Belajar komputer di ICT Niaga dapat elaun RM200.00 sebulan

Salam sejahtera..,

Peluang untuk belajar asas kemahiran komputer dan internet di ICT Niaga Enterprise secara percuma, malah memperolehi elaun RM200.00.  Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi :
  • Berumur 15 ke 20 tahun.
  • Mempunyai displin dan minat belajar yang tinggi.
  • Harus menghabiskan masa selama 6 bulan untuk melayakkan diri memperolehi elaun bulanan (masa & hari boleh diselaraskan.
  • Sijil diberikan setelah tamat kursus.
Maklumat lanjut, sila hadir ke alamat berikut (Isnin - Jumaat / 10.30pg - 5.00ptg) :

ICT Niaga Enterprise,
Tingkat 4,
Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.
(sebelah pejabat Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)


**Update 2012 : kursus ini sudah tidak ditawarkan lagi

Perawatan pening, demam, selsema, sakit tekak dan batuk-batuk

     

     

Salam sejahtera...
Berapa kalikah anda mengalami masalah kesihatan seperti tajuk artikel di atas dalam masa setahun?.  Pada saya sendiri, saya mengalami beberapa komplikasi kesihatan seperti tajuk artikel tersebut, dalam setahun lebih kurang sebanyak 2 atau 3 kali.  Saya juga mengamalkan pemakanan yang lain dari biasa iaitu selain dari memakan ubat sama ada yang dibeli di klinik atau kedai.

Sebagai contoh, jika saya menghidapi tanda-tanda akan selsema ataupun sudah selsema, saya akan makan ais krim (jenis yang berkrim) dan niatkannya sebagai ubat untuk legakan dan hilangkan selsema.  Dan ianya berkesan untuk saya.  

Selain itu, saya akan kerap minum teh o suam dan makan sup panas, tidak kira apa jenis sup.  Tapi yang jadi pilihan ialah sup ayam yang dicampurkan dengan pelbagai sayuran hijau.  Jika terpaksa, saya juga akan minum minuman bergas dan lepaskan gas tersebut di hidung. Ia dapat melegakan masalah hidung tersumbat.  Lagi kuat gasnya lagi elok.

Jika mengalami batuk, antara petua tradisional yang saya buat ialah campurkan kapur (kapur orang buat makan dengan sirih) dengan perahan limau nipis, kemudian sapukan rata pada bahagian leher. Seelok-eloknya sapu semasa hendak berehat panjang ataupun nak tidur.  Ulangi sapuan ini sehingga batuk reda atau hilang.  Boleh juga diselang seli dengan sapuan minyak angin atau balsem yang diperbuat dari gamat atau minyak dan balsem geliga.

Semasa batuk dan selsema, jangan atau elakkan dari makan makanan yang berminyak dan minuman yang sejuk (berais). Kopi dan milo tidak digalakkan untuk orang batuk.  Tetapi mengikut kajian terkini, air sejuk jika betul sukatannya boleh juga mengurangkan panas dalam badan ketika demam dan selsema.

Petua terakhir dari saya ialah larutkan beberapa biji gula Hack warna hitam ke dalam air panas atau suam lalu diminum ketika selsema dan batuk.

~p/s: petua di atas adalah telah dicuba oleh saya sendiri.  Kemujarabannya mungkin berbeza pada orang lain.

Tertunailah Hasrat Di Hati: Teruk betul pelajar universiti ni..agak-agaklah kalau nak menipu

Tertunailah Hasrat Di Hati: Teruk betul pelajar universiti ni..agak-agaklah kalau nak menipu




Memang tak patut jika gambar yang diambil itu di tempat lain, tapi mengaku mengambilnya di luar negara.

Hal penipuan seperti ini boleh dianggap kecil dan "guaruan nakal" tetapi dihebohkan, sedangkan setiap surat khabar arus perdana dengan bangga mengiklan serta mempromosikan judi dan perkara-perkara lain yang haram serta lagha tu tidak pula dikecohkan...

You Tube Kemalangan Maut Simpang Ampat KM223 | nurizspace

You Tube Kemalangan Maut Simpang Ampat KM223 | nurizspace


Hal sebegini bersangkut-paut dengan banyak cabang masalah dari rakyat biasa ke pemimpin. Oleh itu siapkan diri kita dengan ilmu agama Islam tanpa mewujudkan batasan-batasan tertentu. Tanpa had tanpa hari, ianya sepanjang masa...

Karaoke tertutup di blog

Salam sejahtera...

Apakah yang anda buat semasa berblog?.  Maksud saya selain dari mengemaskini blog kesayangan anda...  Bagi saya, saya akan berkaraoke dengan senarai 14 lagu yang terpilih mengikut "mood" semasa saya, di muka blog "Lagu dan Permainan"...


Selalunya saya akan bertabiat ( bukan bertarbiah tau ) begini bila petang-petang, waktu orang dah balik ke rumah dari pejabat ataupun waktu malam atau awal pagi apabila saya tidur di kedai saya.  Bukannya takde rumah tapi kerana ada kerja yang nak disiapkan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan