Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali ke 68



20 FEBRUARI 1956, Tunku Abdul Rahman sekembalinya dari London selepas perundingan dengan pihak British, telah mengumumkan secara rasmi di Padang Pahlawan Banda Hilir bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

Selepas 68 tahun, Melaka meraikan ulang tahun tarikh keramat ini yang menjadi detik penting dalam sejarah Malaysia dengan mengumumkan Cuti Umum Negeri Melaka . 

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita meriahkan HARI ULANG TAHUN PENGISYTIHARAN TARIKH KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KE-68 pada : 

๐Ÿ—“️ 20 Februari 2024 (Selasa) 
⏰ 7:30 malam
๐Ÿ“ Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan , Banda Hilir 

๐ŸŽ‰ Perarakan Mengimbau Sejarah
๐ŸŽ‰Malam Aneka Warna - Teater Muzikal 
๐ŸŽ‰ Edaran Baucer E-wallet RM20 seorang (terhad 2,000 orang) 

๐Ÿ‘šera 50-an 

Jom hidupkan kisah lama, kita cipta kenangan baru 

MANA LAGI? MELAKA LER... 

#VisitMelaka2024

Wajah terbaharu Air Panas Gadek

 


Berkeluasan 4.15 hektar, Kompleks Air Panas Gadek kini berkonsepkan resort spa dan kesihatan, akan dibuka kepada pengunjung pada pertengahan April 2024.

Antara fasiliti baharu disediakan ialah 20 unit bilik hotel setingkat, lapan unit chalet berkembar, satu unit Spa Keluarga serta pelbagai lagi.

Kompleks Air Panas Gadek bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Mana lagi? Melaka ler..







#VisitMelaka2024
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia 
#BijakLaksanaTuah 
#BeraniLaksanaJebat
#MCORPSatuHati 
#MenerajuiPembangunanMelaka

Kredit :

• Perbadanan Melaka - MCorp


Penyakit yang berkaitan dengan cuaca panas



Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.


Kredit : 
• KKM
• Expatgo
• The Star

Urut kaki di PJ Night Car Boot Sale


"URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam", bakal kembali membuka gerai di PJ Night Carboot Sale pada 18 Februari 2024, setelah penyertaan kali pertama pada 11 Februari 2024 yang lalu.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut :


๐™‡๐™ค๐™ ๐™–๐™จ๐™ž : Tingkat 1 (parking lot), Kompleks C MBPJ, PJ New Town


๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™ ๐™, ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž & ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– : 18 Februari 2024 • Ahad • 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam.


๐Ÿ…ฃ๐Ÿ…๐Ÿ…Ÿ๐Ÿ…๐Ÿ…š ๐Ÿ…–๐Ÿ…”๐Ÿ…ก๐Ÿ…๐Ÿ…˜ ๐Ÿ…๐Ÿ…ž๐Ÿ…œ๐Ÿ…‘๐Ÿ…ž๐Ÿ…ก ➎


#pjnightcarbootsale #urutankakitanjungrimaudalam


Taip "PJ Night Car Boot Sale" pada peta Google ( Google Map ) untuk mendapatkan peta kawasan ini

Mohd Azraai Khor Abdullah meninggal dunia

 

Dari Allah kita datang. Kepada Allah kita kembali.

Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok dan disahkan meninggal di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar pada tengah hari, Khamis, 8 Februari 2024.

Berita sedih itu dikongsi anaknya dikenali sebagai Firdaus Zainuddin menerusi laman sosial Facebooknya.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.


Kredit : FAM


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan