Keputusan Suku Akhir Piala FA : 23 Julai 2022

Empat perlawanan berlangsung pada 23 Julai 2022. Perlawanan antara Sabah FC dan Selangor FC bermula lebih awal iaitu pada pukul 7.30 malam.

Sri Pahang FC dan Penang FC pula memulakan pertembungan pada pukul 8.15 malam.

Manakala perlawanan antara Melaka United dan JDT serta Terengganu FC dan Kuching City FC bermula pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


Sabah FC 0 - 2 Selangor FC
1'   Hyuri ( Selangor FC )
81' Caion ( Sabah FC )

Sri Pahang FC 2 - 5 Penang FC
11'      Steven Rodriguez ( Sri Pahang FC )
19'      Azwan Aripin ( Sri Pahang FC )
45'+2' Saravanan Tirumurugan ( Penang FC )
85'      Hilal El-Helwe ( Penang FC ) 
97'      Lucas Silva ( Penang FC )
98'      Hilal El-Helwe ( Penang FC ) 
118'    Thivandran Karnan ( Penang FC ) 

Melaka United 1 - 2 JDT
4'   Hazwan Bakri ( JDT ) 
84' Sony Norde - penalti ( Melaka United )
90' Bergson ( JDT )

Terengganu FC 4 - 1 Kuching City FC
21' Faiz Nasir ( Terengganu FC )
42' Amir Amri Salleh ( Kuching City FC )
73' Tchetche Kipre  ( Terengganu FC )
79' Tchetche Kipre  ( Terengganu FC )
87' Faisal Halim ( Terengganu FC )




Urutan Kaki di Petaling Jaya, Selangor











Keputusan Liga Super Malaysia | 20 Julai 2022

 


Tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada 20 Julai 2022 melibatkan Melaka United - PJ City FC, Penang FC - JDT serta Selangor FC - KL City FC

Semua perlawanan bermula pada jam 9:00 malam.


Keputusan perlawanan


Melaka United 2 - 2 PJ City FC
36' Emmanuel Oti ( Melaka United )
43' Darren Lok ( PJ City FC )
64' Kandasamy Gurusamy ( PJ City FC )
76' Sony Norde ( Melaka United )


Penang FC 0 - 1 JDT
69' Fernando Rodriguez ( JDT )


Selangor FC 1 - 1 KL City FC
36' Brendan Seng Ling Gan ( Selangor FC )
68' Romel Morales ( KL City FC )






Keputusan Liga Super Malaysia | 19 Julai 2022

 

Dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada 19 Julai 2022 melibatkan Sabah FC bertemu Terengganu FC serta KDA FC menentang Sarawak United.

Perlawanan antara Sabah FC dan Terengganu FC bermula pada 8:15 malam, manakala perlawanan KDA FC dan Sarawak United bermula pada jam 9:00 malam.


Keputusan perlawanan



Sabah FC 2 - 1 Terengganu FC
45'+2' Manuel Gelito Ott ( Terengganu FC )
72' Park Tae-Su ( Sabah FC )
79' Park Tae-Su ( Sabah FC )


Kedah 3 - 1 Sarawak United 
9' Mahmoud Al Mardi ( KDA FC )
53' Uche Agba ( Sarawak United )
80' Mahmoud Al Mardi ( KDA FC )





Keputusan Liga Super Malaysia : 15 Julai 2022

 

Dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada 15 Julai 2022 melibatkan Sabah FC bertemu JDT serta Terengganu FC bertemu KDA FC.

Perlawanan antara Sabah FC dan JDT bermula pada 8:15 malam, manakala Terengganu FC dan KDA FC bermula pada jam 9:00 malam.

Keputusan perlawanan


Sabah FC 1 - 2 JDT

19' Park Tae Su ( Sabah FC )

26' Fernando Forestieri ( JDT )

90' + 6' Fernando Forestieri ( JDT )


Terengganu FC 2 - 1 KDA FC

13' Kpah Sherman ( Terengganu FC )

56' Manuel Gelito Ott  ( Terengganu FC )

90' + 2' Azammuddin ( KDA FC )










Banjir lagi di Kedah


Hujan lebat melebihi dua jam sejak pagi 12 Julai 2022 di negeri ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah Alor Setar dinaiki air.

Kenderaan yang melalui kawasan Lebuhraya Sultanah Bahiyah terpaksa memperlahankan kenderaan akibat paras air meningkat sekitar jam 1.00 petang . Selain itu beberapa kawasan perumahan di daerah ini juga ditenggelami air akibat banjir kilat berkenaan.

Penduduk, Ahmad Ikram Abu Talib, 37, berkata, walaupun rumahnya di Jalan Langgar dinaiki air paras buku lali namun dia bimbang jika hujan tidak berhenti akan menyebabkan air masuk ke dalam rumah.

Katanya, air longkang juga penuh dinaiki air menyebabkan jalan di kawasan taman perumahan itu dinaiki air.

Penduduk Langgar, Ismail Ahmad, 60, paras air Sungai Langgar juga sudah hampir penuh dan kebanyakan penduduk yang tinggal berhampiran sungai sudah mengangkat barangan sebagai persediaan untuk berpindah jika hujan masih berterusan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, pemantauan masih dilakukan sejak jam 1 tengahari tadi di kawasan yang sudah dinaiki air.

Katanya, hasil pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar di kawasan Kampung Alor Gunung mendapati paras air di kawasan itu naik berikutan hujan lebat sejak jam 7.30 pagi tadi.



"Paras air di Sungai Gunung dalam paras terkawal namun, pihak APM masih membuat pemantauan ketika ini dan dalam keadaan berjaga-jaga.

"Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah setakat ini dan pemantauan akan dilakukan di kawasan lain di daerah ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata,

pemantauan di seluruh daerah di negeri ini sedang dilakukan susulan hujan lebat hari ini.

Beliau berkata, namun sehingga kini keadaan masih terkawal dan paras air sungai di semua tempat masih berada di tahap waspada.

"Namun penduduk yang tinggal di kawasan berisiko iaitu berhampiran sungai dan rendah dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa jika keadaan hujan lebat berterusan.

"Setakat ini kita hanya menerima maklumat berkaitan paras air yang naik di daerah Kota Setar manakala daerah lain masih dalam pemantauan terutama di Kubang Pasu, Bandar Baharu, Baling dan Kulim manakala Yan dalam keadaan baik.

"Kita dah arahkan semua anggota APM di setiap daerah untuk melakukan pemantauan di kawasan masing-masing berikutan hujan yang masih belum berhenti setakat ini," katanya ketika dihubungi.


Kredit : 
• Harian Metro
• Berita Harian


#banjir2022 #kedahbanjir2022


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan