pada permulaan, untuk kulit muka saya menggunakan pembersih muka FollowMe terutamanya dari extrak buah kiwi dan masih menggunakannya lagi sekarang. Saya juga pernah menggunakan produk Cleopatra Cosmetic ia amat bersesuaian dengan jenis kulit muka saya.

Namun pada kali ini saya ingin memperkenalkan produk yang unik dan terkini di pasaran, yang diberi nama Glutaberries.  Antara bahan utama yang terkandung di dalamnya ialah vitamin B17, iaitu bahan pencegah kanser.

Ia merupakan minuman kolagen kesihatan dan pemutihan kulit serta berupaya bertindak sebagai anti kanser yang berkesan. Bertindak juga sebagai ejen pembaikpulihan serta mengalakkan regenerasi sel (pertumbuhan sel ) secara sempurna yang menjadi akar kepada kewujudan penyakit kronik.

Produk ini dibuat menggunakan teknologi nano 1000 kali lebih halus daripada mikro , membolehkannya menyerap sepenuhnya ke dalam sel – sel kulit untuk menyembuh, menyegar, melembap, merawat kedut, pigmentasi dan membaiki sel – sel kulit.

Konsep Produk :

Inspirasi daripada Kemulusan, Kecantikan dan Kegebuan kulit dari Gadis Korea & Jepun.

Produk ini sesuai dijadikan Makanan Tambahan bagi Lelaki, Wanita dan semua peringkat umur kerana khasiat yang terbukti untuk Penjagaan & Pemulihan kesihatan luar dan dalam.

Minuman kolagen yang mengandungi 'Glutathione' yang tinggi dan berkesan untuk pemulihan kulit dan Sistem Vital dalaman manusia.

Produk ini juga berfungsi untuk semua bahagian tubuh dan sesuai untuk seisi keluarga.

Perubahan tona kulit akan kelihatan dengan penggunaan 2 bulan ke atas secara konsisten di mana ia juga baik untuk kesihatan anda semua.

Untuk penerangan lanjut dan pembelian serta peluang menjadi stokis serta pengedar, sila klik gambar di bawah :


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan