Keputusan perlawanan bola sepak Liga Singapura : HARIMAU MUDA - GOMBAK UNITED FC 9 Februari 2012


Harimau Muda A   2  0   Gombak United FC
Pasukan "Harimau Muda" berjaya mendapatkan mata penuh pada perlawanan pertama mereka dalam Liga S menentang Gombak United FC di Stadium Yishun.  Penjaring gol untuk Harimau Muda pada perlawanan tersebut ialah Thamil Arasu dan Wan Zaharul Nizam
Kesebelasan utama dalam perlawanan ini seperti berikut :
Gombak United FC
Zaiful Nizam(GK), Nurullah Hussien, Shafuwan Sutohmoh, Adrian Dhanaraj, Ismail Yunos, Jung Hee Bong, Mustaqim Manzur, K Vikraman, Fairoz Hasan, Obadin Aikhena (ketua pasukan), Fareez Farhan

Harimau Muda A
Izham Tarmizi(GK), Mahali Jasuli (ketua pasukan), Fadhli Shas, Nazmi Faiz Mansor, Irfan Fazail, Thamil Arasu, Gary Robbat, Amer Saidin, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Affize Faisal

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 2012 - 08 Februari 2012

 

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 2012 yang berlangsung pada 08/02/2012.  Perak rampas kedudukan teratas liga manakala Kedah berjaya mencapai kemenangan yang pertama setelah enam perlawanan.
-Terengganu 1 vs 1 PKNS
- Johor FC 1 vs 1 Felda United
- Sabah 0 vs 0 Kelantan
- Perak 2 vs 1 Sarawak
- Selangor 1 vs 1 Lions XII
- Negeri Sembilan 2 vs 1 T-Team
- Kuala Lumpur 0 vs 1 Kedah

Nama jurulatih dan pemain yang terlibat dalam rasuah bola sepak serta hukumannya





Tindakan Kepada Pemain dan Jurulatih yang terlibat dengan rasuah :
Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden 2011 Negeri Sembilan, Encik Yusarman Bin Yusof digantung seumur hidup. Rayuan boleh dibuat kepada FAM selepas 10 tahun

Pemain-pemain berikut Digantung 5 Tahun dan tidak boleh terlibat dengan semua Aktiviti Bolasepak di Peringkat Kebangsaan. Rayuan boleh dibuat kepada FAM selepas setahun

- Muhammad Zaidi Bin Othman
- Hamirul Fahamie Bin Abu Yazid
- Anwarul Hafiz Bin Ahmad
- Muhamad Haikal Bin Mohamad Nazri
- Suhairy Bin Johari
- Muhamad Rizqi Bin Azman
- Mohd Hafiz Bin Mohd Nor

Pemain-pemain berikut di Digantung setahun dan tidak boleh terlibat dengan semua Aktiviti Bolasepak di Peringkat Kebangsaan. Tiada rayuan boleh dibuat

- Mohd Yatim Bin Abdullah
- Adrian a/l Davadas
- Norhairi Bin Abdul Rahman
- Muhammad Zulfadhlie Bin Mohamad A’ashari
Rasuh dari sudut Islam
Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Disebutkan dalam Hadith :
Ertinya : "Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)" . ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.”  (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad]. 
 “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad)

Oleh yang demikian, tidak kira sama ada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah  jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah, menyimpannya dan membelanjakannya adalah haram.

Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 zon Asia : Bahrain - Malaysia 5 Februari 2012

Perlawanan bola sepak kelayakan Sukan Olimpik 2012, Zon Asia. Perlawanan ke empat bagi Kumpulan C di Stadium Nasional Manama, Bahrain. Malaysia memerlukan kemenangan dalam semua baki perlawanan bagi menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya...
 

KEPUTUSAN PENUH

BAHRAIN   2  -minit 24 & 88  1   MALAYSIA  -minit 84


**Pasukan Bola Sepak Malaysia masih lagi "menghidapi" penyakit alpa di masa akhir sesuatu perlawanan.

**Disaat pasukan Harimau Muda ini sepatutnya mampu mencapai kemenangan, namun kesilapan sering terjadi apabila perlawanan menghampiri 10 minit terakhir separuh masa kedua.

**Ong Kim Swee harus segera "membuang" badi ini agar tidak terus merebak dengan lebih parah lagi.

Maulidur Rasul : budaya bida'ah



Assalamualaikum.....

Sesetengah pihak di Malaysia ini lebih mengagungkan budaya atau perayaan "luar" dari Islam. Antaranya seperti pengisian menyambut tahun baru dengan mengadakan acara hiburan dan menjemput artis-artis luar negara yang membawa budaya kafir yang merosakan generasi umat Islam kini.  Lihat sahajalah siaran langsung di televisyen, acara hiburan dianjurkan dengan begitu galak sekali dengan pelbagai unsur-unsur maksiat terkandung di dalamnya dan dihadiri pula oleh pemimpin tertinggi negara seolah-olah mereka merestui acara yang "lagha" ini.  

Di mana iman dan Islamnya pemimpin negara yang dari segi zahirnya mengaku Islam dan mempertahankan kedaulatan tetapi perbuatan mereka bercampur halal haram serta menyumbang kepada kehancuran generasi Islam, sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk penganjuran majlis seumpama ini. Sambutan sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammmad SAW dipandang "sepi" lantaran sikap pemimpin negara sendiri.

Iya, sememangnya sambutan Maulidur Rasul adalah satu amalan bidaah iaitu Nabi Muhammmad SAW sendiri tidak menyarankannya dan tidak pernah dibuat pada zaman kehidupan Baginda dan ini disebut bida'ahTetapi sambutan Maulidur Rasul ini sebenarnya termasuk dalam kategori bida’ah yang baik (hasanah) kerana ia tidak menyalahi AlQuran dan Sunnah.  Ia dibuat oleh sahabat Baginda bertujuan agar umat Islam memperingati kelahiran serta sejarah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT pada seluruh manusia.

Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 

Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.  Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan