𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗟𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗶𝘀𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 : 17/12/2022


𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗟𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗶𝘀𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 bakal diteruskan lagi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Disember 2022 (Sabtu)
Masa   : 8.00 pagi - Sehingga Stok Habis 
Lokasi : Seperti pada gambar di atas

Antara barangan yang akan dijual di bawah inisiatif ini adalah seperti ayam, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan lain-lain barangan pada paras harga yang lebih 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝟮𝟬 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 berbanding harga pasaran.

Kaedah pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :

• Sayur dijual dengan harga ladang dalam paket
• Ayam segar RM10.00-RM13.00 seekor
• Telur Gred B RM12.00, Gred C RM11.00 dan Gred D RM10.00
• Ikan segar dijual pada RM5.00 - RM8.00 per kg
• Minyak masak paket RM2.00 per kg

Program ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap isu kenaikan harga barang yang terus menerus menghimpit rakyat negeri ini tidak kira latar belakang.

Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat dalam waktu yang sukar ini, Insya-Allah. 


#IniNegeriSembilan
#NogoriKito #CaroKito 
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera
#jualanhargaladang
#nismilanprihatin


Senarai 28 Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan / Kerajaan YDPA

 

Berikut adalah senarai penuh Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim :

* DATUK SERI ANWAR IBRAHIM : PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

* DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI : TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

* DATUK SERI FADILLAH YUSOF : TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI

* LOKE SIEW FOOK : MENTERI PENGANGKUTAN

* MOHAMAD SABU : MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

* MOHD RAFIZI: RAMLI : MENTERI EKONOMI

* NGA KOR MING : MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

* DATUK SERI MOHAMAD HASAN : MENTERI PERTAHANAN

* DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI : MENTERI KERJA RAYA

* DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL : MENTERI DALAM NEGERI

* DATUK SERI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ : MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

* DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN : MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

* CHANG LIH KANG : MENTERI SAINS DAN TEKNOLOGI

* DATUK SERI NANCY SHUKRI : MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

* DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB : MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

* DATUK SERI AZALINA OTHMAN : MENTERI UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI

* NIK NAZMI NIK AHMAD : MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

* DATUK EWON BENEDICK : MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

* DATUK SERI DR ZAMBRY ABD KADIR : MENTERI LUAR NEGERI

* DATUK SERI TIONG KING SING : MENTERI PELANCONGAN

* AHMAD FAHMI MOHAMED FADZIL : MENTERI KOMUNIKASI DIGITAL

* FADHLINA SIDEK : MENTERI PENDIDIKAN

* AGO ANAK DAGANG : MENTERI PERPADUAN NEGARA

* DATUK DR MOHD NA’IM MOKHTAR : MENTERI AGAMA

* YEOH TSEOW SUAN : MENTERI BELIA DAN SUKAN

* SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU : MENTERI SUMBER MANUSIA

* DR ZALIHA MUSTAFA : MENTERI KESIHATAN

* ARMIZAN MOHD ALI : MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH DAN SARAWAK



#kerajaanydpa #kerajaanperpaduan



𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗸𝗲 𝟮𝟲𝟬 : Lima titah Raja-Raja Melayu


5 Titah Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


1. Gesaan tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat.

2. Menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia.

3. Menjadikan Rukun Negara sebagai asas dan panduan rakyat Malaysia.

4. Mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam majlis-majlis yang bersesuaian.

5. Menggesa agar kerajaan baharu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap lebih baik.

Daulat Tuanku!

#KerajaanPerpaduan
#KerajaanYDPA
#DemiPertiwi
#KitaBoleh

𝙆𝙚𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙞𝙖𝙡𝙖 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 ( 𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧 ) - 26 November 2022

 

Perlawanan bola sepak peringkat Akhir, Piala Malaysia berlangsung pada hari Sabtu, 26 November 2022, 9.00 malam, melibatkan pertemuan JDT dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT  2 - 1  Selangor FC
45'      Caion ( Selangor FC )
45'+2' Bergson ( JDT )
58'      Fernando Forestieri ( JDT )






𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - Terengganu FC vs Selangor FC ( perlawanan kedua ) : 21 November 2022



Perlawanan bola sepak peringkat Separuh Akhir Kedua, Piala Malaysia telah berlangsung pada 21 November 2022, 9.00 malam, melibatkan pertemuan Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Terengganu FC  1 - 0  Selangor FC ( agregat 2 - 3 )
35' Kipre Tchetche ( Terengganu FC )


#pialamalaysia2022





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan