Belum seru untuk bertudung : alasan orang jahil

 

Apabila terbaca salah satu tajuk berita di Harian Metro bertarikh 21 Februari 2012 iaitu "Belum seru untuk bertudung", yang berada di bahagian hadapan akhbar berkenaan, terus fikiran saya mentafsirkan bahawa ia tidak sepatutnya diucapkan oleh artis berkenaan kerana menutup aurat adalah kewajiban setiap umat Islam.  Kenapa perlu nak "tunggu seru" untuk bertudung sedangkan ia adalah "WAJIB".  Kalau dah sampai "seruan Ilahi" untuk diambil rohnya kembali, bagaimana?.

Benarlah seperti yang dikatakan, kebanyakkan golongan artis tidak sesuai untuk dijadikan ikutan atau contoh pada masyarakat.  Apakah kesannya pada masyarakat jika mereka membaca apa diperkatakan oleh artis dalam berita surat khabar Harian Metro itu?.  

Jika masyarakat semakin "beriman" untuk meringan-ringankan keperluan menutup aurat ( dalam konteks ini ialah bertudung), maka si artis berkenaan bersedialah untuk menanggung dosa-dosa masyarakat yang tidak menutup aurat itu, termasuklah dosa diri sendiri yang tidak bertudung.  Pengucapan artis berkenaan akan lebih membawa kesesatan dalam komuniti umat Islam, malah tidak salah untuk mengatakan ianya akan menjejaskan akidah umat Islam.  

Berikut adalah salah satu "statement" dari artis berkenaan dalam temuramah dengan wartawan Harian Metro :

 “Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba....." - artis Z

Wahai artis....., ini bukan hanya soal perubahan dalaman dan luaran diri, ikhlas atau tidak, ini soal TANGGUNGJAWAB dalam mengikut suruhan Allah S.W.T.  Mana boleh mengeluarkan kata-kata yang sebegitu dangkal.  Yang diutamakan ialah perbuatan mengikut suruhan Allah S.W.T agar perempuan bertudung yang sewajarnya.  Soal dalaman hati adalah urusan si pelaku dan Tuhannya....  

Sebagai contoh paling mudah, saya andaikan "kerja" menutup aurat (bertudung) ini diberi dua (2) markah penuh iaitu satu markah diberi apabila memakai tudung seperti yang disyariatkan serta lagi satu markah diberi jika ia dilaksanakan dengan hati yang ikhlas.  Jika ikutkan seperti apa yang "diimankan" oleh artis berkenaan, maka dia dapat markah "kosong.....".  Anda faham maksud saya?.  Sedangkan kita perlu kumpulkan "markah" (pahala) sebanyak mungkin sebelum kita dijemput pulang oleh Tuhan.....

Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latif Ibrahim meninggal dunia di IJN

 

Assalamualaikum....

Jika sebelum ini kita dikhabarkan seorang artis yang popular dengan lagu "Cinta Melankolia" iaitu Ann sekitar 1980-an yang meninggal dunia dalam bulan Februari 2012, pada hari ini kita dikejutkan pula dengan perkhabaran penyanyi dan pelakon era 1970-an, Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, lebih kurang pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung. Beliau dikatakan turut menghidap penyakit kencing manis serta paru-paru dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.  Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada hari esok (Selasa, 21 Februari 2012), selepas solat Zohor.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Bersama-samalah kita membaca surah Al - Fatihah buat dua orang artis Malaysia yang telah meninggal dunia serta untuk seluruh umat Islam yang meninggal dunia.  

Saudara- saudari ku, ajal telah menjemput mereka, insafi diri kita dan bermuasabah serta mengaudit diri kita, sejauh mana kita sudah bersedia untuk bersemadi di alam kubur dan roh kita yang akan selama-lamanya hidup di alam akhirat...?

 


**marilah kita sama-sama memainkan klip audio bacaan surah Al - Fatihah yang terdapat di atas sebagai simbolik kita membaca untuk mereka yang telah meninggal dunia.  Al - Fatihah.....

Sebelas golongan manusia yang didoakan Malaikat


Assalamualaikum,

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman yang ke tiga dalam ajaran Islam yang disampaikan oleh Allah S.W.T melalui Nabi Muhammad (Rasulullah S.A.W). Ada antara malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia dan seseorang yang didoakan malaikat mendapat beberapa keistimewaan.
 

Dalam hidup manusia di alam yang fana ini, manusia sangat memerlukan sokongan kerohanian dalam menghadapi dugaan. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika manusia menghadapi masalah, kerumitan dan bimbingan, bukan saja manusia perlukan kekuatan dari berdoa, tetapi juga sokongan malaikat tetapi hanya memperolehinya dalam keadaan yang tertentu sahaja. 

Antara sebelas golongan manusia yang mendapat doa dari malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.”
 

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘amin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: 

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ 

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak) ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. 
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…”

10. Orang yang sedang makan sahur.
 
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA - 19 Februari 2012

 

Dua baki perlawanan pusingan pertama Piala FA telah berlangsung pada 19 Februari 2012 yang melibatkan pasukan Sime Darby dan Sabah, serta Felda United dan Pahang.  Berikut adalah keputusan perlawanan berkenaan :

 

Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA - 18 Februari 2012

 
   
Perlawanan Piala FA 2012, pusingan pertama menggunakan format "kalah - mati".


KEPUTUSAN PENUH
UiTM FC  0   -   3  Lions XII
Kelantan  2   -  1  Sarawak
Betaria FC  4   -   0  Melaka
KL SPA FC  3   -   0  MBJB FC
KUALA LUMPUR  3  -  0   MP Muar FC
Pos Malaysia   1  -   2  USM FC
Terengganu  4   -  0   PDRM
Preach Khan Reach FC (KEMBOJA)  2   -  0   Pulau Pinang
Johor  0   -   2  T-Team
Kedah  4   -   2  PKNS
Negeri Sembilan   1  -   2  Johor FC
Perlis  3   -  0   P.P SDM FC
Shahzan Muda FC  0   -   4  Selangor

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan