Seminar Online (percuma) Bersama Irfan Khairi : Formula Facebook
By Admin at 11:13:00 pm
internet

Seminar Online Bersama Irfan Khairi
Formula Facebook
Tarikh: Sabtu, 13hb Ogos 2011
Waktu: 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Di rumah anda atau di mana-mana!
Sesi percuma ini adalah ekstrak daripada sesi Formula Facebook yang telah beliau kendalikan di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan berhampiran yang telah dimanfaatkan oleh beribu peserta.
Sekiranya anda bebas dan mempunyai masa terluang dirumah pada Sabtu pagi ini, apa kata ikuti Irfan Khairi secara LIVE hanya menggunakan talian Internet di rumah anda atau di mana juag kawasan yang mempunyai kemudaha internet yang memuaskan.
Sekali lagi, sesi online seminar (webinar) ini adalah PERCUMA untuk anda. Sistem yang digunakan adalah canggih dan anda juga boleh berinteraksi bersama Irfan Khairi ketika itu secara live!
Bagi yang berminat, diminta anda melakukan pendaftaran dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:
LANGKAH 1: KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR SEMINAR ONLINE BERSAMA IRFAN KHAIRI
(Sekiranya ia mengatakan "You are already subscribe", jangan risau. Ia bermaksud anda telahpun daftar mungkin pada sesi-sesi yang lepas)LANGKAH 2: Email akan dihantar kepada anda pada hari Khamis atau Jumaat nanti untuk memberi lokasi alamat laman web untuk akses online seminar tersebut.LANGKAH 3: Sekiranya tidak menerima email, pada hari Sabtu jam 9.30 pagi, lawati Facebook di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb dan juga akan kongsikan laman web untuk akses online seminar di sana.
Dengan kecanggihan Internet, seminar tidak perlu dijalankan di hotel-hotel pun. Malah, melalui online, anda boleh menyertainya dari mana pun anda berada! Jadi, bagi mereka yang belum pernah menghadiri seminar Irfan Khairi akibat sering dikendalikan berjauhan dari tempat anda, harapnya dapat pula berjumpa dengan beliau secara online pada Sabtu ini.
Mudahan sesi online seminar bersama anda dapat berjalan dengan lancar dan anda akan mendapat manfaat dan idea bagaimana anda boleh menjana pendapatan menggunakan Facebook dengan cara yang berhemah, berkesan dan betul...!
SMS ucapan sempena Ramadhan..
By Admin at 3:23:00 am
hobi
Sudah lebih seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh "baraqah", bulan keampunan yang menjadi milik Nabi Muhammad S.A.W, namun saya terlupa untuk terbitkan artikel ini.
Semenjak sms boleh dihantar antara penyedia perkhidmatan yang berlainan, ianya mula menjadi fenomena dalam masyarakat Malaysia. Pelbagai cara, corak dan ayat yang direka serta disusun memperlihatkan kekretifan si pengirimnya. Namun ada juga yang sekadar "foward" saja sms yang sudah diperolehinya sebelum ini pada rakan-rakan yang lain. Kebiasaannya budaya berpantun akan mendominasikan sms ucapan yang dihantar.
Menjelang sesuatu peristiwa seperti ramadhan ini, maka acapkalilah telefon mudah alih kita akan "bersuara" menandakan ada mesej "masuk...". Jika anda seorang yang sememangnya gemar bersosial (tak semestinya berkaitan dengan hal yang negatif) ataupun popular, maka bertalu-talulah sms masuk memenuhi "inbox".
Pada artikel ini saya ingin berkongsikan sms yang saya dapat pada sebelum dan awal ramadhan. Tiap satu daripadanya mempunyai beberapa versi berbeza. Antara sms yang saya perolehi ialah :
Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu marilah kita :
1. Seting jiwa
2. Upgrade Iman
3. Download Sabar
4. Delete Dosa
5. Approve maaf
6. Hunting Pahala
dan...
Sujud dahi mencecah bumi,
Tanda syukur kebesaran Ilahi,
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi,
Bersamalah kita menambah iman di hati...
Anda pula bagaimana..? Sudi-sudikanlah berkongsi sms ucapan ramdhan yang anda perolehi di ruangan komen di bawah... (itupun kalau sms tu ada simpan lagi...)
IDA : BLACK AND WHITE CONTEST
By Admin at 11:08:00 am
peraduan
** Opss... ini bukan gambau gf saya tau,
ini banner peraduan yang disediakan oleh penganjur.

** Suatu masa dahulu..., dipertandingkan waktu kini...
Assalamualaikum...
Pada hari ini saya telah "menghantar" penyertaan bagi peraduan yang dianjurkan di blog idafirdausi79.blogspot.com. Peraduan ini berkisarkan tentang memperagakan "gambau" yang hanya mempunyai warna hitam dan putih sahaja, yang menjadi tema peraduan.
Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 12 Ogos 2011, hari Jumaat 11.59pm. Hadiah yang disediakan adalah :
1. Coklat Ferrero Rocher

2. Patung animasi / maskot Domo

3. Coklat buatan tangan

Penyelesaian masalah popup menu "authentication required" gengblogger
By Admin at 12:06:00 am
internet
Assalamualaikum...
Pastinya salah satu perkara yang menjadi isu hangat dalam arena "pemblogan" ketika ini ialah masalah yang berlaku pada laman web "Gengblogger". Bagi yang masih belum kenal atau tidak pasti apakah "Gengblogger" itu, ianya merupakan satu laman web komuniti yang menghimpunkan pemilik laman web atau blog dari segala kategori dan mereka boleh melakukan "ping" artikel terbaru masing-masing ke dalam laman web berkenaan untuk dimaklumkan kepada pengguna dan pelawat laman web gengblogger yang lain dengan menggunakan facebook connect (cara untuk log masuk) untuk membolehkan para pemilik laman web dan blog menggunakan laman web tersebut.
Beberapa ketika sebelum ini, laman web gengblogger telah mengalami masalah apabila ada laman web yang berada di dalam pengkalan data mereka mengandungi skrip aturcara virus / malware. Ada juga kes yang dilapurkan bahawa laman web gengblogger dijadikan platfom untuk menyebarkan virus. Ini menyebabkan laman web berkenaan disekat oleh kebanyakkan "web browser" dari membenarkan pengguna internet meneruskan lawatan mereka. Ada juga anti virus/malware yang bertindakbalas pada laman web tersebut.
Saya sendiri telah cuba menyelesaikan masalah ini dan berusaha mencari cara untuk menghilangkan "popup menu authentication required " dari gengblogger yang muncul apabila laman blog saya diakses. Pelbagai cara yang dicadangkan oleh beberapa individu telah dicuba dan antaranya ialah seperti berikut :
A) betulkan jam di laptop/pc kepada waktu Malaysia (UTC +8.00 Malaysia, Singapore) dan restart browser (dah buat tapi tak berkesan)
B) Cara ini tidak pernah digunakan kerana kelihatan leceh bagi saya dan secara asasnya adalah sama dengan cara di atas :
(1) Cipta semula akaun komputer anda dengan status administrator
(2) Set time zone komputer anda seperti yang telah diterangkan di atas.
(3) Install semula internet browse di komputer/laptop
(4) Buangkan cache pada internet browser dan temporary files pada internet options/properties
(5) Login semula ke laman gengblogger
Dan alhamdulilah, setelah melakukan penelitian dan beberapa percubaan, makanya saya telah menggarapkan cara berikut dan ternyata ianya berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Caranya adalah :
1-Buang pautan link gengblogger application yang ada di facebook anda.
2-Buang segala kod dari gengblogger yang diletakkan sebagai wadget / gadget di blog atau laman web anda.
3-Periksa kod HTML laman web / blog anda untuk memastikan tidak ada satu barispun kod yang berkaitan dengan gengblogger tertinggal.
4-Untuk lebih menyedapkan perasaan anda, setelah membuat langkah-langkah di atas, tukarlah templet blog anda kepada yang baru.
Ada orang yang mengatakan langkah membuang aplikasi gengblogger dari facebook tidak mendatangkan kesan. Pada keadaan tertentu, ada kemungkinan kecil ya, namun pada pendapat saya, untuk mencapai penyelesaian secara total, kita perlu membuang segala kod atau pautan yang berkaitan dengan laman web gengblogger dari facebook, laman web dan blog.
Paling penting saya sendiri telah mencubainya dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah yang terjadi pada kebanyakkan blogger di Malaysia. Namun dalam keadaan tertentu, ada juga kemungkinan anda tidak mendapat hasil yang sama dengan apa yang saya perolehi. Nasihat saya perhatikan betul-betul kandungan kod HTML laman web atau blog anda...