Ujang meninggal dunia


Penyanyi kumpulan rock Samudera yang popular pada era 1990-an, Sarsen (atau Sarfen) Husin atau Ujang Samudera, 50-an ditemui meninggal dunia di kediamannya di Felda Palong Timur Satu, Segamat, Johor (31 Januari 2017).

Pengurus kumpulan berkenaan, Mahadi Abdul Latif berkata, mayat Ujang ditemui rakan sekerja dan jiran yang memecah masuk rumahnya selepas mendapati dia tidak hadir bekerja selama enam hari.

"Ujang berasal dari Batu Pahat, Johor dan bekerja di sini serta tinggal sendirian. Rakan-rakannya hairan apabila dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

"Selepas beberapa hari, mereka akhirnya buat keputusan pergi ke rumahnya dan mendapati mayatnya dalam keadaan berulat dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

"Allahyarham memang pernah mengadu dirinya kurang sihat, namun tak sangka ajalnya dalam keadaan begini," katanya.

Mahadi berkata, proses pengebumian belum dapat ditentukan kerana polis masih menjalankan siasatan.

Ketika zaman kegemilangannya, Samudera popular dengan lagu Salam Sejahtera, Titian Hasrat, Bila Diburu Kenangan dan banyak lagu lain.


*Sumber : Harian Metro

Related Posts:

  • Bergambar bersama DJ Melaka FM Semalam (25 April 2015) saya bergambar bersama DJ Izat dari Melaka FM semasa di khemah utama di Karnival Hari Peladang Penternak Dan Nelayan 2015 peringkat Negeri Melaka. Berlangsung di R & R Sungai Rambai. Masa ni te… Read More
  • Kenapa MBO dan Melaka Mall begitu? (Sumber gambar di atas dari : en.itravelkaki.com) Pada 11 April 2015, saya telah berkunjung ke Melaka Mall untuk menonton filem Fast And Furious 7 (FF7) di MBO Cineplex.  Seperti yang sedia maklum, Melaka M… Read More
  • Empat Konsep rezeki dalam Islam Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : "Wahai manusia, luangkanlah waktumu untukberibadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan menutup (menyingkirkan) kefakiranmu. Jika engka… Read More
  • Naikkan gaji pekerja : CEO potong gaji sendiri Seorang CEO membuat keputusan untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin lepas. Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad … Read More
  • Bisnes sampingan yang menyeronokkan Secara rasminya saya adalah usahawan dalam bidang ICT dan pendidikan, namun demi mencari pengalaman dan kelainan, saya menyertai Teras Unggul Success secara "part time".   Teras Unggul Success adalah perniagaan mi… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan