Sistem pesanan ringkas ataupun
SMS (Short Message Service)
adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk
mengirim atau menerima pesanan pendek. Pada mulanya SMS dirancang
sebagai sebahagian daripada GSM, tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk rangkaian UMTS.
Satu pesanan ringkas
SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata lain, satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara
Kanji.
Selain 140 bait ini, ada data-data lain yang termasuk. Ada pula
beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140
bait, tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali. SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS.
Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit
ke pusat pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan
dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. Setelah
satu waktu yang telah ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari, pesanan akan dihapuskan. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini.
SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat,
SMS secara perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular
kerana agak murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan
pesanan ringkas ini jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak
berusia.
Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang,
biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah
diatasi kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus
dan bijak teka "intelligent guess". Ini merujuk kepada ciri telefon
meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang
bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai contoh:- Sekiranya
pengguna menaip
kere, talipon bimbit akan mempaparkan perkataan
kereta.
Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik dalam masyarakat, seperti berikut :
- Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina. Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.
- Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak,
tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa
yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon
bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan,
suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak
tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia
disahkan.