Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (23 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Korea Selatan


Perlawanan kelayakan Piala Asia untuk pemain bawah 22 Tahun merupakan kejohanan yang pertama kali seumpamanya diadakan oleh badan induk bola sepak Asia iaitu AFC. Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung dalam tahun 2013. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Pasukan Malaysia bawah 22 tahun dibawah bimbingan Ong Kim Swee diundi dalam kumpulan G, bersama Korea Selatan, tuan rumah iaitu Myanmar, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 2 - 3 KOREA SELATAN
 minit 7' - Malaysia
minit 12' - Korea Selatan
minit 31' - Korea Selatan
minit 33' - Korea Selatan
minit 61' - Malaysia



**separuh masa kedua ada perubahan positif... insya Allah... pada perlawanan seterusnya Malaysia akan dapat buat yang paling baik dari perlawanan ini... Paling penting KEKALKAN minda dan kata-kata positif kerana "kata itu doa"... jadi berdoalah yang baik-baik sahaja.....

Keputusan Liga Super Malaysia 22 Jun 2012

 
22 Jun 2012  (Jumaat)

Hanya satu perlawanan yang berlangsung pada malam ini dengan menyaksikan pertembungan pasukan dari perladangan iaitu Felda United menentang pasukan dari selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

KEPUTUSAN PENUH

KL FELDA UNITED 0 - 1 Johor FC
Stadium Hang Jebat, Melaka

minit 54' - Johor FC

Kesilapan ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa

 

Anak adalah anugerah serta amanah Allah SWT yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh ibu bapa, seandainya mereka belum bersedia dari segi zahir dan batin serta fizikal juga mental. 

Bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang beriman, bertaqwa dan memberi manfaat yang baik dalam zaman serba moden dan serba canggih ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik atau tidak sehaluan dengan tuntutan Allah SWT.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan beberapa kesilapan ibubapa
(secara umumnya) dalam memberi didikan kepada anak-anak sejak mereka kecil hinggalah dewasa. Bukan untuk mencari salah tetapi lebih kepada muhasabah diri, yakni menilai kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

Pentafsiran kita mungkin berbeza, namun matlamat seharusnya sama iaitu untuk memberi segala kebaikan pada zuriat kita agar berjaya dan beriman di dunia dan akhirat...

Kesilapan ibu bapa dalam menggunakan kaedah mendidik anak-anak :
  • Ibu bapa mempunyai matlamat yang silap atau tersasar dari landasan yang sebenar dalam tujuan menghantar anak-anak ke sekolah.
  • Memilih sekolah hanya atas dasar "dekat dengan rumah" dan meminggirkan faktor-faktor lain yang lebih utama.
  • Memberi atau menunjukkan contoh serta tauladan yang salah / kurang sesuai pada anak-anak.
  • Tidak atau jarang memberi motivasi pada anak-anak.
  • Mengongkong atau menyekat kreativiti (kreatif) anak-anak.
  • Membataskan pergaulan anak-anak tanpa menerangkan sempadan-sempadan atau adab pergaulan dalam Islam.
  • Tidak atau kurang memberi didikan akhlak dan agama.
  • Menyerahkan atau melepaskan sepenuhnya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak pada guru.
  • Kurang mengajar anak-anak soal bertanggungjawab dan berdikari.
  • Terlalu mengharap anak-anak memberi hasil yang baik dan cemerlang dengan cepat sehingga anak itu mengalami tekanan perasaan.
  • Menjauhkan anak-anak dari orang yang sepatutnya didekatkan pada mereka, yakni orang yang baik akhlak dan beramal soleh.
  • Kurang atau tidak menghormati hak, maruah serta perasaan anak-anak.
  • Kurang meluangkan masa yang berkualiti tinggi bersama anak-anak.
Antara kesan yang akan dilihat pada anak-anak sekiranya kesalahan seperti di atas berlaku ialah :
  • Anak-anak akan menjadi insan yang tiada atau kurang berwawasan
  • Sukar berdiskusi atau berbincang secara berhikmah
  • Lemah pendirian
  • Tidak mempunyai keyakinan dan keazaman yang tinggi
  • Mudah tersinggung, 
  • Pemarah, 
  • Menjadi seorang yang suka berbohong
  • Sukar untuk berdikari dan berusaha sendiri.
  • Pendendam

Keputusan Liga Super Malaysia 19 Jun 2012

 
19 Jun 2012 (Selasa)

Tujuh perlawanan berlangsung dalam Liga Super hari ini, yang menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu dan Johor FC menjadi "tuan rumah" melayan kunjungan pasukan bola sepak T-Team, Sarawak, KL Felda United, Kelantan, Selangor PKNS, Lions XII dan Kedah.


SELANGOR 5 - 0 T-TEAM 
Stadium Shah Alam, Selangor

minit 5' - Selangor
minit 45' - Selangor
minit 63' - Selangor
minit 86' - Selangor
minit 90' - Selangor

NEGERI SEMBILAN 3 - 1 SARAWAK
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 

minit 31 - Negeri Sembilan
 minit 52 - Negeri Sembilan
minit 56 - Negeri Sembilan
minit 58' - Sarawak 

PERAK 2 - 1 KL FELDA UNITED 
Stadium Perak, Ipoh

minit 1' - KL Felda United
minit 77 - Perak
minit 86 - Perak

KUALA LUMPUR 0 - 1 KELANTAN 
Stadium Sultan Muhamad IV, KB
(tempat asal di Stadium Hang Jebat, Melaka)

 minit 62 - Kelantan

SABAH 0 - 4 SELANGOR PKNS 
Stadium Likas, Kota Kinabalu

minit 45', 66', 69', 83' - Selangor PKNS

TERENGGANU 0 - 1 LIONS XII 
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

minit 90' + - Lions XII

JOHOR FC 2 - 1 KEDAH
 Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB

minit 33 - Johor FC
minit 45 - Johor FC
minit 83 - Kedah

Keputusan Liga Super Malaysia 16 Jun 2012


Enam perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada hari ini setelah sebulan berehat. Perlawanan T-Team & Terengganu telah berlangsung semalam (15/06/2012) dengan kesudahan pasukan T-Team tewas kepada Terengganu dengan jaringan 0 berbalas 3.


KEPUTUSAN PENUH

PERAK - 1 JOHOR FC 
Stadium Perak, Ipoh
minit 10 - Perak
minit 53 - Perak
minit 71 - Johor FC

KL FELDA UNITED 1 - 0 NEGERI SEMBILAN
Stadium Hang Jebat, Melaka
minit 75 - KL Felda United

SARAWAK 0 - 1 SELANGOR
Stadium Negeri Sarawak, Kuching
minit 20 - Selangor

LIONS XII 9 - 0 SABAH
Stadium Jalan Besar, Singapura
minit 19, 23, 41, 62, 65, 69, 74, 84, 89 - Lions XII

SELANGOR PKNS 1 - 1 KUALA LUMPUR
Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
minit 23 - Kuala Lumpur
minit 67 - Selangor PKNS

KELANTAN 2 - 1 KEDAH
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
minit 45 - Kelantan
minit 56 - Kelantan

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan