Kedai peralatan sukan "Creative Sports"

Pada hari ini saya telah menerbitkan laman blog ke internet untuk Creative Sports. Creative Sports merupakan kedai peralatan sukan yang dimiliki oleh pemain bola sepak Leong Hong Seng, yang pernah bermain di beberapa buah negeri dan kelab seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan MK Land.

Creative Sports berhampiran dengan pasaraya Econsave Cash & Carry, Politeknik Kota Melaka serta Taman Balqis. Saya sendiri sudah beberapa kali datang ke sana dan mendapati lokasinya adalah strategik kerana berhampiran dengan jalan besar ke Melaka Sentral dan Bandar Melaka dan mempunyai beberapa kemudahan awam. Pelbagai barangan sukan berkualiti pada harga yang berpatutan memenuhi kedai milik Leong Hong Seng ini.

Pada satu sudut dikedainya, terdapat beberapa gambar "lama-lama" semasa penglibatan aktif beliau dalam sukan bola sepak. Beliau pernah menjadi rakan sepasukan Dollah Salleh ( Melaka - 1997 ) yang kini menjadi jurulatih untuk salah sebuah kelab di dalam Liga Malaysia.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Creative Sports, alamatnya adalah seperti berikut :

No.36, Jalan PPM 4,
Plaza Pandan Malim,
75250 Malim, Melaka.


PERHATIAN

Berita Terkini

Seperti yang diberitahu oleh saudara Leong Hong Seng, beliau memaklumkan bahawa kedai sukan berkenaan telah menamatkan operasinya dan tidak lagi menjalankan perniagaan di alamat di atas.... Untuk menghubungi beliau melalui facebook, sila taip "Leong Hong Seng" di ruangan carian Facebook.

Related Posts:

  • Senarai kod mewakili negeri kelahiran pada kad pengenalan Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan … Read More
  • Lebih pening dari Keluarga 69 ? Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin den… Read More
  • Sekali pandang lain macam Sejarah penciptaan kamera bermula jauh lebih lama sebelum masyarakat barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu.  Peletak prinsip ker… Read More
  • Bas melanggar penjual roti bermotorsikal Seorang penjual roti mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah bas pada lebih kurang pukul 5.30 petang di kawasan berhampiran perkampungan. Dia tercampak dari motor rotinya dan termasuk ke dalam sebuah longkang yang da… Read More
  • Akibat sakit ketika seks,pasangan mengamuk dan tak tentu arah Untuk informasi umum : Pada tahun 2010, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengetengahkan cadangan untuk menjadikan tindakan suami melakukan keganasan terhadap isteri termasuk keganasan seksual sebagai sat… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan