Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka


Assalamualaikum...

Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawah anjuran Giatmara Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan negeri Johor.

Semasa saya mendaftarkan nama perniagaan pada tarikh 07 / 07 / 2007 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan MITC, ia turut berlangsungnya pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di dewan MITC. Di kesempatan itu saya bertemu dengan para usahawan SDSI yang mempunyai "booth" promosi. Di sini dapatlah saya menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah penjenamaan dan pemasaran perniagaan.

Buat sementara waktu, saya menjalankan bisnes ini di rumah sementara saya dalam proses untuk membuat pinjaman perniagaan pada pihak MARA,TEKUN ataupun mana-mana organisasi yang dirasakan sesuai dan dapat membantu mengembangkan lagi bisnes saya. 

Tetapi itu masih dalam pertimbangan, belum tentu lagi saya jadi buat pinjaman dengan mana-mana institusi berkenaan kerana untuk perniagaan baru, adalah sangat berisiko tinggi untuk gagal membayar semula seandainya membuat pinjaman dengan mereka.  Oleh itu saya sangat berhati-hati dalam hal ini.

Dalam perancangan, saya akan membuka premis perniagaan di Tampin, Negeri Sembilan kerana di situlah saya bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tampin ( sekolah rendah ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin ( sekolah menengah ).


KEMASKINI
06/02/2014

Saya kini beroperasi di Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah (a.k.a Kompleks Hang Tuah), Melaka

Penyelenggaraan komputer suatu kemestian

Masyarakat kita pada dewasa ini telah "celik komputer / IT". Rata-ratanya telah boleh dan tahu asas kepenggunaan komputer. Situasi ini menjadi pemangkin hasrat kerajaan untuk Malaysia mencapai status "negara maju" tahun 2020.

Tetapi sekadar tahu menggunakan komputer tidak cukup. Penyelenggaraan yang berjadual perlu "dibiasakan" bagi mengelakkan sebarang masalah dan kerosakan pada komputer.

Antara aktiviti penyelenggaraan yang biasa dilakukan ialah membuang fail-fail sementara dalam cakera liat, mengemaskini definisi anti virus, spyware, malware atau adware dengan kerap, melakukan pengimbasan virus, spyware, malware atau adware pada keseluruhan cakera ( CPU atau lain-lain istilah yang difahami ) serta membersihkan peralatan komputer dari diselaputi habuk.

Mengetahui cara-cara menggunakan segala jenis perisian anti virus adalah suatu kelebihan. Dari pemerhatian saya dikalangan mahasiswa-mahasiswi di salah satu IPTA negeri Melaka mendapati sebilangan mereka hanya tahu "scan virus" pada "thumb drive" tetapi tidak tahu tindakkan selanjutnya yang perlu dilaksanakan... ( tidak memadam / delete virus yang mengjangkiti fail tertentu )

Ini telah menyebabkan virus mudah tersebar, lebih-lebih lagi sekiranya ada pengusaha "cyber cafe" yang menggunakan perisian OS yang tidak sah ( cth: cd Windows RM5.00 atau cd perisian cetak rompak )... Jadilah pengguna yang berhati-hati...

Beli komputer berdasarkan keperluan tugasan

Kesedaran pemilikan komputer di kalangan masyarakat kita telah meningkat. Ibu bapa mula mencari pc, laptop mahupun notebook untuk kegunaan anak-anak mereka atau kegunaan sendiri di kedai komputer dan pameran IT yang menawarkan kadar diskaun tertentu.

Ada antara ibu bapa ataupun pelajar ( sekolah / universiti ) membeli pc tanpa mengikut kesesuaian kerja seharian. Beli sekadar komputer nampak "gempak" dan "canggih".... takde maknanya......

Faktor lain yang menjadi perhatian ialah bajet yang bersesuaian dengan spesifikasi yang ditawarkan. Jika anda terlibat dalam bidang grafik, spesifikasi komputer tentunya "agak mahal".....

Kesimpulannya, sebelum membeli komputer, laptop atau notebook, biarlah berdasarkan keperluan dan kegunaan. Jangan membazir dengan membeli komputer yang "mahal", tetapi hanya untuk kegunaan biasa sahaja. Anda juga harus faham dan tahu apa yang terkandung dalam CPU ( spesifikasi komputer ) supaya tidak tertipu dengan "ayat manis" tokey kedai yang mementingkan keuntungan sahaja...... Jadilah pengguna bijak

Keghairahan terhadap Windows Vista

Sememangnya Windows Vista lebih "canggih" dan cantik (dari segi antaramuka pengguna) daripada Windows XP , tetapi pengguna komputer harus ingat bahawa sekiranya anda ingin menukar sistem pengoperasian ( operating system ) pada Pc atau Laptop, peralatan lain terutamanya RAM perlu dipertingkatkan supaya komputer yang menggunakan Vista dapat mencapai tahap maksimum "kemampuannya...."

Berikut adalah keperluan minimum spesifikasi Pc untuk memasang Windows Vista :

  • RAM 512 MB
  • Pemproses ( CPU ) 32-bit atau 64-bit 800MHz
  • Paparan SVGA ( 800 x 600 )
  • HDD 20 GB
  • Pemacu Optikal CD-ROM Drive
Untuk pengetahuan anda, Windows Vista mempunyai empat ( 4 ) siri iaitu Home Basic, Home Premium, Business dan Ultimate.

( Sila rujuk Majalah PC keluaran MAC 2007, m/s 66 & 67 )

Pelbagai peluang pelaburan, pelbagai pula risikonya

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makin banyak program pelaburan sama ada "offline" atau "online".

Antaranya berasaskan matawang (Forex) dan Multi Level Marketing (MLM) yang menjual pelbagai jenis barangan kegunaan ramai.

Oleh itu kepada sesiapa yang berminat, berhati-hatilah dalam memilih program pelaburan berkenaan. Pastikan anda jelas dan tahu apa yang didagangkan atau dilaburkan melalui program yang ditawarkan.

Antara program yang jelas tentang barangan yang "didagangkan" ialah
http://prepaid4u.net/?id=smskey

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan