Permohonan baru dan kemas kini maklumat BR1M 2018


Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin27 November 2017 sehingga 31 Disember ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di (klik) https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx


Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.


"Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M berkenaan"

Kementerian juga berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.

Makluman :

Portal Bantuan Rakyat 1 Malaysia hanya boleh diakses terus tanpa gangguan menggunakan komputer peribadi atau laptop.

Namun jika anda menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, maka anda perlu tukar "setting" paparan di browser anda kepada versi dekstop. 

Sila rujuk gambar di bawah :


Contoh di atas menggunakan pelayar sesawang Chrome versi terkini melalui telefon pintar Oppo Neo5 S

Related Posts:

  • Hukuman bilik putih : siksaan mental dalam diam Ada satu jenis hukuman yang kedengaran agak pelik tetapi boleh dianggap kejam. Hukuman ini diberi nama Bilik Putih (White Room). Siksaan bilik putih adalah sejenis penyeksaan psikologi yang mengakibatkan kekurangan der… Read More
  • Elakkan 'daun maut' di jalanraya Sebelum ini pelbagai kes berlaku yang melibatkan pengguna jalanraya terutamanya di lebuhraya dan laluan motorsikal di laluan utama bandaraya.  Ada kenderaan yang mengalami kerosakkan dan sering menjadi mangsa kere… Read More
  • Maksud 'E' pada meter minyak kenderaan Tahukah anda, dalam kejuruteraan automotif, indikasi pam minyak yang menunjukkan takah 'E' bermaksud 'Enough-for-60km' bukan 'Empty'. Kenderaan anda boleh dipandu sejauh 60 kilometer dengan kelajuan di bawah 80kmj. Men… Read More
  • Permohonan baru dan kemas kini maklumat BR1M 2018 Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin27 November 2017 sehingga 31 Disember ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berkata permohonan d… Read More
  • Semak maklumat pengundi untuk PRU 14 Umumnya telah mengetahui bahawa pada 9 Mei 2018 adalah hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke 14 bagi negara Malaysia. Walaupun ia dibuat pada pertengahan minggu dan diberi cuti umum peristiwa pada tarikh berkenaan n… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan