Piala Suzuki AFF 2010 - Peringkat Akhir Pusingan Pertama


Assalamualaikum....

Tahniah pada pasaukan bola sepak Malaysia yang telah bermain mengikut perancangan ketua jurulatih, K.Rajagobal serta menunjukkan kesungguhan.  Secara peribadi saya melihat permainan Malaysia kali ini lebih tersusun, kemas dalam melakukan gerakkan terancang dan tidak terburu-buru untuk menyerang gol lawan.

Kesungguhan para pemain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Nor Shahrul Idlan Talaha, Safee Sali, saf pertahanan dan lain-lain pemain begitu mengkagumkan.  Mereka kurang melakukan kesilapan dan cepat mengambil tindakan dalam memperbetulkan kelemahan semasa perlawanan tersebut berlangsung.  Jika dilihat dari segi peluang, seharusnya Malaysia mampu untuk menjaringkan lebih dari 3 gol.

Berikut adalah sorotan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil :

 
 
Babak perlawanan Malaysia "menganyang" lawannya...

Kawalan Keselamatan Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala AFF - Suzuki 2010

 

Polis telah bersedia sepenuhnya untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil, Ahad ini.

"Kita telah bersedia sepenuhnya dengan jumlah anggota yang cukup termasuk anggota tambahan dari daerah lain. Kita mampu untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium," kata Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh kepada Bernama, Jumaat.

Bagaimanapun, bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, polis memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Anggaplah ini sebagai satu perlawanan bola sepak berunsurkan sosial dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak diingini," kata Mohan Singh yang turut mengingatkan penyokong supaya tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api.

Sekitar 90,000 penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium itu seawal 5 petang.
Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada 29 Disember.

~sumber berita dari FAM

Lucky Blogger Contest by Hahazirah


 
Assalamualaikum...

Di blog "hahazirah.blogspot.com" ada menganjurkan satu cabutan bertuah, yang julung kalinya dianjurkan di blog tersebut.  Contest ni dibuat sempena meraikan kedatangan tahun baru 2011.

Pemenang akan dipilih secara random/rawak.  Contest ini telah di buka untuk penyertaan bermula 24/12/2010 dan akan ditutup menjelang seminggu selepasnya (tertakluk pada perubahan).  Pemenang akan diumumkan sehari selepas tarikh tutup.

Berikut adalah syarat-syarat peraduan :

  1. Follow blog Hahazirah Through Heart
  2. Buat satu entri kat blog korang bertajuk 'Lucky Blogger Contest by Hahazirah'. Letak banner contest di entri tu dan tag blogger lain untuk join contest ini sekurangnya 3 orang.
  3. Tinggalkan link entri tersebut di bahagian komen entri jemputan di blog penganjur contest.

Tag jemputan untuk contest ini :

http://cikatinstory.blogspot.com
http://www.alinaclover.com
http://www.suarabawahtanah.com

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan