Sistem Jangkaan Hayat JPM : kiraan statistik atau tahyul?

 

 

Assalamualaikum...
Melalui laman web Jabatan Perangkaan Malaysia di bahagian "Fun with stat, mereka telah membangunkan satu sistem untuk mengira umur kematian anda...!!!.  Seolah-olah berseronok dengan umur kematian anda...

Dalam erti kata lain, anda boleh tahu dan mengagak pada umur berapa anda mati (sila rujuk gambar di atas).Sesuai untuk anda merancang kembali perjalanan hidup dan mengaudit qalbu.


Sila ikuti penerangan dari JPM :

Jangkaan hayat adalah jangkaan (dalam statistik) jumlah tahun kehidupan yang tertinggal di usia tertentu. Ia bermaksud purata jumlah tahun-tahun berikutnya kehidupan seseorang itu selaras dengan pengalaman kematian tertentu. 

Jangkaan hayat sesuatu kumpulan individu sangat bergantung kepada tahap penjagaan kesihatan. Jangkaan hayat dijana berdasarkan kepada kadar kematian dengan menggunakan model Coale-Demeny (West) dan Brass Logit. 

Sistem Jangkaan Hayat dibangunkan hanya bertujuan untuk memberi gambaran berkenaan anggaran jumlah purata baki umur seseorang individu.

Makanya, apakah pendapat anda sendiri mengenai aplikasi sistem seperti ini...?

Safee Sali jadi kapten Pelita Jaya musim liga 2011/2012, Indonesia Super League

 

Assalamualaikum

Safee Sali telah diumumkan sebagai Kapten Pasukan bagi Pelita Jaya untuk musim liga  Indonesia Super League 2011/2012. Satu penghargaan besar serta sejarah buat Safee dan peminat bola sepak Malaysia. Pertama kali anak Malaysia dilantik ketua pasukan professional luar negara.

Safee dalam ucapannya lepas diumumkan berjanji utk memikul tanggungjawab yang besar ini dgn baik dan mohon kerjasama semua untuknya jalankan tugas dgn baik.

Tetapi ada kemungkinann juga pihak pengurusan sengaja "menciptakan" sejarah ini bagi mengikat secara tidak langsung untuk terus menabur bakti pada Pelita Jaya dari berpindah ke kelab lain, sekurang-kurangnya hingga ke akhir musim liga bola sepak di Indonesia.

Jam Populasi Malaysia : kaedah mengira jumlah penduduk

 

Jam Populasi Malaysia

Unjuran Jam Populasi Malaysia dikemaskini setiap minit. Unjuran Jam Populasi meliputi semua penduduk di mana tempat kediaman biasa adalah di kesemua 16 Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Unjuran ini tidak termasuk penduduk Malaysia yang tinggal di luar Malaysia ( contohnya : pelajar, pekerja, duta dan sebagainya). Unjuran ini adalah berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan 2000, yang telah dijalankan pada 5 Julai 2000. Data Banci ini telah disesuaikan untuk kurang perhitungan dan ke pertengahan tahun.

Unjuran Jam Populasi ini dijana, pertama, bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan disesuaikan untuk kurang perhitungan, ke pertengahan tahun dan pelicinan umur. 

Seterusnya, bilangan ini ditambah bilangan dengan angka kelahiran, ditolak kematian dan ditambah dengan migrasi (antarabangsa). Komponen kelahiran dan kematian yang dianggarkan adalah berdasarkan kepada angka kelahiran dan kematian yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi. Unjuran ini tidak mengambil kira faktor seperti bencana alam atau wabak penyakit, yang mana boleh memberi kesan yang ketara dalam anggaran kematian. 

Andaian yang digunakan adalah malar bagi tempoh masa tiga bulan ( setiap suku tahunan ) sebelum dikemaskini. Pertambahan penduduk mungkin mengalami sedikit ketidaksamaan disebabkan pembulatan.

Andaian yang digunakan bagi mengunjur penduduk ini adalah seperti berikut :
  • satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
  • satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
  • seorang migran masuk(antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
  • pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat

Sesi Prelude Revolusi: FORMULA FACEBOOK oleh Irfan Khairi

    

    

  

Assalamualaikum...

Pada hari Ahad 9hb Oktober 2011, saya telah menyertai sesi Prelude Revolusi: FORMULA FACEBOOK yang diadakan di Emperor Hotel Melaka.  Ianya dikendalikan oleh mentor jutawan internet tersohor di Malaysia dan boleh dianggap sebagai "guru" dalam dunia internet iaitu Irfan Khairi.

Dalam sesi kali ini kebanyakkan tips-tips yang disampaikan oleh beliau adalah seperti yang terkandung dalam webinar (seminar melalui laman web) yang pernah diadakan sebelum ini.

Antara perkara yang telah beliau kongsikan melalui seminar yang telah mendapat tajaan beberapa syarikat koporat ialah :

  • TREND TERKINI produk dan perkhidmatan terbaik untuk dijual di Facebook!
  • Cara membina jenama perniagaan melalui Facebook
  • Formula menjana pendapatan melalui Facebook
  • Teknik "PANAS" promosi melalui Facebook
  • Preview Revolusi Media Sosial & pemberian diskaun bagi mereka yang berminat
  • SESI BONUS (khas untuk mereka yang mendaftar ke seminar Revolusi Media Sosial): Cara menambahkan penyokong/followers di Facebook dari 0 ke 10,000!

Steve Jobs : Perginya seorang lagenda gajet elektronik



artikel asal dikarang oleh Eruwan Gerry


Steve Jobs merupakan usahawan yang telah membina syarikat dan jenama Apple sehingga menjadi satu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Beliau telah memperkenalkan pelbagai produk hebat yang masih lagi menjadi kegilaan sehinggakan ke hari ini oleh ramai orang daripada pelbagai lapisan umur iaitu iPod, iPhone dan juga iPad.


Anda mungkin memiliki salah satu atau lebih gadget-gadget Apple hebat yang telah diperkenalkan oleh Steve Jobs ini atau sekurang-kurangnya anda pernah melihat gadget-gadget tersebut dipapar di pelbagai media massa sebelum ini. Begitulah kehebatan syarikat Apple dan wawasan Steve Jobs sehingga produk-produk beliau menjadi kegilaan orang ramai dan beliau telah mampu membuka niche baru yang belum pernah difikirkan oleh orang lain seperti niche tablet yang telah dipelopori oleh iPad.


Mengapa syarikat Apple dan juga Steve Jobs mampu mencapai kedudukan sedemikian sehingga mampu melihat situasi dan potensi yang langsung tidak dapat dilihat oleh ramai usahawan lain di seluruh dunia?.  ianya disebabkan oleh pemikiran out-of-the-box Steve Jobs dan juga keberanian beliau untuk bertindak di atas idea yang telah beliau fikirkan.

Semenjak zaman remaja Steve Jobs, beliau suka melihat sesuatu perkara atau masalah dari satu sudut yang lain berbanding orang lain. Walaupun orang ramai mengatakan sesuatu perkara sukar untuk dilakukan, tetapi beliau tidak terus menerima hakikat tersebut dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah difikirkan boleh oleh orang lain. Ini jelas terbukti apabila beliau menghasilan komputer pertama Apple iaitu Mac. Komputer tersebut lebih mudah dan cantik berbanding komputer-komputer jenama lain masa waktu itu dan jauh lebih murah sehingga mampu dimiliki oleh ramai orang.

Dengan penghasilan iPod, sekali lagi Steve Jobs telah menentang pemikiran pada masa itu yang mana tidak mungkin melebihi 1000 lagu boleh disimpan di dalam satu gadget yang kecil. Begitu juga dengan penghasilan gadget-gadget seterusnya iaitu iPhone dan iPad. Kesemuanya telah mewujudkan satu hakikat baru yang belum pernah lagi difikirkan boleh sebelum itu.

Selain dari sifat beliau yang sukar berfikir “di luar kotak”, beliau juga seorang yang berani mengambil tindakan sedangkan beratus ribu orang lain berfikiran negatif tentang produk-produk yang ingin beliau hasilkan. Mereka semua ingat yang mereka betul dan Steve Jobs tidak akan berjaya. Idea-idea Steve Jobs dikatakan cuma angan-angan yang tidak mungkin boleh direalisasikan. Ternyata mereka semuanya salah dan Steve Jobs juga yang betul akhirnya.

Marilah kita berfikir tentang syarikat Apple dan juga mengenai Steve Jobs. Cuba fikir bagaimana kita boleh memupuk dua sifat hebat beliau yang telah saya jelaskan tadi iaitu berfikir di luar kotak dan juga berani bertindak, di dalam situasi kita menjalankan perniagaan internet.

Jika kita mahu membina sesuatu kejayaan yang hebat, kita perlu boleh berfikir sesuatu yang lain berbanding apa yang sedang difikirkan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang usahawan produk digital, cuba hasilkan produk-produk yang belum pernah lagi dihasilkan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang penjual di portal Lelong atau eBay, cuba jual barangan lain yang belum pernah dijual oleh orang lain atau anda boleh melakukan strategi promosi yang belum pernah lagi dilakukan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang affiliater, cuba lakukan cara promosi affiliate yang belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana affiliate lain.

Anda bukan saja perlu berfikir di luar kotak tetapi anda juga perlu berani untuk mencuba dan bertindak. Jangan berfikiran negatif dan cuba aplikasikan idea-idea anda dengan sebaik mungkin.

Jika anda mampu memupuk kedua-dua sifat hebat Steve Jobs ini, anda akan menjadi seorang usahawan internet yang hebat di dalam apa jua model perniagaan internet yang anda ceburi dan mampu menjana keuntungan yang besar di dalam dunia perniagaan internet.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan