Baru nak "belajau" buat keychain dari fabrik felt

   
Gambar di atas ni adalah keychain felt yang saya belum hiaskan 
dengan aksesori sampingan yang lain.

KEMASKINI | 9 Jun 2012
   
Telah ditambah aksesori iaitu tiga kuntum kecil bunga ros.

Inilah hobi baru saya sekarang iaitu membuat sendiri keychain dari fabrik "felt".  Orang lain dah lama buat benda ni, saya je yang baru ada masa dan kesungguhan untuk membuatnya, itupun setelah terangsang apabila melihatkan "kegebuan" dan "kecomelan" keychain-keychain yang dibuat dan ditunjukkan oleh akak-akak di dalam blog mereka. 

Untuk percubaan yang pertama kali ini, hasil jahitannya tidaklah cantik, maklumlah orang yang baru nak belajau. Setelah meminta nasihat sahabat-sahabat yang merupakan "tukang jahit", ditambah lagi dengan merujuk pada contoh-contoh di internet, saya mengerjakan "sebiji" keychain ini pada waktu malam (7 Jun 2012).

Secara ringkasnya "felt" adalah kain bukan tenunan yang dihasilkan melalui proses pemeluwapan dan tekanan serat bulu dari jenis-jenis benang yang tertentu.  Ia terdiri dari jenis yang kasar dan juga jenis yang sedikit lembut seperti baldu dan terdapat dalam pelbagai warna.

 
kain felt boleh didapati dalam pelbagai warna dan ia mudah dibentuk 
mengikut bentuk atau corak yang diminati.


**keychain dalam bentuk lain hasil dari tangan saya akan menyusul kemudian...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : Singapura-Malaysia

 

KEPUTUSAN PENUH


SINGAPURA  2  -  2  MALAYSIA

minit : 44' - Azamudin Akil  (Malaysia)
minit : 60' - Safiq Rahim (Malaysia)
minit : 87'-  (Singapura)
minit : 93'-  (Singapura)


Perlawanan persahabatan kedua akan dilangsungkan pada 12 Jun 2012 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Terlepas stesyen LRT, Ultraman gelabah

 

Pernahkah anda menaiki LRT ataupun Komuter dan apabila sampai di stesyen yang ditujui, anda tidak keluar lantaran terlelap. Apabila sedar pintu sudah ditutup ataupun sudah terlajak jauh dari destinasi asal?. 

Saya sendiri pernah beberapa kali mengalaminya sewaktu menyambung pelajaran di Kuala Lumpur iaitu di Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan berulang alik dari rumah diTaman Indah Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Semasa menaiki bas pun saya pernah, tapi nasib baiklah stesyen terakhir bas tu dekat dengan perumahan yang menempatkan rumah mak ayah saya.

Cuba anda lihat video di bawah ini.  Walaupun ia nampak "dibuat-buat" (bukan drama profesional), namun ia masih kelakar...

Nasi Goreng Kampung = sanggupkah menunggu 45 minit?


Perut sudah lapar, lantas kaki melangkah membawa badan dan anggota yang lain menuju ke kawasan deretan gerai makanan dan minuman, yang didirikan atas tapak bekas perhentian teksi, berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka.  Boleh dikatakan kesemua gerai yang ada mempunyai pelanggan yang singgah untuk makan dan minum.  Kelihatan ramai pelajar dari UiTM cawangan Kampus Bandaraya juga turut berada di "food court" tersebut.

Kaki ini berhenti di salah sebuah gerai yang diyakini "selesa" untuk menikmati juadah pengalas perut.  Pesanan telah diambil, lalu lebih kurang lima minit kemudian gelas berisi teh o suam yang dipesan tiba.  Lantas tangan ini mencapai gelas berkenaan lalu menyuakan ke mulut aku yang sedang derita disebabkan batuk dan kegatalan tekak.  Rasa sedikit selesa.  Lalu menyambung penantian untuk menjamah nasi goreng kampung yang telah terlintas di benak semasa melintas jalan ke arah gerai ini.  5 minit, 10 minit, 25 minit makanan yang dinanti tidak kunjung tiba.  Dahi dan badan aku sudah menerbitkan butir-butir peluh yang memperlambangkan kejenuhan aku menunggu.  

Akhirnya penantian perut aku untuk diisi makanan akhirnya tamat apabila lebih kurang 45 minit kemudian pesanan dihantar ke meja dan kerusi yang aku duduk.  Teh o suam tadi sudah hilang suamnya dan tinggal sedikit, lalu aku membuat pesanan air suam sebagai galang ganti pada air teh o suam yang hampir kehabisan itu.  Nasib la hujan tak turun sepanjang penantian itu... Kawasan makan adalah di kawasan terbuka, tiada payung, yang ada hanyalah bumbung yang berhampiran dengan bahagian hadapan gerai yang tidak luas.

Pergh..... lama tu... dah tahu bila tiba keadaan tertentu pelanggan akan ramai, sediakanlah ruang masak yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga orang tukang masak bagi memastikan pesanan makanan cepat siap dan segera dapat dihantar ke meja pelanggan.  Untung dapat banyak, janganlah kedekut nak gajikan orang.  Kalau selalu macam ni, hilanglah pelanggan...  Sabar ku ada batasnya...

Bola Sepak Persahabatan : Malaysia - Filipina 1 Jun 2012


Perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa yang menemukan Malaysia dan Filipina di Stadium Shah Alam.  Ia dijadualkan berlangsung 1 Jun 2012, pada pukul 8.45 malam.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 0  - 0 FILIPINA


**ramai pemain sudah lama tidak "mendapatkan" perlawanan antarabangsa yang "sebenar-benarnya" menyebabkan sentuhan ajaib beberapa pemain yang cemerlang beberapa tahun lalu tidak kelihatan dan tidak mendatangkan hasil yang diingini.

**namun perlawanan dengan pasukan "kacukan" seperti Filipina ini sememangnya amat diperlukan oleh skuad Harimau Malaya agar mereka dapat menilai dan meneliti kelemahan dan kekuatan mereka bagi menghadapai cabaran perlawanan akan datang.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan