Ibnor Riza bin Ibrahim meninggal dunia

 


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Salam takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi popular era 1980-an, Allahyarham Ibnor Riza. Beliau meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), pada jam 3.30 petang, 17 Disember 2023.

Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama. 

Pada 16 Disember 2023, beliau dilaporkan kritikal dan masih ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember 2023.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin๐Ÿคฒ๐Ÿป

#ibnorriza

Keputusan Liga Super : 16 Disember 2023

 
Tiga perlawanan berlangsung pada tarikh 16 Disember 2023 yang melibatka  pasukan JDT bertemu Penang FC, Kelantan FC bertemu Kelantan United serta KL City FC bertemu Sri Pahang FC.

Perlawanan antara JDT dan Penang FC diadakan lebih awal iaitu pada pukul 5.30 petang. Perlawanan lain berlangsung pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN  PERLAWANAN


๐ŸŸ️ Stadium Sultan Ibrahim (5.30 petang)

JDT 8 - 0 Penang FC

5'         Arif Aiman [ JDT ]
17'       Bergson da Silva [ JDT ]
33'       Bergson da Silva [ JDT ]
41'       Muhammad Akhyar Abdul Rashid [ JDT ]
43'       Heberty [ JDT ]
47'       Arif Aiman [ JDT ]
52'       Arif Aiman [ JDT ]
90'+6'  Arif Aiman [ JDT ]


๐ŸŸ️ Stadium Sultan Mohammad IV (9.00 malam)

Kelantan FC 2 - 6 Kelantan United 

13'         Afif Jazimin [ Kelantan United ]
26'         Afif Jazimin [ Kelantan United ]
29'         Hafiy Haikal [ Kelantan United ]
49'         Selvakumaran Sharvin [ Kelantan United ]
60'         Ismahil Akinade [ Kelantan United ]
75'         Selvakumaran Sharvin [ Kelantan United ]
90' + 2'  Royizzat Daud [ Kelantan United ]
90' + 4'  Indra Putra Mahayuddin [ Kelantan United ]


๐ŸŸ️ Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (9.00 malam)

KL City FC 0 - 0 Sri Pahang FC



Keputusan perlawanan Akhir Piala Malaysia : 8 Disember 2023

 

Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada hari Jumaat, 8 Disember 2023, pukul 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT 3 - 1 Terengganu FC
6'         Bergson da Silva ( JDT )
21'       Ivan Mamut ( Terengganu FC )
73'       Feroz Baharudin ( JDT )
90'+4'  Arif Aiman ( JDT )


#pialamalaysia2023 #malaysiacup

Urusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di UTC Melaka


Khusus untuk orang Melaka terutamanya di sekitar Banda Melaka dan kawasan Ayer Keroh yang ada urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Nak pergi JPJ Bukit Katil tapi ramai orang. Apa kata anda pergi ke JPJ Cawangan UTC Melaka ๐Ÿƒ‍♂️๐Ÿƒ‍♂️๐Ÿƒ‍♂️. 


Dibuka setiap hari. Pada hari Isnin hingga Jumaat kaunter dibuka dari 8.00 pagi hingga 8.30 malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, kaunter dibuka dari 8:00 pagi hingga 4:30 petang.


๐Ÿ“Œ Antara senarai urusan yang ditawarkan di JPJ UTC 
MELAKA adalah seperti berikut :






#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaRESPONSIVE
#MalaysiaMadani
#VisitMelaka2024
#UTCMelaka

Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat ketika berbelanja dengan eMADANI


Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat’.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Berikut merupakan aktiviti yang tidak boleh dibuat oleh penerima kredit eMADANI :

* Pemindahan ‘peer-to-peer’
* Penebusan tunai
* Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol
* Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas, dan mempunyai pendapatan di bawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih, iaitu MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet, dan juga Setel.


Kesimpulan

• eMadani boleh digunakan untuk membeli barangan secara fizikal di kedai yang ada menggunakan kod QR bagi urusan pembayaran.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan