Penyebab hati tidak bahagia dan ubat untuknya


Pengertian bahagia itu adalah sesuatu yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah nilainya.relati. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain, bergantung pada persekitaran, keperluan semasa dan pengalaman hidup.

Sebagai contoh, bagi yang sakit, mereka merasakan bahawa sihat itu adalah pengertian bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan lagi terletak pada kesihatan. Ia beralih pula kepada perkara yang lain.

Ada beberapa penyebab hati (perasaan / fikiran / akal) kita tidak bahagia. Antaranya ialah :
  • Ego 
  • Riak
  • Bakhil
  • Tamak  
  • Pemarah
  • Tidak sabar  
  • Pendendam
  • Hasad dengki 
  • Cinta dunia semata
Allah SWT ada memberitahu kita bahawa tiap penyakit ada ubatnya.  Maka begitu juga dengan soal hati ini. Ada beberapa petua atau ubat untuk hati yang tidak bahagia, antaranya ialah :
  • Membaca Al-Quran beserta dengan maknanya
  • Membuat dan mengamalkan "solat malam"
  • Berkawan dengan orang-orang yang soleh
  • Perbanyakkan puasa sunat (selain dari puasa bulan ramadhan)
  • Berzikir untuk "makanan roh" kita


**semoga hati kita lebih bahagia dan tenang...

Gincu penyebab kanser?


Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, iaitu seorang pakar perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Dikhabarkan jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari $ 67,00 ke $ 9,90 (RM203.79 ke RM30.11). Ini disebabkan mereka ingin menghabiskan stok gincu seberapa segera sebelum larangan jualan ditarik oleh pihak berwajib, kerana telah tersebar dalam pasaran bahawa dalam kajian mendapati bahawa gincu jenama berkenaan mengandungi plumbum. Namun tidak dapat dipastikan sama ada jenama ini telah berada di Malaysia atau tidak.
Antara jenama lain yang mengandungi plumbum ialah :
  • Shiseido
  •  Avon
  • Clinique
  • Eztee Lauder
  • Red Earth (Lip Gloss)
  • Chanel (Lip Conditioner)
  • Mark America
  • Motives
  • Lipstick
Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu bibir, didapati bahawa jenama yang mempunyai kadar plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Jika sesuatu gincu itu keras statik / tidak mudah patah, ia disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.

**Kemungkinan ada yang menafikan kesahihan uji-kaji ini. Tetapi adalah lebih baik kita lebih berhati-hati dalam menggunakan barangan kecantikan. Tiada gunanya kelihatan cantik dan anggun sekiranya ia akan mendatangkan musibah dan kecelakaan kepada diri sendiri.

Katak menyelamatkan "bangsanya"



Katak ialah sejenis haiwan amfibia.  Katak yang dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tiada ekor tetapi ia mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. 

Artikel kali ini bukan berkenaan dengan "kelas alam sekitar" tetapi saya mahu mengajak para pembaca agar menyelami dan mengambil pengajaran dari apa yang dilakukan oleh katak ini dalam menyelamatkan "anak bangsanya" dari kematian.
 
Amat berbeza pada masa kini manusia sebaliknya "membunuh" bangsanya sendiri terutamanya manusia yang meroyan untuk mempertahankan kuasa politik tanpa mengira cara halal atau haram, lebih-lebih lagi ketika hampir pilihanraya dan sepanjang mereka memegang kuasa, negara masih dikuasai undang-undang peninggalan penjajah. Hiburan melalaikan dan merosakkan telah lama dibawa masuk ke negara kita. Krisis keruntuhan moral dan iman masyarakat semakin meningkat. Sikap menghormati dan saling menyayangi sesama insan semakin tiris dan fitnah makin menjadi-jadi.

Tontonlah video di bawah ini :

 

 


 Sanggup berbelanja besar memanggil artis Korea untuk tarik sokongan.....???. 
Guna duit yang disimpan sejak kecil...?


**semoga kita tidak kematian akal dan ketandusan iman apabila disogok dengan duit atau hiburan yang lagha (melalaikan).

Pasar Tani UTC Melaka dilanda ribut lagi?


Pada hari ini, 14 April 2013, beberapa tempat di kawasan Melaka dilanda "angin kuat" (ribut). Tidak terkecuali Pasar Tani UTC, Jalan Hang Tuah Melaka yang telah dilanda ribut buat kali kedua.  Kejadian pertama telah berlaku pada 6 September 2012 (sila rujuk artikel "Ribut di tapak Pasar Tani UTC, Melaka 6 September 2012").  

Ribut ini berlaku dalam sekitar jam 2.00 pagi hingga ke 4.00pagi.  Pada kali ini tidak seteruk semasa kejadian kali pertama, hanya beberapa khemah mengalami kerosakan dan kerosakan barang-barang niaga. Khemah (gerai) saya tidak mengalami kerosakan besar, hanya beberapa barang untuk diniagakan basah dan ada yang rosak serta berterbangan jauh dari tempat asal.

Insya Allah semua masalah seperti ini akan selesai sekiranya kawasan ini mempunyai bumbung bagi para peniaga berlindung dari panas dan hujan.  Secara tidak langsung, para peniaga akan dapat berniaga dengan lebih bersemangat dan para pengunjung akan rasa lebih selesa untuk membeli belah dan menjamu selera di "Food Court Pasar Tani UTC Melaka" sambil berehat-santai di sini.

 
 
 

Rahsia menjana pendapatan lumayan dengan "Rumah Lelong"

 


Apabila memperkatakan mengenai menambah pendapatan, pelbagai kaedah boleh dilakukan mengikut kesesuaian keadaan semasa serta kemampuan diri sendiri untuk "membentuk dan melaksanakan" kaedah berkenaan.  Di sini saya berkongsikan salah satu cara untuk menjana pendapatan lumayan dan tidak mustahil untuk anda menjadi kaya iaitu dengan "Rumah Lelong".

Iklan rumah lelong ini sering kelihatan ditampal di perhentian bas, dinding bangunan dan menjadi sisipan di dalam surat khabar.  Para broker rumah lelong begitu tekun dan rajin mengedarkan iklan rumah yang dilelong secara berterusan.  Sudah pasti kesanggupan mereka itu adalah kerana pulangan yang berbaloi dan mampu menjadikan seseorang broker rumah lelong kaya raya.

Tahukah anda..., salah satu teknik mudah untuk menjana keuntungan menerusi pelaburan hartanah, adalah dengan :
 
Langkah 1 : Membeli hartanah dibawah harga pasaran,
Langkah 2 : Ubahsuai dan perbaikinya..
Langkah 3 : Sewakan atau jualkannya dengan harga yang lebih tinggi!

Dalam masa beberapa bulan, anda mampu untuk menjana keuntungan beribu-ribu ringgit, malah tidak mustahil juga, berpuluh-puluh ribu ringgit! Teknik ini nampak mudah bukan? Semudah 1, 2,3......

TETAPI, Ianya bukan semudah yang disangka! Ianya melibatkan risiko yang besar! Silap langkah!..Anda mungkin terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit, malah mungkin juga mencecah sehinga berpuluh-puluh ribu ringgit!

Oleh itu sebuah e-book bertajuk "Rahsia Rumah Lelong" telahpun dibuat bagi mempermudahkan anda untuk menjalankan "bisnes" yang sangat berpotensi untuk menjadikan anda jutawan. Inilah satu-satunya e-book yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya.

Sila klik pautan ( link ), di bawah untuk keterangan lanjut dan cara membeli e-book yang sangat berharga in:

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan