Nama 24 pemain ke kem latihan Harimau Malaya


Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin (8 Oktober 2018) bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober dan bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober 2018.

BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY
25
PENJAGA GOL
PERAK
2.
SHAHRUL SAAD
25
PERTAHANAN
PERAK
3.
AMIRUL AZHAN AZNAN
25
PERTAHANAN
PERAK
4.
KENNY PALLRAJ
25
TENGAH
PERAK
5.
NOR HAKIM HASSAN
27
SAYAP
PERAK
6.
HAZIQ NADZLI
20
PENJAGA GOL
JOHOR DARUL TA’ZIM
7.
ADAM NOR AZLIN
22
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
8.
SYAMER KUTTY ABBA
21
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
9.
FAZLY MAZLAN
25
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM II
10.
AKRAM MAHINAN
25
TENGAH
KEDAH
11.
SYAZWAN ZAINON
29
SAYAP
KEDAH
12.
AKHYAR RASHID
19
SAYAP
KEDAH
13.
ZAQUAN ADHA ABD RADZAK
31
PENYERANG
KUALA LUMPUR
14.
SYAZWAN ANDIK ISHAK
22
PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
15.
IRFAN ZAKARIA
23
PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
16.
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
32
PENYERANG
PAHANG
17.
MOHAMADOU SUMAREH
27
SAYAP
PAHANG
18.
MATTHEW DAVIES
23
PERTAHANAN
PAHANG
19.
RAWILSON BATUIL
24
PERTAHANAN
SABAH
20.
AZZIZAN NORDIN
24
TENGAH
SABAH
21.
SHAHREL FIKRI MD FAUZI
24
PENYERANG
NAKHON RATCHASIMA
22.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
29
PENJAGA GOL
MELAKA UNITED
23.
MAHALLI JASULI
29
TENGAH
PKNS FC
24.
SYAHMI SAFARI
20
SAYAP
SELANGOR

Daripada senarai di atas, seramai 16 pemain dari skuad 22 pemain yang dibawa ke Taipei City dan Phnom Penh bagi dua aksi persahabatan bertemu Chinese Taipei pada 7 September 2018 (kalah 2-0) dan Kemboja pada 10 September 2018 (menang 3-1) telah dikekalkan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Enam pemain tidak tersenarai kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias (JDT), Nazmi Faiz Mansor (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R Kogileswaran (Pahang).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil enam pemain baharu terdiri daripada Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies (Pahang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (JDT) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

Bagi melengkapkan senarai 24 pemain, dua pemain yang tersenarai pada panggilan September lalu tetapi tidak menyertai pasukan ke Taipei City dan Phnom Penh – Adam Nor Azlin (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Pahang) sekali lagi disenaraikan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Melaka pada 8 dan 9 Oktober sebelum berlepas ke Colombo pada 10 Oktober 2018.

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka dan Republik Kyrgyz ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Seterusnya satu lagi aksi persahabatan bakal menyusul menjelang sepak mula pada 8 November iaitu bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan