Banner yang memaparkan imej Tan Sri Annuar Musa ini dirampas FAM
semasa Final Piala FA 19 Mei 2012 lalu.
Sudah semakin kalut dan berpanjangan isu Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Tan Sri Annuar Musa. Terkini berkenaan dengan rampasan banner yang mengandungi gambar beliau yang digantung oleh penyokong "The Red Warrior".
Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) melahirkan kekesalan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuang kain rentang milik mereka pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Pengerusinya, Mohd Yahya Jamada Ali mempersoalkan tindakan FAM menanggalkan kain rentang semata-mata kerana ia memaparkan imej Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa. “Timbul tanda tanya mengapa kain rentang tersebut dibuang FAM tanpa sebab kukuh. Sedangkan kain rentang tersebut hanya mengandungi kenyataan yang memberi sokongan kepada Annuar Musa sahaja.
“Kenyataan yang tertera pada kain rentang tersebut langsung tidak menyentuh dan mencaci keperibadian barisan kepimpinan FAM. Tindakan FAM menggambarkan seolah-olah mereka mempunyai agenda peribadi terhadap pemimpin bola sepak Kelantan yang digantung itu.
Tambah Mohd Yahya, tindakan tidak bertanggungjawab FAM itu akan meningkatkan lagi rasa benci penyokong Kelantan yang seakan dianaktirikan oleh badan induk bola sepak kebangsaan selama ini. Justeru beliau meminta FAM memberi penjelasan segera berhubung tindakan menanggalkan kain rentang berkenaan.
**Pendapat saya :
- Walauapapun kemelut yang melanda FAM dan Tan Sri Annuar Musa, janganlah sampai menjejaskan sokongan terhadap pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya dan Harimau Muda.
-"Apalah dosa" pemain bola sepak Malaysia seandainya mereka bermain tanpa penyokong?. Dimanakah kesetiaan yang dilaungkan selama ini tatkala gelombang kebangkitan telah mula dipancarkan oleh mereka?.
-Pemain bola sepak Malaysia adalah mewakili negara kita, Malaysia bukannya FAM. FAM hanyalah pihak yang menguruskan perjalanan sukan bola sepak secara formal.
-Ataupun ada kemungkinan kecil FAM dan TSAM hanya "berlakon" mengikut skrip tertentu bagi menjayakan sesuatu perancangan sulit. Saya terfikir juga begini kerana terlalu ganjil dan pelik melihatkan perilaku pemimpin-pemimpin dalam FAM (TSAM juga salah seorang pemimpin FAM).