Mengesan jin dalam tubuh manusia

 Jin, iblis dan syaitan adalah makhluk Allah SWT yang telah ditakdirkan agar tidak kelihatan pada pandangan mata biasa manusia. Ini berikutan usia makhluk berkenaan sudah mengjangkau jutaan tahun yang pasti rupa paras mereka amat hodoh sehingga menakutkan sesetengah manusia.  Kehidupan manusia pasti akan tidak tenteram andai manusia melihat makhluk itu secara terus.

Namun, tiap kejahatan makhluk berkenaan sama ada jin (kafir), iblis dan syaitan mempunyai tugas berasingan.  Dalam kehidupan manusia, kita sering mendengarkan cerita mengenai gangguan jin seperti rasukan atau histeria. Maka dalam artikel ini saya kongsikan informasi yang diambil dari satu akaun facebook yang dimiliki oleh Lyn Osman. Ia menerangkan bagaimana kita dapat mengesan seandainya ada jin yang "menumpang" dalam badan kita.  Teruskan pembacaan untuk maklumat lanjut....

 ~*~*~*~*~*~*~

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar
Al-Quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar
Al-Quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar Al-Quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Kasih sayang dalam dunia haiwan


Kasih sayang dan cinta adalah "gerak perasaan" yang diberikan oleh Allah SWT kepada tiap makhluknya.  Haiwan memperolehinya tanpa ada akal dan panduan seperti manusia.  Tetapi adakalanya haiwan kelihatan lebih menghargai kasih sayang berbanding manusia. Semakin dunia ke arah kemajuan teknologi, manusia dilihat semakin kejam.

Seperti gambar di atas, saya kongsikan lagi beberapa gambar "kasih sayang" yang "cute and sweets" dalam dunia haiwan....




Apakah manusia yang berakal tidak belajar sesuatu dari haiwan...?

Carilah cinta yang halal.. turutilah jalan Islam...

Red Quattro Engine Treatment Booster

Klik gambar di atas untuk ke laman web produk penjagaan enjin kenderaan ini


Pada masa kini, keperluan kenderaan semakin meningkat, sama ada bagi tujuan peribadi ataupun perniagaan.  Maka penjagaan kenderaan terutamanya enjin menjadi sangat penting bagi memastikan jangka hayat kenderaan dapat dilanjutkan dan juga mengelakkan dari pengguna terpaksa berbelanja lebih akibat kenderaan mengalami kerosakan enjin.

Makanya, dalam artikel kali ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang sangat bagus untuk "kesihatan" enjin kenderaan.  Ianya dinamakan "RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER".

RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER adalah pemangkin yang dirumus berasaskan cecair TEFLON dan FULLERENE. Cecair TEFLON akan menyalut permukaan besi di dalam enjin dan kompartmen.  Produk ini diklasifikasikan American Petroleum Institute. (API-GF-5 standard specifications) untuk dicampur dengan minyak enjin Petrol atau Diesel.

Rumusan polymetric RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER menguatkan minyak pelincir sedia ada dengan kelicinan tanpa larut “non-degradable” Surface Coating menyalut permukaan komponen dalaman enjin dengan ketebalan 0.02 mikron hingga 0.04 mikron untuk mencegah hakisan permukaan piston-selinder dengan bahan terlicin polymetric dan Teflon.  Fullerene pula menghasilkan berjuta bebola bersaiz Nano yang memberi kesan “ roller ball effect “ pada permukaan keluli dalam enjin. Secara tidak langsung mengawal suhu enjin.


KELEBIHAN RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER:

    • Mengurangkan geseran pada bahagian dalaman enjin (enjin lebih senyap)
    • Memanjangkan jangka hayat minyak enjin (sekali ganda batuan/KM dari biasa atau sehingga enam bulan penggunaan)
    • Meningkatkan prestasi dan menambah HORSE POWER
    • Menjimatkan penggunaan bahan api
    • Suhu enjin yang lebih stabil
    • Mengurangkan gegaran pada enjin
    • Mengurangkan kos penyelenggaraan enjin
    • Mengurangkan pelepasan asap ekzos
    • Mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar

Di mana kekuatan Islam di "tangan" pemimpin Malaysia

 
Yang salah tetap salah, tetapi hukumlah dengan seadilnya dan sepatutnya.

Salam sejahtera...

Apabila kita sudah mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berdaulat, sewajibnya segalanya berteraskan ajaran Islam melalui sumber utama iaitu Al Quran dan hadith. Sebaliknya apa yang masih berlaku hingga kini adalah "peraturan" yang disadur dari "bimbingan" bekas penjajah British / kafir, walaupun negara ini merdeka sudah lebih 50 tahun.  Fungsi mahkamah syariah seperti "bersawang" dalam sistem pentadbiran negara.

Lihat gambar di atas dan lihatnya kelonggaran dan kelemahan negara kita. Jangan salahkan DAP yang memerintah Pulau Pinang.  Jangan salahkan orang-orang Melayu yang bersahabat dengan orang Cina dan India sebaliknya salahkan dan tegurlah pemimpin Melayu kini yang "memegang" kuasa pentadbiran.  Adakah Islam semakin baik dan kukuh di negara ini apabila mereka berterusan mentadbir negara atau Islam semakin terhakis dari dalam hati penganutnya....?.

7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan


Pelbagai "aktiviti sampingan" yang sering kita lakukan sama ada sedar atau tidak selepas makan.  Namun tahukah anda kesannya kepada kesihatan kita seandainya masih lagi tidak mengubah atau memberhentikan tabiat berkenaan. Ini kerana ada kelakuan kita itu memberi kesan negatif pada kesihatan.

Lihat informasi di bawah ini :
1. Jangan minum teh.
- Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.
2. Jangan makan buah-buahan.
- Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2 jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3.
Jangan merokok.
- Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.
4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
- Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan banyak berjalan.

- Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.
6. Jangan mandi.
- Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.
7. Jangan terus tidur.
- Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan