𝙆𝙚𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙞𝙖𝙡𝙖 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 ( 𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧 ) - 26 November 2022

 

Perlawanan bola sepak peringkat Akhir, Piala Malaysia berlangsung pada hari Sabtu, 26 November 2022, 9.00 malam, melibatkan pertemuan JDT dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT  2 - 1  Selangor FC
45'      Caion ( Selangor FC )
45'+2' Bergson ( JDT )
58'      Fernando Forestieri ( JDT )






𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - Terengganu FC vs Selangor FC ( perlawanan kedua ) : 21 November 2022



Perlawanan bola sepak peringkat Separuh Akhir Kedua, Piala Malaysia telah berlangsung pada 21 November 2022, 9.00 malam, melibatkan pertemuan Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Terengganu FC  1 - 0  Selangor FC ( agregat 2 - 3 )
35' Kipre Tchetche ( Terengganu FC )


#pialamalaysia2022





𝗜𝘀𝘂 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹



Dato' Seri Anwar Ibrahim terpaksa mencari gabungan baharu untuk membentuk kerajaan 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒕𝒖𝒉𝒊 𝒕𝒊𝒕𝒂𝒉 𝒀𝑫𝑷 𝑨𝒈𝒐𝒏𝒈 agar kerajaan baharu dibentuk dengan cara penggabungan bagi mencukupi jumlah bilangan majoriti mudah, kerusi parlimen.

YDP tidak melantik terus Pakatan Harapan yang telah memenangi jumlah kerusi parlimen terbanyak iaitu "81 + 1".

𝐀𝐩𝐚 𝐬𝐢𝐠𝐧𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧-𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 ?

1) Supaya Pakatan Harapan, terutamanya figura utama mereka iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dilabelkan sebagai penderhaka Agong / Sultan oleh sebilangan pihak jika beliau tidak bersetuju dengan titah YDP Agong.

2) Dalam sidang media yang telah dibuat berkaitan isu ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menjawab soalan seorang wartawan berkenaan dengan kes mahkamah yang melibatkan beberapa ahli politik kerajaan terdahulu, yang sedang berlangsung. 

Beliau berkata badan kehakiman tetap akan meneruskan kes yang sedang berlangsung dan akan tetap bebas serta berasingan dari badan eksekutif.

Ia bermaksud kerajaan baharu pimpinan beliau nanti tidak akan campurtangan pada kes yang sedang didakwa di mahkamah.

Pada asalnya, secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan penggabungan ini namun setelah mendengar jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan tidak akan campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung dan dalam siasatan, maka saya bersetuju dengan cara demikian.

𝓐𝓱𝓶𝓪𝓭 𝓩𝓪𝓴𝓲
• Mantan Panel Penasihat Industri, Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

• Pengasas ICT Niaga

𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - JDT vs Sabah FC ( perlawanan kedua ) : 20 November 2022

 


Perlawanan bola sepak peringkat Separuh Akhir Kedua, Piala Malaysia telah berlangsung pada 20 November 2022, 8.15 malam, melibatkan pertemuan JDT dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT  3 - 1  Sabah FC ( agregat 4 - 1 )
35' Bergson da Silva ( JDT )
41' Fernando Forestieri ( JDT )
48' Taiki Kagayama ( Sabah FC )
90' + 3' Syafiq Ahmad ( JDT )


#pialamalaysia2022

𝟭𝟬 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 ( 19 November 2022 )

 


1. SILA MASUK APABILA DIBENARKAN OLEH ANGGOTA POLIS YANG MENGAWAL SELIA PINTU MASUK.

2. SERAHKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN SLIP SEMAKAN (SEKIRANYA ADA) KEPADA KERANI PENGUNDIAN PERTAMA. TUNJUKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN UNTUK DIPERIKSA.

3. KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBERIKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENGUNDIAN KEDUA UNTUK PENGESAHAN. PASTIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NAMA ANDA YANG DITERIAKKAN OLEH KERANI PENGUNDIAN PERTAMA ADALAH TEPAT.

4. BERGERAK KE HADAPAN KERANI PENGUNDIAN KEDUA. CELUPKAN JARI TELUNJUK TANGAN KIRI KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA APABILA DIMINTA OLEH KERANI PENGUNDIAN KEDUA.

(KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBUAT PENANDAAN NAMA ANDA DALAM BUKU DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA APABILA JARI ANDA DICELUPKAN KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA).

5. TERIMA KERTAS UNDI DARI KERANI PENGUNDIAN KETIGA.

6. BERGERAK KE MEJA KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM) UNTUK MENINGGALKAN TELEFON BIMBIT.

(SEMUA PROSES PENGUNDIAN DIJALANKAN DALAM KEHADIRAN EJEN-EJEN TEMPAT MENGUNDI YANG BERTUGAS).

7. MAJU KE PETAK UNDI DAN TANDAKAN "X" PADA RUANG KOSONG BERSEBELAHAN DENGAN NAMA DAN SIMBOL CALON DALAM KERTAS UNDI MENGGUNAKAN PEN. PILIH SATU CALON SAHAJA.

8. MASUKKAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI YANG BETUL.

9. BERGERAK KE MEJA KTM SEKALI LAGI UNTUK MENGAMBIL TELEFON BIMBIT. 

10. SEGERA TINGGALKAN TEMPAT MENGUNDI SETELAH SELESAI MENGUNDI.


https://www.spr.gov.my/pilihan-raya-umum-ke-15/






Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan