Rooney di sisihkan gara-gara Safee & Ramli?

 
 
Assalamualaikum...

Fenomena pemain bola sepak dari Malaysia sedang bermula untuk memasuki pasaran luar negara, meskipun ianya telah dimulakan seawal zaman pemain-pemain lagenda negara seperti Dato' Ghani Minhat, arwahyarham Mokhtar Dahari serta Zainal Abidin Hassan, malah suatu ketika dahulu semasa kemuncak prestasi Azman Adnan, beliau turut ditawarkan bermain untuk kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Manchester United, namun entah mengapa Azman Adnan menolak "tuah" yang amat jarang sekali diperolehi oleh pemain bola sepak negara kita.

Selepas fenomena Safee Sali yang mendapat perhatian beberapa kelab di dalam dan luar Asia selepas cemerlang dalam skuad kebangsaan dan di kelab Pelita Jaya FC yang beraksi dalam Liga Super Indonesia, kini para blogger, pengguna internet dan peminat bola sepak mula memperkatakan mengenai Ramli.. Siapakah dia ini..?

Ramli yang dimaksudkan adalah watak dalam iklan yang ditaja oleh Telekom Malaysia.  Meskipun ada yang memandang sinis dan lawak iklan tersebut namun sebenarnya jika diselami intipati iklan tersebut, kita akan merasa terharu atas mesej sebenar yang ingin disampaikan. Bagi yang tiada perasaan, maka mereka akan terus menerus menggelakkan suatu yang sebenarnya dianggap sebagai doa rakyat Malaysia untuk melihatkan kemajuan para pemain bola sepak dari negara ini yang benar-benar bersemangat untuk memilih kerjaya selaku pemain bola sepak profesional.

Terima kasih juga kepada "pengedit" misteri yang telah mula mengubahsuai berita sukan, surat khabar Harian Metro.  Jika tidak silap saya, fenomena pengubahsuai ini telah bermula sejak Malaysia mula menjuarai pertandingan bagi acara bola sepak Sukan SEA XXV tahun 2009.  Bagi saya ini dapat menyemarakkan lagi kemeriahan bola sepak Malaysia dan juga merupakan satu doa rakyat Malaysia....

Berikut adalah video iklan berkenaan si Ramli yang berazam untuk banggakan ayahnya dengan kejayaannya dalam bidang sukan bola sepak :


**p/s : apa kes kalau si Rooney tu merajuk sampai nak join team bola sepak Kelantan...? Dah tu Ancelotti nak jadi pengurus di Persatuan Bola Sepak Melaka pula... errmm... :-)

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia Peringkat Kumpulan 24 September 2011

Tarikh Perlawanan : 24 September 2011


Sabah 0
Kedah 1

Johor 1
Perak 2

PKNS 0
Terengganu 1

Sime Darby 1
Negeri Sembilan 2

Johor FC 1
Kelantan 1

Sarawak 1
Felda United 0

PDRM 1
Selangor 4

T-Team 1
Kuala Lumpur 1

Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia


Assalamualaikum....

Sebelum perlawanan ini bermula, ramai yang membuat jangkaan dan pengharapan iaitu sekurang-kurangnya pasukan bola sepak untuk ke Sukan Olimpik ini tidak kalah besar atau mendapat keputusan seri.

Namun keputusannya pasukan kita telah tewas pada Jepun dengan jaringan 2 gol berbalas kosong.  Pada saya kita harus terima hakikat yang hanya inilah yang kita ada untuk perjuangkan. 

Cuma yang perlu kita lakukan dari semasa ke semasa adalah dengan meneruskan latihan secara bersepadu, bersistematik, penuh kerajinan dan kesungguhan bagi memperbaiki lagi mana-mana kelemahan yang ada.

Memperbaiki mutu bola sepak Malaysia bukan sahaja dari sudut teknikal dan taktikal bola sepak semata-mata.  Aspek kerohanian dan mental dari pihak pengurusan dan pemain perlu diberi perhatian yang khusus bagi membentuk satu pasukan yang seimbang dan mantap.

Jadi kesimpulannya, rajin-rajinlah berlatih, jaga kesihatan dan jangan hisap rokok...

Subkhiddin Mohd Salleh, pengadil nombor satu Malaysia ingin bersara

 

Pengadil nombor satu negara, Subkhiddin Mohd Salleh, yang pernah terpilih untuk pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman dan 2010 di Afrika Selatan, menyatakan hasrat untuk bersara dari profesion pengadilan bola sepak.

Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu meluahkan hasrat untuk bersara selepas memikirkan banyak perkara termasuk memberi ruang kepada pengadil muda memperkembangkan kemahiran dalam arena bola sepak tempatan.

Kata beliau dalam suatu temu-ramah dengan agensi berita, Bernama :

“Saya memilih untuk bersara kerana ingin memberi lebih masa dengan keluarga kerana sebelum ini sibuk dengan tugasan sebagai pengadil,”.

Beliau yang berasal dari Parit Buntar, Perak, mula meniup wisel bagi perlawanan bertaraf dunia sebagai pengadil pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea Selatan dan mengakhiri kariernya di pentas dunia di Piala Dunia Afrika Selatan tahun lepas.

Beliau yang masih bertugas sebagai guru di Sekolah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, berkata walaupun bersara, beliau masih bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka yang berminat dengan profesion tersebut.

“Dalam profesion ini, tiada jurulatih khusus seperti pemain bola sepak akan memberi tunjuk ajar kepada pengadil baru sebaliknya mereka perlu mempelajari sendiri daripada pengadil senior yang lebih berpengalaman.  Perkara yang turut saya lalui ketika mula dipilih sebagai pengadil FAM pada tahun 1997,” kata beliau yang telah berusia 45 tahun dalam temu-ramah berkenaan.


**Sumber berita dirujuk dari Bernama

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2011 - Peringkat Kumpulan (17/09/2011)


Perlawanan antara pasukan KEDAH dan JOHOR telah disiarkan secara langsung di TV1.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan