Keputusan perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2024 / 2025


Peringkat Akhir Unifi Piala Malaysia yang menemukan jaguh bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada Sabtu ini, 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT 2 - 1 Sri Pahang

⚽ 14' - Thirumurugan Saravanan [ Sri Pahang ]
⚽ 54' ( Penalti ) - Bergson da Silva [ JDT ]
⚽ 74' - Arif Aiman [ JDT ]


#unifipialamalaysia20242025 #pialamalaysia

LARANGAN SEMASA PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2024-2025



🚫 INFO LARANGAN – PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2024-2025

Peringatan kepada semua penyokong yang bakal hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak Peringkat Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 :

❌ TIADA penjualan tiket di stadium

✅ Pastikan butiran diri pada tiket adalah tepat dan sah.

⚠️ Elakkan daripada membawa sebarang barang larangan seperti yang telah disenaraikan ke perkarangan stadium untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.




#UnifiPialaMalaysia2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia

Video pembongkaran operasi sindiket Geng Kartel jual air dan belon


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya menjelang bulan Ramadan lalu, satu persatu geng kartel dibenteras pihak berkuasa. Dikhabarkan ada sekelompok individu yang bekerja dengan geng kartel ini ( semasa bulan Ramadan ), mempunyai tugas untuk melakukan provokasi kepada pihak berkuasa tempatan selain dari melakukan aktiviti jualan secara "rambo" di kawasan Bazar Ramadan yang berlesen.

Berikut adalah perkongsian video penerangan berkenaan dengan isu-isu yang sempat menular di Malaysia, terutamanya geng kartel jualan belon dan air :





Hasil peninggalan dari Geng Peniaga Rambo ( geng kartel ) sekiranya dibiarkan :



Tuan rumah nak jual rumah : MATAF kena beli atau keluar dari rumah



Maahad Tahfiz Al Fadilah telah beroperasi di "rumah dua tingkat, coner lot" Bandar Puncak Alam sejak 15 tahun dahulu. Ia rumah yang disewa bagi dijadikan pusat pengajian Al Quran dan pembangunan insaniah khusus untuk pelajar perempuan dari umur 7 hingga 20 tahun. Mereka adalah pusat tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor.


Namun pada tahun 2025 ini, tuan rumah ingin menjual rumah berkenaan dan memberi masa kepada Ustazah Fadilah ( pengasas dan pengetua Maahad Tahfiz Al Fadilah ) selama 6 bulan ( bermula dari April 2025 ) untuk membeli premis berkenaan atau ianya bakal dijual kepada pihak lain.

Dengan rasa rendah diri, saya mewakili Ustazah Fadilah merayu sumbangan dari rakyat Malaysia yang berkemampuan dan cintakan ilmu bagi membantu pengurusan MATAF membeli rumah "coner lot" berkenaan sebelum tiba tarikh tamat yang diberikan oleh pemilik premis berkenaan.

🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇

Saya pernah berkunjung ke MATAF beberapa kali sebelum ini bagi membantu mereka serba sedikit dalam beberapa hal dan melihat sendiri prasarana yang disediakan di sana.

Walaupun ianya kecil berbanding beberapa pusat tahfiz yang lain , namun MATAF tidak kurang bagusnya dalam pengisian untuk masa depan para penghafal Al Quran kerana selain dari hafalan Al Quran, aktiviti serta kemahiran sampingan turut disediakan kepada para pelajar seperti kelas buat roti dan kek serta aktiviti riadah luaran ( mendaki bukit dan seni beladiri ).


Hari Raya untuk Ulat Buku : 23 Mei 2025

 


Enam hari pesta buku berlangsung SEBELUM cuti penggal bermula. Apa lagi.. bawa la rombongan pelajar dan guru MENCIPTA KENANGAN di Pesta Buku. 

TAK PUAS datang dengan rombongan sekolah? Bila cuti bermula, ada baki 4 HARI LAGI, datang dengan MAK AYAH pula. Dengar-dengar RAMAI PENULIS yang akan hadir. Meriaaahhh RAYA BUKU tahun ni. Simpan tarikh #PBAKL2025 macam kita nak pergi bercuti! 🤩 

📚 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 📚
Tarikh: 23 Mei hingga 1 Jun 2025
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) 

Jumpa di PBAKL 2025 nanti! 📖🎉 

BUKU: MEMBACA, MEMIMPIN. 

#PBAKL2025 #MalaysiaMembaca  #BukuMembacaMemimpin #MalaysiaMadani
#KLIBF2025

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan