Jangan pulangkan wang warga emas melalui Umno

Artikel ini diambil dan dihubungkan melalui laman web yang asal...

Jangan pulangkan wang warga emas melalui Umno

Negeri Sembilan - Juara dalam bayangan (doa)

**Kemaskini : Negeri Sembilan kalah 1-2 


~ Bayangan makin hilang dilindungi mendung. Kelantan dah menang, maka sepatutnya tiada lagi kebakaran harta awam dan kenderaan polis... yelah dah menang, hati dah suka... 
kalau kalah mengamuk lebih dari Hang Jebat



     VS 
*hanya hiasan*

Seperti di profail saya, saya lahir di Johor, bersekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan serta dalam pada itu tinggal di kawasan Melaka.  Namun nak sokong Johor tatau Melaka di final dah jauh api dari panggang, nasib baiklah Negeri Sembilan dapat sekali lagi sampai ke perlawanan akhir Piala Malaysia bagi tahun 2010.
Sama ada pasukan bola sepak Negeri Sembilan mengalami pemain yang kurang cergas atau cedera, namun doa saya ini tetap sepenuhnya untuk kemenangan Negeri Sembilan.  Harap-harap pajero atau kereta polis tidak ada yang dibakar gara-gara tidak puas hati dengan mutu permainan atau pengadilan.  Kita ada otak yang mempunyai akal yang disertakan dengan hidayah dan iman. Gunakanlah kurniaan Allah SWT dengan sebaiknya.  Tak puas hati, kita buat surat rasmi untuk menyatakan bantahan atau aduan.  Anda tahu format surat rasmi?

Senarai artis dan lagu dalam album "Di mana kan ku cari ganti - Satu Indiepretasi"


Pada pandangan peribadi saya, usaha pihak yang membuat album ini sempena bulan mengenang P.Ramlee adalah sangat baik dan boleh menambah kesegaran pada lagu-lagu "evergreen" P.Ramlee dan memperkenalkan semula lagu-lagu ini pada generasi muda ketika ini, yang mungkin kurang tahu mengenai filem-filem dan lagu-lagunya.

Tetapi ada sesetengah lagu yang dibawakan oleh artis-artis baru ini kurang enak didengar iaitu dari segi lenggok nyanyian serta muzik yang digubah.  Rasa-rasanya kalau P.Ramlee hidup lagi, mesti dia menangis dengar lagunya yang diubah sedemikian rupa..

Preview pasukan : Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010

 

Sejarah bola sepak Negeri Sembilan :

Sejarah bola sepak Negeri Sembilan dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan pada perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.

· Presiden PBNS – Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam yang terletak di Paul Street.

Peristiwa :

· Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.

· 1982 – Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.

· 2004 – Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.


 

Sejarah bola sepak Kelantan :

Ditubuhkan pada tahun 1946, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia. Pasukan ini bukanlah sebuah pasukan yang boleh dikatakan memberi tentangan sengit kepada pasukan lain dalam kancah bola sepak Malaysia. Dari segi kejuaraan, Kelantan FA tidak pernah bergelar juara samaada dalam saingan liga domestik atau saingan Piala Malaysia dan juga Piala FA. Namun pasukan ini pernah layak ke peringkat akhir saingan Piala Malaysia pada tahun 1955, 1970 dan 2009. Manakala saingan Piala FA, pasukan Kelantan FA bergelar Naib Juara pada tahun 2009 setelah kalah kepada pasukan Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-1.

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri . Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada Penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di Stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan di Stadium keramat mereka, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak Pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Sehingga kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para Pemain dan Pihak pengurusan Pasukan Kelantan FA dan sentiasa menyebabkan Pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Pasukan Kelantan FA. Penyokong dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi Pasukan Kelantan FA.

Peristiwa :



Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen Piala FA separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zakuan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan. Setelah tamat permainan, keadaan dalam Stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga di arah keluar oleh pihak Polis yang mengawal permainan pada malam itu.

Namun di luar Stadium hampir 2000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan Stadium dengan membakar kenderaan pasukan Polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. seramai 100 orang pasukan Polis Persekutuan dan anti rusuhan telah di arahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu. Akibat kejadian yang berlaku, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menggangtung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih Stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku.

Kekalahan Pasukan Kelantan FA kepada Pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan Penyokong Pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi Penonton. Kejadian ini menggakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi berjumlah RM34,000.

Kelas jahitan manik dan baju Melayu tradisional


 

 

NOTIS
(20 April 2012)

Kelas / kursus di atas sudah tidak dijalankan lagi.  Sila ke laman blog Syarikat Nurhafizah Binti Karim untuk mengetahui pelbagai kursus atau latihan jangka pendek dalam kemahiran menjahit pakaian dan membuat aksesori. Klik -----> SYN

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan