Asteroid sebesar dua padang bola sepak melintasi Bumi petang semalam

Sebuah asteroid bersaiz dua buah padang bola dijangka melintasi Bumi sebelum pukul 2.00 petang semalam (2 November 2021), lapor akhbar Daily Star semalam.

Asteroid dikenali sebagai 2017 TS3 itu mempunyai diameter sehingga 219 meter dan akan memecut melintasi Bumi pada kelajuan 35,000 kilometer sejam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), meskipun dijangka melintasi Bumi pada jarak yang ‘agak dekat’, asteroid tersebut tidak akan menghampiri planet ini dalam jarak sehingga 8.7 juta kilometer.

Tambah NASA, asteroid TS3 juga akan mendekati Bumi ketika ia membuat pusingan pada Matahari.

Bagaimanapun, ia tidak akan mengganggu planet ini kerana saiznya dianggap lebih kecil berbanding asteroid-asteroid lain dan tidak akan menghampiri Bumi melebihi jarak jangkaan. – Agensi


Kredit :

- Kosmo


Related Posts:

  • Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Mei 2021  Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 5 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Sabah FC, Melaka United FC, Petaling Jaya City FC, Perak, Sri Pahang dan Selangor.P… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Mei 2021 Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 9 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Melaka United, PJ City, Perak, Sri Pahang, Selangor dan Terengganu.Semua perlawanan bermu… Read More
  • PKP 3 : Sebelas perkara penting yang perlu kita tahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula berkuat kuasa pada 12 Mei 2021, seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. YasinBerikut antara perincian berkenaan PKP tersebut :1. Lara… Read More
  • Panduan lengkap bisnes burgerInilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan at… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 8 Mei 2021 Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 8 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Sabah, Kedah, Penang, JDT, UiTM dan Kuala Lumpur.Perlawanan antara Sabah dan Kedah bermu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan