Apakah manfaat yang terdapat pada kurma ?

 

Kurma amat sinonim dengan bulan Ramadan yang lazimnya menjadi pilihan ketika berbuka puasa. 

Namun, hakikatnya kurma ini baik untuk diamalkan setiap hari dan bukan hanya di bulan Ramadan sahaja. Malah, air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez juga baik untuk kesihatan dan boleh dijadikan amalan harian.

Berikut adalah antara manfaat kurma secara umumnya untuk kesihatan manusia :

1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan

Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.

2. Mengawal gula dalam darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3. Kaya antioksidan

Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Menjaga kesihatan tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

6. Mengatasi masalah seksual

Kurma juga baik untuk kesihatan seksual - kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.


#ramadanmubarak #kurma

Related Posts:

  • Rumah yang mesra kucing Saya minat kucing, malah Nabi Muhammad SAW juga membela kucing dan mempunyai kucing kesayangan yang diberi nama "Mueeza". Sesiapa yang membela kucing ataupun apa jua haiwan lain, wajiblah menjaga juga kebajikkan haiwa… Read More
  • Cara mengenali produk tiruan Milo BERHATI-HATI. Sekarang telah berlaku lambakkan produk palsu / tiruan jenama Milo di pasaran. Kemungkinan ada bahan yang bahaya kerana ia tidak mendapat kelulusan yang sah dari pihak berkuasa. Gambar di atas adala… Read More
  • Resipi Apam Cornetto Bahan-bahan untuk membuat "Apam Cornetto" : 4 biji telur 2 cawan gula kastor (guna secawan pun boleh) 3 cawan tepung gandum 3/4 cawan air ais krim soda * nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette - telur, gula dan ova… Read More
  • Ahli sains telah menemui satu lagi planet seolah-olah " Bumi " *Artikel khas bagi yang belum mengetahui Selain Kepler-186f, terdapat juga empat planet lain yang mengorbit bintang yang sama. Ini bermakna bahawa jika bintang yang berhampiran adalah sama dengan Matahari kita, potens… Read More
  • Cara halus memikat lelaki Wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan. Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan. … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan