๐—ฆ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐˜‚ "๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น ๐Ÿฏ๐Ÿญ" ๐Ÿค”

 


Umum mengetahui arwah Sudirman menyanyikan lagu yang sering kedengaran semasa ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Namun beliau bukanlah penyanyi yang pertama sekali menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos".  Lagu itu sebenarnya dicipta dan dinyanyikan oleh Ahmad Chass Barra atau lebih terkenal dengan nama Ahmad CB .

Beliau merupakan penyanyi Melayu sekitar tahun 1960-an yang berasal dari Medan, Indonesia. Pernah berduet dengan Saloma dalam lagu "Belo-belo".  Ahmad CB mencipta lagu Tanggal 31 kerana teruja dengan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1957.

Ahmad CB mula mencipta lagu ini ketika berada di Medan dan menaiki kapal laut untuk membuat rakaman suara di studio Singapura.

Ahmad CB pernah berkata, walaupun beliau dilahirkan di Medan, namun dia membesar di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

Atas semangat sebagai bangsa Melayu, beliau  telah mencipta senikata dan senilagu "Tanggal 31". 
Arwahyarham Sudirman merakam kembali lagu itu pada tahun 1972 untuk album partriotik. Komposer lagu S.Atan telah memberi sentuhan baharu pada melodi lagu berkenaan dengan rentak yang lebih moden.

Dengarkan keratan audio muzik dan nyanyian asal lagu patriotik "Tanggal 31" :


#tanggal31 #malaysiamerdeka #lagupatriotik


Kredit gambar latar : myrokan.com

Related Posts:

  • Petua dan amalan memasuki rumah atau bangunan baru Berikut merupakan petua dan amalan yang digalakkan bagi penganut agama Islam ketika ingin memasuki (menetap) di dalam rumah baru atau rumah (premis / kedai) yang dah lama terbiar kosong : 1. Azan Melaungkan azan ketiโ€ฆ Read More
  • Resipi Pulut Mangga Bahan-bahan : (untuk pulut mangga) โ— 400 gram beras pulut, rendam semalaman โ— 1 cawan santan pekat โ— 1 cawan santan cair โ— 2-3 sudu besar gula โ— sedikit garam โ— beberapa helai daun pandan, atau daun pisang โ— 2 sudu โ€ฆ Read More
  • Cara membuat lobak asin Bahan-bahan : -1kg isi lobak putih (bersihkan dan potong) -Garam kasar - 200 gm -Cuka mkn - 1/2 cwn -Gula 250 gm Cara membuat : 1. Sediakan besen yang bersih dan bubuh garam 2. Ramas garam dengan lobak hingga rata 3. โ€ฆ Read More
  • Mesej dari syarikat penerbitan komik Upin Ipin kepada kartunis Ujang Status di Facebook Kartunis Ujang Lagi satu isu "hangit" yang berlaku. Isu pemecatan kartunis Ujang sebagai penasihat Komik Upin Ipin.  Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di 'wall' Facebookโ€ฆ Read More
  • Cara membuat ikan pekasam Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat sendiri ikan pekasam. Boleh menjadi perusahaan dan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Tak perlu modal duit yang besar atau kedai.  Untuk memasarkannya, terpulang pada idโ€ฆ Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan