Liga Super Malaysia : 8 Mac 2022

 


Perlawanan kedua bolasepak  Liga Super Malaysia musim 2022, yang bermula pada 8 Mac 2022, jam 9.00 malam, yang hanya melibatkan satu perlawanan iaitu Penang FC melayan kunjungan Melaka United FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang setelah perlawanan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC telah ditangguhkan.

KEPUTUSAN PENUH

Penang FC 1 - 1 Melaka United FC
27' Muhammad Danial Ashraf [ Penang FC ]
41' Latiff Suhaimi - gol sendiri [ Melaka United FC ]


Ohh... ini sebabnya Hotdog boleh menjadi pembunuh kanak-kanak

Hotdog atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi. Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda amaran di letakkan di plastik pembungkus Hotdog kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak. 

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari Hotdog terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah Hotdog. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah Hotdog.

Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya, "Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, Hotdog" 

Lebih serius, beliau mengulas , " Apabila Hotdog telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya" -Dr Gary Smith, Pengarah  Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children's , Ohio.

Hotdog dan Kanser Usus

Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan maslaah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. 

Lebih menarik lagi, kanduangan Nitrite di dalam Hotdog dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia. 

Nitrite merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam Hotdog. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser. 

Menurut WHO's International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.

Bukan Makan Hari Hari, apa salahnya?

Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis , "ala, bukan makan hari hari" fikirkan semula. "Makanan Proses" dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.


Susu, buah-buahan "penawar" kesan Hotdog

Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam Hotdog. 

Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri Hotdog. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi "penawar" kepada bahan kanser yang di makan dari Hotdog.

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan "kesan buruk" dari pengambilan Hotdog.

Kesimpulannya, Hotdog atau Sosej, Halal atau Haram :

✅  Apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
✅  Jika anda begitu "bersungguh" untuk memberi Hotdog kepada anak anak, potong "penyendal saluran pernafasan" tersebut dengan kecil. 
✅ Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
✅  Bersederhana jangan makan terlalu kerap.


Kredit : Public Health Malaysia



Liga Super Malaysia : 5 Mac 2022

 


Baki perlawanan pertama bolasepak  Liga Super Malaysia musim 2022, bermula pada 5 Mac 2022, jam 9.00 malam, yang melibatkan dua perlawanan iaitu Sri Pahang FC melayan kunjungan Terengganu FC serta PJ City FC bertemu Melaka United FC.


KEPUTUSAN PENUH 


[ Perlawanan antara Sri Pahang FC dengan Terengganu FC ditangguhkan ]

Sri Pahang FC 0 - 0 Terengganu FC


PJ City FC 1 - 0 Melaka United FC

42' Kumaahran Sathasivam [ PJ City FC ]



Liga Super Malaysia : 4 Mac 2022

 


Perlawanan bolasepak Malaysia musim 2022 terutamanya Liga Super kembali menemui peminat, bermula pada 4 Mac 2022 yang melibatkan empat perlawanan iaitu antara Sabah FC dan Negeri Sembilan FC, Sarawak United dan Kedah Darul Aman FC, JDT dan Penang FC serta KL City dan Selangor FC.

Perlawanan melibatkan Sabah FC dan Negeri Sembilan FC serta Sarawak United dan Kedah Darul Aman FC bermula awal.


KEPUTUSAN PENUH


Sabah FC 0 - 1 NSFC
52' Khair Jones [ NSFC ]


Sarawak United 0 - 1 KDA FC
17' Ronald Ngah Wanja [ KDA FC ]


JDT 1 - 0 Penang FC
70' Bergson [ JDT ]


KL City 3 - 3 Selangor FC
18' Hyuri [ Selangor FC ]
20' Zhafri Yahya [ KL City ]
27' Caion ( penalti ) [ Selangor FC ]
32' Muhammad Hadin [ KL City ]
60' Ryan Lambert [ KL City ]
78'  Caion ( penalti ) [ Selangor FC ]



Keputusan perlawanan bola sepak Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2022


Untuk makluman, aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih tidak akan menjadi sebahagian daripada aksi Liga Malaysia (Liga M) bagi saingan musim 2022 ini.

Perlawanan bagi merebut trofi Piala Sumbangsih di antara pasukan JDT menentang KL City FC berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada hari Sabtu, 26 Feb 2022 bermula pada pukul 9.00 malam.



KEPUTUSAN PENUH


JDT 3 - 0 KL City

26' Nazmi Faiz Mansor ( JDT )

31' Forestieri Fernando Martin ( JDT )

83' Afiq Fazail ( JDT )



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan