Search di Restoran El Ezzat's 24 Jam - Konsert Lagenda Double Trouble


Assalamualaikum...

Gambar di atas diambil ketika kumpulan Search singgah di Restoran El Ezzat's 24 Jam yang berada di Jalan Hang Tuah, berdepan dengan Kompleks Hang Tuah, Melaka, dalam rangka promosi konsert "Double Trouble" Search dan Wings yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 27 Mei 2011 jam 9.00 malam.  Bagi "menggempaukan" konsert berkenaan, pihak penganjur mengadakan cabutan tiket bertuah dengan hadiah yang menarik iaitu sebuah Perodua Viva, dua buah motosikal Modenas Kriss dan lima buah Apple I-Pad.

Mengikut temubual antara Amy Search dan akhbar Harian Metro, konsert Double Trouble di Melaka kali ini merupakan konsert terakhir mereka dan kumpulan Wings beraksi bersama dalam sebuah konsert khas atas nama Double Trouble.

Mereka bercerita sebab-sebab menganuti ajaran Islam



Assalamualaikum...

Beruntunglah kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam.  "Celik mata" saja dah didik dengan ajaran Islam dan suasana keIslaman.  Kita harus bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam adalah salah satu rahmat yang besar dari Allah S.W.T.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan kita yang masih tercari-cari haluan dan hakikat kehidupan yang sebenar?  Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk mengkhabarkan keindahan serta kebenaran ajaran Islam yang diturunkan pada Rasullullah S.A.W kepada mereka yang belum mengenal Islam..?

Di bawah ini saya kongsikan video yang menceritakan mengenai dua orang yang sebelum ini menganuti agama lain, telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T untuk melihat kebenaran Islam.  Mereka adalah Syam bekas vokalis kumpulan Kamikaze dan seorang wartawan wanita yang pernah ditahan oleh Taliban iaitu Yvonne Ridley.

 

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia (ibu pelakon, Faizal Hussein)








Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.  Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.  "Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi".

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.  Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.  Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

** sumber dipetik dari mStar Online

Keputusan undian masuk semula Maharaja Lawak 2011

 
 
 Assalamualaikum....

Dalam rancangan Maharaja Lawak minggu ke lapan, melalui pengacaranya iaitu AC Mizal, mengumumkan bahawa Kumpulan R2 telah diundi masuk semula untuk bertanding setelah tersingkir beberapa minggu lalu.

Undian telah dijalankan sejak minggu ke tujuh Maharaja Lawak melalui Facebook dengan cara pengiraan jumpa "Like" pada gambar peserta yang telah dikeluarkan dari pertandingan.  Suka saya membaca respon dari blogger "Mak Dara".  

Komen beliau :  "Wow... Tetiba bukak aje MAHARAJALAWAK Mak Dara terkejut bila AC Mizal mengumumkan bahawa Kumpulan R2 telah diundi masuk semula ke MAHARAJALAWAK setelah tersingkir beberapa minggu lalu...   Tapi takpe.. tak kisah le sapa pun yang diundi masuk jangan undi si Amir je cukup le hehehe... R2 pun ok what.. memang best jugak lawak2 diorang...".

Segmen Satu Gambar Bercerita : Basikal

 
Ultraman pun dah mula berbasikal..., anda bila lagi?

Assalamualaikum....
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas sehinggalah menjadi reka bentuk yang biasa dilihat pada hari ini.

Semasa zaman pendudukan Jepun suatu ketika dahulu, dikala mereka "mendarat" di Kota Bahru, Kelantan, tentera mereka bergerak untuk memulakan explorasi menawan Semenanjung Tanah Melayu dengan berbasikal secara konvoi.

Basikal juga terlibat dalam sejarah peperangan di Semenanjung Tanah Melayu


Suatu ketika dahulu perkhidmatan penghantaran surat oleh posmen menggunakan basikal

"Posto...posto" adalah teriakkan yang begitu dinantikan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 1800 yang datang membawa surat dengan berbasikal. Manakala perkembangan Pos Malaysia sekitar 1820 hingga 1990. Awal pernubuhannya hanyalah di beberapa negeri selat sahaja seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan