Statistik blog - aliran trafik dari dunia siber

Assalamualaikum...

Sesekali nak juga tahu prestasi blog, terutamanya dari mana mereka datang.  Ia bersangkut-paut dengan keberkesanan "pemasaran" dan promosi blog kita ke dalam "pasaran" siber ini.  Sekaligus mempengaruhi kadar trafik ke blog masing-masing.

Berikut adalah penyata trafik blog saya dari tarikh 16 Desimber 2010 hingga 14 Januari 2011 (setakat jam 9.00pagi) :

 


Orang lain tak boleh, puak ni aje yang boleh?

Assalamualaikum...

Isu ini sudah beberapa minggu berakhir, tetapi tak ramai yang memberi ulasan yang sewajarnya, namun sebagai memberi "backup" pada "Tuan Guru", saya paparkan perbandingan yang sepatutnya dinilai dengan sebaik-baiknya oleh semua orang.  

PERHATIAN.., saya bukan pengundi yang memangkah parti "Tuan Guru".

Ada beberapa pihak.yang mempertikaikan Menteri Besar Kelantan memberi rumah pada penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi yang beraksi cemerlang terbilang semasa kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu.  Sehinggakan ada satu penulis (entah datangnya dari celah mana) dalam ruangan khas surat khabar arus perdana membuat komen menyindir yang membawa maksud untuk memperlekehkan dan memburukkan nama Menteri Besar tersebut.

Menteri Besar Kelantan dari Pakatan Rakyat  ketika menyampaikan hadiah pada Khairul Fahmi. 


Sebaliknya, ada juga menteri besar dari Parti Kebangsaan Melayu Bersatu yang memberi "kurniaan" yang agak hebat pada para pemain yang berasal atau bermain di Terengganu. Namun tiada pula sindiran atau kritikkan negatif diberikan dalam surat khabar berkenaan. Memang berat sebelah.... Kenapa ye? dacing rosak ke...?


 
Menteri Besar Terengganu dari PKMB memberi hadiah pada ENAM orang pemain skuad bola sepak Malaysia


 
Yang ini lagilah hebat, mencecah jutaan ringgit nilainya, tapi tidak adapun penulis dalam akhbar arus perdana yang nak mengutuk atau memberi reaksi negetif mengenainya...

AJL menilai lirik dan lagu (gubahan muzik), bukan hanya penyanyi


Pada mereka yang tidak "restu" keputusan AJL 25, adakah anda lebih berpengalaman dan lebih pakar dari M.Nasir selaku ketua juri?.  Kalau ya, anda pakatlah ramai-ramai dari kalangan puak anda, guna duit sendiri bikin lain punya pertandingan.  Boleh pilih artis yang anda suka...



 Assalamualaikum..

Pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu tu sememangnya dari asalnya mempertandingkan kekuatan lirik dan susunan muzik sahaja melainkan diwujudkan kategori khas seperti persembahan terbaik dan vokal terbaik.

Suara Ana taklah sedap sangat tapi dia menang sebab lirik dan lagu yang dia gubah. Dia antara penyanyi muda yang berbakat besar kerana dia mampu menjadi komposer, penulis lirik dan penyanyi. Sama juga seperti Yuna.

Kalau orang yang tak suka pertandingan yang hanya mencari pemenang "Besar" melalui lirik dan lagu, JANGAN tengok AJL TV3...  Bikin sendiri punya pertandingan.

Keputusan & kesimpulan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25 TV3

 
09 Januari 2011



Keputusan AJL 25 :

Persembahan Terbaik ( RM10 000.00 + piala ) :
Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik ( RM10 000.00 + piala ) :
Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Ketiga ( RM12 000.00 + piala ) :
Hafiz - Noktah Cinta

Naib Juara ( RM15 000.00 + piala ) :
Black & MUH - Drama King


Juara ( RM35 000.00 + piala ) :
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Kesimpulan (ringkasan) AJL 25 :
(berkenaan penyanyi dan ciri-ciri yang menyerlah.. bolehla..)
Yuna - Props latar yang menarik, menyatukan suasana dengan lagu yang dibawa
Tomok - Pemilihan warna pakaian dan gaya penampilan
A.P.I - Gimik peperangan dalam mesej yang terkandung dalam lagu
Shahir - Berjaya bermain dengan emosi dan lirik
Black & MUH - Vokal yang baik dan susunan muzik yang menarik
Hafiz - Vokal yang stabil dan gimik persembahan
Ana Raffali - Gimik yang "berseni"
Faizal Tahir ( dua lagu ) - Gimik persembahan yang menjemput pelakon seperti Dato' Aziz Satar dan Nor Khairiah serta lain-lain, vokal yang agak mantap dan gimik "kebasahan"
Adira - Warna pakaian dan gimik "terangkat" (diangkat sebenarnya...)
Bunk Face - Susunan dan penyampaian muzik
Black - Vokal yang terkawal
Hujan - Ermm... "sorry, no comment"
Stacy - Pakaian yang "menyelerakan", gaya ala-ala Jepun yang menampakkannya "cute" dan kombinasi warna pakaian dan tarian yang menarik

6 punca utama virus memasuki dan merosakkan sistem komputer


Assalamualaikum...

Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak penyedia internet.

Namun masih ada lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkah-langkah pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang "update" (kemaskini) perisian anti virus.

Pada artikel ini saya ingin berkongsikan pada rakan-rakan blogger mengenai laluan dan punca utama virus tersebar dan menjangkiti komputer :-
  
1.  E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui "attachment" yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / "attachment".

2.  Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak "muat turun" sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.

3.  Klik Iklan 
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai "skrip virus".  Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila "cursor" tetikus berada pada pautan tersebut
 
4.  Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda "download", pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 

5.  Melayari Laman Web Lucah 
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.

6.  Perisian anti virus tidak dikemaskini (update)
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak.  Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat "melawan" serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari...

Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu "kerja kursus" mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.  Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.

Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini "definisi virusnya" dengan kerap.  Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan kerajaan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan