Rentas daerah ke Tampin : polis ambil tindakan


Tiga lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas dikesan melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kesemua mereka melakukan kesalahan apabila mandi di kolam Bukit Tampin, di sini dan disedari oleh pasukan Pematuhan SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang membuat pemantauan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi, 20 Mei 2021.

Menurutnya, lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dikompaun atas kesalahan melakukan aktiviti dengan kehadiran ramai tanpa penjarakkan fizikal.

“Selain tiga kompaun berkenaan, dua kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan rentas daerah tanpa surat kebenaran polis. Bagi kesalahan ini, seorang lelaki berusia 32 tahun dikesan merentas daerah dari Kuala Pilah ke Tampin kira-kira pukul 11 pagi ketika pemeriksaan di Stadium Tampin. 

“Seorang lagi lelaki berusia 69 tahun pula gagal mengemukakan alasan munasabah dan dokumen kebenaran polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu 1 kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya.

Anuwal berkata, bagi kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran polis berkenaan, masing- masing dikompaun sebanyak RM5,000.

Menurutnya, kesemua kompaun bernilai RM19,000 itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 


Kredit - UTUSAN ONLINE ( NOR AINNA HAMZAH )

Related Posts:

  • Keputusan unifi Liga Super Malaysia : 29 Ogos 2022Hanya satu perlawanan bola sepak dalam Liga Super Malaysia berlangsung pada hari Isnin, 29 Ogos 2022, 8.15 malam di Stadium Sultan Ibrahim. Ia melibatkan perlawanan antara JDT dan Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim.KEPUT… Read More
  • Jadual Malaysia dalam Piala Mitsubishi Electric AFF 2022Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan bertandang ke tempat lawan menentang Myanmar dan Vietnam manakala aksi bertemu Laos dan Singapura akan berlangsung di gelanggang sendiri.#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectr… Read More
  • Petua untuk video mudah ditemu di YoutubeDi YouTube, penonton dipadankan dengan video yang paling mungkin mereka tonton dan nikmati. Sistem carian dan penemuan YouTube memenuhi keperluan setiap penonton dan minat mereka yang berbeza-beza. Matlamatnya adalah untuk me… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia | 3 September 2022Dua perlawanan bola sepak dalam Liga Super Malaysia berlangsung pada hari Sabtu, 3 September 2022, melibatkan Selangor FC dan JDT ( 8.15 malam ) serta Terengganu FC dan Melaka United ( 9.00 malam ). KEPUTUSAN&n… Read More
  • Doa Syeikh Ahmad pada 31 Ogos 1957DOA SYEIKH AHMAD BIN MOHD SAID (MUFTI PERTAMA) PADA HARI KEMERDEKAAN 1957بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِاَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan