Tarikh untuk menentukan Hari Raya Aidilfitri-Syawal 2010 di Malaysia


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Puasa tahun ini ialah pada esok hari 8 September 2010.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan, perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja di Malaysia.  Ia akan dilakukan di 30 tempat yang bersesuaian di seluruh negara.  Majlis Raja-Raja sepakat bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2010 adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
Kawasan yang terpilih di Melaka untuk melakukan pencerapan anak bulan Syawal ialah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi - MITC, Kampung Balik Batu dan Tanjung Bidara.  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah dipersetujui oleh ahli pencerap anak bulan di semua stesyen yang terpilih.
 
Tetapi kebiasaannya tarikh masuknya bulan Syawal telah dinyatakan dalam "kalendar kuda" kerana sekurang-kurangnya setiap 5 tahun sekali, semua para ilmuan ahli kaji bintang, falaq, dan ahli sains dari pelbagai kumpulan, cabang bidang dan agama akan berkumpul bagi mengkaji dan memperbincangkan kiraan tarikh 5 atau 10 tahun akan datang. Tarikh yang dinyatakan dalam kalendar ialah 10 hb 9 2010.  Setiap tahun sememangnya tarikh yang dinyatakan adalah tepat kerana ia telah dikira lebih awal.

Dapat award yang kali pertama

Terima kasih pada pemilik blog cahayawanita.blogspot.com iaitu Cik Nur Hawa kerana memberikan award yang buat pertama kalinya saya perolehi sepanjang berblogging selama ini.  Walaupun ada yang berpendapat award seperti ini tiada nilai atau unsur-unsur penting, bagi saya ia sebagai penghargaan pada blogger dan bloggie yang datang melawat sesuatu blog, juga sebagai pengerat persahabatan melalui media blog ini. 

Sebelum memberi award ini, cik Nur Hawa mengalami "kekejangan" kerana confius dengan susunan serta kiraan follower yang ada pada blogspot ini. Jadi untuk mengelakkan dari kesilapan kiraan dan berlaku adil, beliau telah memberi 3 award pada 3 pengunjung yang berlainan. Baik sungguh hati budi cik adik kita ni, layak jadi ketua kelas macam ni... :-)

TV3 mohon maaf - iklan merosakkan kesucian Islam


Akhirnya setelah bertimbun-timbun kritikan dan kutukan yang diterima pihak TV3 atas keprihatinan masyarakat berkenaan iklan lebaran yang mengandungi unsur-unsur yang bercampur aduk dengan imej agama lain pada perayaan suci umat Umat lslam (dah macam ais batu campur & rojak pesemboq).  Semata-mata nak tunjukkan "1Malaysia", sanggup melacurkan kesucian Islam dalam pengiklanan.

Ada yang menganggap ini hal kecil tetapi hal kecil yang mempunyai kesan yang besar seperti inilah yang digunakan musuh Islam secara halus bagi merendah-rendah dan menghina Islam.  Ia juga dapat merosakkan pemikiran kanak-kanak Islam dan mereka yang cetek pengetahuan agamanya.  Lihat sahaja filem-filem barat dan dari China / Hong Kong (hanya sebilangan sebagai contoh), pasti ada sebabak dua yang menghina Islam secara halus dan tidak disedari oleh penonton yang tidak menafsir dengan teliti apa yang mereka tonton itu.

Kreatif tak salah tapi cara dan pengisian iklan tersebut yang menjadi kemudaratan pada agama Islam.  Jangan disalahkan mereka yang memberi teguran walau apapun niat mereka kerana teguran mereka kena pada tempatnya, bak kata orang Jawa " The right plase in the right time...".  Walaupun mungkin yang menegur tu kurang bersolat ataupun buat perkara lain yang tidak mendatangkan pahala, namun sekurang-kurangnya mereka ini telah membuat kebaikkan yang berpanjangan kesannya. Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk memberi teguran yang sepatutnya.

Sepatutnya pihak stesyen penyiaran ada bahagian yang diwujudkan untuk menapis iklan-iklan yang diterbitkan bagi mengelakkan kesalahan seumpama ini.  Di mana peranan FINAS dalam isu penapisan iklan dan filem? Apakah kali ini ada pengecualian khas atau TV3 sendiri lupa nak hantar sample iklan pada FINAS? JAKIM juga perlu diberi peranan yang lebih dalam isu penapisan iklan dan filem di Malaysia.

"1Malaysia, Islam didahulukan, Keimanan diutamakan"

Iklan raya Aidufitri 2010 di stesyen tv ada unsur syirik - jejas akidah




Assalamualaikum,

Pasti ramai antara blogger mahupun bloggie yang dah lihat iklan baru di stesyen tv yang banyak bersedekah dan menolong orang susah.  Namun yang anehnya, apakah motif yang tersirat disebalik cahaya yang keluar dari gambar beca, langsung ke luar tingkap.  Selepas itu membentuk imej beca dari jenis yang popular di Pulau Pinang. Ada pula seorang tua yang memanggil kanak-kanak lelaki untuk naik becanya.  Terdapat juga seorang budak perempuan di atas beca berkenaan.  Nak dijadikan cerita, kebetulan lalulah beca terbang ala-ala Santa Clous berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong serta berimejkan bulan di sudut sebelah kanan penonton.

Saya berpendapat bahawa ia mempunyai unsur-unsur khurafat dan syirik mahupun yang seumpama dengannya.  Ini juga menghina Islam kerana seolah-olah agama Islam sekarang sudah mengikut dan meniru budaya agama lain.  Amat jelas sekali iklan itu untuk perayaan suci umat Nabi Muhammad S.A.W yang membawa ajaran Islam yang tiada had harinya, bukannya iklan mempromosikan dakwah atau perayaan Kristian.

Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam yang semakin layu dan leka dengan pelbagai slogan, apatah lagi kanak-kanak yang menonton iklan tersebut.  Apakah kerana ingin menunjukkan rakyat Malaysia bersatu serta menyahut seruan "1Malaysia", makanya pihak stesyen televisyen mengampu dengan membuat iklan yang memaparkan orang Islam menyatukan budaya agama lain ke dalam agama pilihan Allah S.W.T ini ?. Apakah banjir di beberapa buah negeri serta ribut di bazar ramadhan, perkarangan Stadium Jasin, Melaka tidak mendatangkan pengajaran pada semua lapisan masyarakat? Jangan kerana salah cara nak tunjuk kreatif, takut nanti mendatangkan"1Bala" atau "1Azab" pada negara kita. Bunga teratai  unsur popular dalam agama Buddha.  Kalau tak percaya, cuba tengok patung dewa di tokong, terutamanya "dewa quan yin" dan pelita dalam bunga teratai merupakan unsur agama Hindu.  Apa motifnya "mengacau dodol" dalam bunga teratai? Makanan dihidangkan juga dalam bunga teratai?.

Mungkin juga ianya ada unsur-unsur sindiran politik yang bertopengkan iklan perayaan.  Dapat khabar, mengatakan iklan ini bukan dibuat oleh pihak dalaman TV3 sendiri sebaliknya iklan dari produksi luar yang kerap bekerjasama dengan TV3 (Media Prima).  Yang paling penting siapa yang jadi "kepala" membenarkan iklan begini diluluskan? Dan siapakah pengarah video iklan yang telah membuat video yang penuh provokasi ke atas umat Islam?  Ini soal kepentingan dan imej agama, bukannya alat politik sesiapapun.  Walauapapun alasan, kenapa perlu marah pada orang yang cuba mempertahankan agamaNya?

Lain pula halnya di mana YB yang merupakan seorang berbangsa Cina, bukan Islam masuk ke dalam surau dengan memakai baju serta kain panjang untuk memberi penerangan mengenai kemajuan dan gerak kerja yang dijalankan oleh kerajaan negeri.  Dengar cerita dari orang di negeri berkenaan, ia mendapat persetujuan dari para kariah surau berkenaan.  Ada juga salahnya ajk surau itu kerana terlepas pandang dengan situasi yang sentiasa dicari-cari oleh seteru politik parti tertentu untuk dimanipulasikan dengan rencah pedas yang jahat dan tidak memberi kain penutup rambut pada YB itu, tetapi apahalnya dengan isteri-isteri VVIP, VIP serta ketua pergerakkan sayap parti tertentu yang beragama Islam yang masuk masjid / surau memakai selendang sahaja tapi nampak rambutnya, telinga serta baju yang ketat, ada juga yang baca AlQuran tapi baju berlengan jarang. Siap lagi dengan guna surau untuk jadi tempat solek pertunjukkan solekkan pengantin, yang juga terlibat orang kafir dalam persiapan solekkan itu.

Jangan kerana yang menganjurkan majlis itu berlainan puak dengan pemerintah, terus aje nak ikut hukum agama dan menidakkan kesalahan yang serupa oleh isteri para pemerintah dan suku sakat mereka?. Kenapa tak bermuzakarah secara terangan mengenai isu berat sebelah ini?  Jika bermuzakarahpun, jangan cari ahli agama yang mempunyai kepentingan politik dan yang gunakan agama untuk pekerjaan. Kenapa pula bila tiba tuduhan ke atas orang Islam dari "puak" berbeza tidak ikut undang-undang serta mahkamah Islam?

Duit raya dari MyeCash


Khas untuk anda yang telah dan akan mendaftar di http://prepaid4u.net/smskey

Sempena musim perayaan ini, jadilah usahawan topup prepaid...!

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan