Petua pemakanan Nabi Muhammad SAW

 

Assalamualaikum.....

Nasihat seperti "berhenti sebelum kenyang" sudah lama kedengaran namun berapa ramai antara kita yang tidak mengendahkannya?.  Pada pengamatan saya semasa mengunjungi majlis jamuan makan, ramai antara masyarakat yang mengambil kuantiti makanan yang berlebihan dari keperluan sehingga penuh menggunung di pinggan.  

Yang menyedihkan bukannya habis dimakan sebaliknya ditinggalkan dan dibuang tanpa ada rasa berdosa. Malah, mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Amat berbeza dengan tabiat pemakanan  Nabi Muhammad SAW. Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Pada kali ini saya kongsikan beberapa jenis bahan makanan dan minuman serta petua yang diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW, iaitu :

1. Barli – Minum air barli baik untuk melegakan dan mengurangkan kepanasan akibat demam.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah yang dikatakan berasal dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat, mengubati cirit birit dengan dibancuh menggunakan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi menyatakan susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki tisu otak, memperbaharui tisu mata dan mengurangkan kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, merawat radang perut.
– Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun ( Trend yang popular di restoran Itali )

10. Delima – Membersihkan tubuh dari unsur-unsur syaitan serta bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air (seeloknya air masak)– Jika dahaga hendaklah disedut atau diminum perlahan-lahan. Jangan diteguk berterusan kerana ia mendatangkan potensi dihinggapi penyakit pada hati.

Jadual perlawanan bola sepak Liga Super 2012 bulan Februari 2012

 

**Tertakluk pada perubahan semasa FAM


7 Februari 2012 (Selasa)

Selangor - Lion XII = 8.45mlm / Stadium Nasional Bukit Jalil
Negeri Sembilan - T-Team = 8.45mlm / Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak - Sarawak = 8.45mlm / Stadium Perak, Ipoh
Kuala Lumpur - Kedah = 4.45ptg / Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah - Kelantan = 8.15mlm / Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu - Selangor PKNS = 4.45ptg / Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Johor FC - Felda United = 8.45mlm / Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru


10 Februari 2012 (Jumaat)

Kelantan - Terengganu = 8.45mlm / Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru


11 Februari 2012 (Sabtu)

Sarawak - Felda United = 8.15mlm / Stadium Negeri Sarawak, Kuching
T-Team - Perak = 8.45mlm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Lion XII - Negeri Sembilan = 8.45mlm / Stadium Jalan Besar, Singapura
Selangor PKNS - Selangor = 8.45mlm / Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
Kedah - Sabah = 8.45mlm / Stadium Darul Aman, Alor Setar
Kuala Lumpur - Johor FC = 4.45ptg / Stadium Hang Jebat, Melaka


14 Februari 2012 (Sabtu)
 
Selangor - Kelantan = 8.45mlm / Stadium Nasional Bukit Jalil
Negeri Sembilan - Selangor PKNS = 8.45mlm / Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak - Lion XII = 8.45mlm / Stadium Perak, Ipoh
Felda United - T-Team  = 4.45ptg / Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah - Kuala Lumpur = 8.15mlm / Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu - Kedah = 4.45ptg Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Johor FC - Sarawak = 8.45mlm / Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru

Destinasi Pelancongan : Jom kenali Muzium Padi di Kedah


Assalamualaikum.....

Saya sudah beberapa kali melancong ke Negeri Kedah dan setiap kali saya pergi, saya lihat ia menjadi negeri yang semakin berkembang pesat dengan kemajuan yang seimbang, langsung tidak sama dengan apa yang diburuk-burukan dalam siaran berita arus perdana.

Kali terakhir saya pergi ke negeri Kedah dalam akhir tahun 2011 kerana membantu rakan mengendalikan pakej pelancongan dari Melaka. Antara kawasan yang disinggah dalam trip pelancongan itu saya pergi ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kabel dan merentasi jambatan gantung yang apabila kita berada di atasnya seolah-olah seperti di syurga (seperti yang dikatakan oleh pelancong dari negara luar).

Ok, artikel kali ini saya nak kongsikan cerita mengenai Muzium Padi.  Ada di kalangan generasi hari ini tidak mengetahui dari mana datangnya beras malah apatah lagi mengenali pokoknya. Ada juga yang memanggil padi sebagai "pokok beras".

Muzium padi adalah salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.  Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Setar. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.

Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1 dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga dipamerkan di aras ini.

Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di galeri ini kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari.

Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.

Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atau buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga agar anda mencuba makanan tradisional seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makanan ini dihasilkan oleh anak-anak negeri Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Muzium Padi semamangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertaniah yang semakin pupus.

Waktu Lawatan :

Dibuka pada hari -

Sabtu - Khamis : 
9:00 pagi - 5:00 petang

Jumaat :
9:00 Pagi - 12:30 tengahari
2:30 Petang - 5:00 petang

Bayaran Masuk:
Dewasa : 
RM 3.00 ( seorang )

Kanak-kanak :
RM 1.00 ( seorang )
(7 - 12 tahun )

Rombongan sekolah : 
RM 1.00 ( seorang )

Kamera : 
RM 2.00 ( sebuah )

Maklumat lanjut:

Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata,
05100 Alor Star,Kedah Darul Aman.

Nombor telefon :

Muzium Negeri Kedah : 04-733 1162 Fax : 04-730 5100
Muzium Padi : 04-735 1315
Email: muziumkd@tm.net.my
 

Perakam laju mudahalih yang boleh dicuba di jalanraya Malaysia




**Agak-agaknya pemadu di Malaysia "layan" tak benda-benda macam ni...?

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 28 Januari 2012

 

 
Felda United  1   |  2   Perak

Sarawak  2   |  2   Negeri Sembilan

T-Team   1  |   2  Selangor

Lion XII   0  |   1  Terengganu (siaran langsung di Astro Arena : saluran 801)

Kelantan  3   |   0  Kuala Lumpur

Kedah  1   |   3  Johor FC (siaran langsung di TV1)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan