Rakaman "Ketuk-ketuk" Ramadhan 2013 di Pasar Tani UTC Melaka

 

Dalam bulan Ramadhan (bulan puasa), pelbagai rancangan masakan akan disiarkan di televisyen.  Ia seolah menjadi suatu kemestian untuk ditonton terutamanya dari kalangan suri rumah atau mereka yang meminati aktiviti penyediaan makanan untuk mencari idea atau resepi yang akan dihidangan untuk santapan keluarga semasa berbuka puasa dan bersahur.

Bagi tahun 2013, krew penerbitan "Ketuk-ketuk Ramadhan" akan berada di Melaka dalam bulan Mei ini untuk mengadakan sesi penggambaran rancangan terbitan JS Picture. Salah satu lokasinya ialah di Pasar Tani UTC Melaka. Seperti tahun-tahun lalu, ia menampilkan Puan Hajjah Sheila Rusly sebagai pengacara disamping artis jemputan (Roy Azman) bagi menumjukkan cara penyediaan resepi masakan khusus untuk bulan puasa.

Berikut adalah maklumat sesi rakaman berkenaan :

Tarikh    :  9 Mei 2013
Masa     :  3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat  :  Tapak Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka


Orang awam terutamanya yang meminati bidang masakan adalah dijemput hadir bagi menyaksikan serta memeriahkan sesi rakaman rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan" ini yang akan disiarkan pada bulan puasa di TV1. 

*Kemaskini :



 

Tujuh langkah untuk melakukan pengundian (Pilihanraya Umum)

 

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Pada tahun 2013 ini, negara kita akan mengalami pilihanraya kali ke 13.  Pilihanraya kali ini dikatakan akan menjadi pilihanraya yang paling "hangat" setelah rakyat saban hari dihidangkan dengan pelbagai cerita lucah sama ada di media cetak mahupun di media elektronik.

Mungkin ada dikalangan pembaca merupakan pengundi kali pertama.  Sama ada sememangnya kali pertama mengikut kelayakan umur ataupun kali pertama setelah beberapa penggal pilihanraya "terlupa" untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Berikut saya kongsikan panduan bagaimana proses pengundian berlangsung :

Langkah 1
-Pengundi diminta beratur di pintu masuk bilik mengundi.  Masuk satu persatu apabila dibenarkan oleh polis yang menjaga pintu masuk

Langkah 2
-Serahkan Mykad / dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama.  Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan pastikan dan pastikan yiada calitan dakwat kekal pada jari.

Langkah 3
-Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua.  Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

Langkah 4
-Selepas jari ditandakan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih.  Dapatkan kertas undi dari kerani pengundian ketiga.

Langkah 5
-Maju ke petak undi dan tandakan " X " pada ruang calon dalam kertas undi anda.  Pilih satu calon sahaja.

Langkah 6
-Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Langkah 7
-Keluar segera dari tempat mengundi

Semua proses pengundian diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang bertugas.  Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada ketua tempat mengundi.

Pesanan Ustaz Azhar Idrus pada penyokong & bakal pengundi

 

Pada masa artikel ini dibuat, penamaan calon bagi Pilihanraya Umum kali ke 13 semakin rancak dan giat berlangsung.  Pelbagai cara dan kaedah kreatif digunakan oleh para pengokong parti yang bertanding untuk "mempromosikan" parti dan calon masing-masing.

Namun dalam keghairahan para penyokong semasa hari penamaan calon, Uztaz Azhar Idrus ada menyampaikan pesanan kepada bakal pengundi. Sila tonton video di bawah :

Menyingkap lembaran sejarah Pasar Tani


Pasar tani merujuk kepada pasar yang khusus menjual barang-barang hasil pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, dan daging segar.

Pasar tani berkonsepkan jualan langsung, di mana petani atau penternak berpeluang menjual barangan mereka secara langsung kepada orang ramai tanpa melalui orang tengah / pemborong. Dengan itu pada kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga di pasar biasa.

Pasar tani biasanya diadakan secara mingguan, dan pada hari-hari tertentu di beberapa lokasi strategik mengikut keperluan masyarakat setempat.  Pada masa kini pasar tani bukan sekadar menjual barangan yang berkaitan dengan pertanian dan penternakkann semat-mata, ia turut menjual pelbagai barangan aksesori untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, cenderamata, barangan kelengkapan rumah dan pelbagai jenis makanan serta minuman

Pasar tani di Malaysia

Pasar tani diwujudkan khusus di Malaysia berjaya mengatasi masalah orang tengah yang mengambil untung berlebihan terhadap petani, peladang, penternak dan nelayan. Pasar tani bersaing dengan pasar basah, pasar pagi dan pasar malam . Pasar tani di Malaysia diadakan pada waktu pagi sahaja dan ditadbir oleh FAMA. Diwujudkan pada 1985, Pasar tani kni telah berusia lebih 27 tahun.

Beberapa tempat yang sesuai dan mudah akses oleh orang ramai telah dipilih . Pemilihan lokasi bergantung kepada hasil kajian FAMA terhadap potensi setempat, kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan bilangan penyertaan usahawan niaga yang mahu berjual beli di situ.

Usahawan tani ini dapat kemahiran untuk memasarkan barangan mereka. FAMA menyediakan payung khusus untuk mereka. Peluang pekerjaan dalam perniagaan kecil dapat dikembangkan .

OBJEKTIF PASAR TANI
Di antara objektif-objektif utama pembangunan PASAR TANI termasuklah:-

  • Meluaskan pasaran hasil Pertanian
  • Memperkuatkan kuasa tawar menawar
  • Mengurangkan pergantungan pengeluaran kepada orang tengah
  • Mengurangkan kos dan margin Pemasaran
  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
  • Mengalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
  • Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
MATLAMAT PASAR TANI
FAMA menetapkan serampang dua mata melalui penubuhan Pasar Tani iaitu:

  • Bagi meluaskan pasaran hasil pertanian dan memberi peluang latihan kepada usahawan tani yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan mereka.
  • Memberi peluang kepada pengeluar desa menjual hasil keluaran secara sempurna dan menarik dengan penekanan kepada konsep nilai tambah dan perkhidmatan yang lebih selesa.
KEISTIMEWAAN PASAR TANI
  • Hampir keseluruhan penjual di Pasar Tani terdiri dari petani individu dan berkumpulan yang menjual hasil pertanian segar ataupun siap diproses.
  • Hasil pertanian yang dijual lebih segar pada harga berpatutan kerana sebahagian besar peserta mendapat bekalan terus dari ladang.
  • Selain aktiviti jualan, Pasar Tani diserikan dengan pelbagai kegiatan berjadual seperti aktiviti promosi barangan baru, galakan pasaran produk pertanian dan memperkenalkan produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)

Liga Super Malaysia 19 April 2013

 

Sebanyak tiga perlawanan bola sepak telah berlangsung dengan menyaksikan Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan dan PKNS FC menjadi tuan rumah melayan kunjungan Pahang, Selangor serta Kelantan.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :

Johor Darul Takzim  1 - 0  Pahang

Negeri Sembilan  0 - 0  Selangor

PKNS FC  2 - 1  Kelantan

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan