Keputusan Liga Super : 4 Jun 2023

 
Perlawanan Liga Super ke tiga belas untuk empat pasukan iaitu melibatkan Kuching City FC dan NSFC ( bermula 7.30 malam ) serta Sri Pahang FC dan KL City FC ( bermula 9.00 malam ).


KEPUTUSAN PERLAWANAN


Kuching City FC 1 - 1 NSFC
⚽ 8' Zahrul Zulkeflee ( Kuching City FC )
⚽ 34' Casagrande ( NSFC )


Sri Pahang FC 1 - 2 KL City FC
⚽ 05' Kipre Tchetche ( KL City FC )
⚽ 57' Stefano Brundo ( Sri Pahang FC )
⚽ 76' Paulo Josue ( KL City FC )





Sesi belajar Kursus Asas Komputer berjangka pendek secara personal di rumah


Keputusan perlawanan Liga Super - 03/06/2023

 


Perlawanan Liga Super ke 13 untuk 6 pasukan iaitu melibatkan Perak FC dan Terengganu FC ( bermula 5.30 petang ), PDRM FC dan Selangor FC ( bermula 8.15 malam ) serta Penang FC dan JDT ( bermula 9.00 malam ).


KEPUTUSAN PERLAWANAN



Perak FC 0 - 3 Terengganu FC
⚽ 6' Adisak Kraisorn ( Terengganu FC )
⚽ 16' Sony Norde ( Terengganu FC )
⚽ 74' Jordan Mintah ( Terengganu FC )

Stadium Perak ( Ipoh )



PDRM FC 1 - 0 Selangor FC
⚽ 61' Bruno Suzuki ( PDRM FC )

Stadium MBPJ ( Petaling Jaya )



Penang FC 0 - 2 JDT
⚽ 18' Lawrence Corbin-Ong ( JDT )
⚽ 85' Fernando Forestieri ( JDT )

Stadium Bandaraya ( Pulau Pinang )




Keputusan Liga Super - Pusingan ke 13 | 2 Jun 2023

 


Dua perlawanan Liga Super berlangsung pada 2 Jun 2023, jam 9.00 malam, melibatkan pasukan KDA FC dan Sabah FC di Stadium Darul Aman serta Kelantan United dan Kelantan FC di Stadium Sultan Mohammad IV.


Keputusan perlawanan


KDA FC 0 - 1 Sabah FC
⚽ 8' Gabriel Peres ( Sabah FC )
⚽ 41' Lee Tuck ( KDA FC )

Kelantan United 4 - 1 Kelantan FC
⚽ 21' Devid ( Kelantan United )
⚽ 26' OJ Porteria ( Kelantan United )
⚽ 45'+4' Ismahil Akinade ( Kelantan FC )
⚽ 61' OJ Porteria ( Kelantan United )
⚽ 66' Syazwan Zainon ( Kelantan United )

FA Cup 2023 | Quarter - Finals : JDT vs Penang FC

 

Keputusan perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia antara JDT bertemu Penang FC  di Stadium Sultan Ibrahim pada tarikh 28 Mei 2023 Ahad.

Keputusan perlawanan :

JDT 5 - 0 Penang FC
32' Ousmane Fane ° gol sendiri ( JDT )
38' Jordi Amat ( JDT )
49' Arif Aiman ° penalti ( JDT )
58' Lawrence Corbin-Ong ( JDT )
90'+4' Syafiq Ahmad ( JDT )








Bakal berpindah alam jika tidur dalam kenderaan ? 😱

 


Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini. 

Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri.

Fast Fact
✅ Keracunan Karbon Monoksia merupakan punca utama kematian akibat keracunan

✅ Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.

✅ Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai  “ Pembunuh Senyap”

✅ Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah, 

Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. 

Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.

Bagaimanakah Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?

Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida. 

Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak. 

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah. 

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.

Apakah gejala keracunan CO?

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan. 

Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.

✅ Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah.  Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.

✅ Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.

✅ Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.


Kredit : Public Health Malaysia ( Facebook )

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan