Petua yang perlu dibuat untuk menginap di hotel setelah lama terkurung sepi

 


Perkongsian dari Ustaz Kazim kepada mereka yang selalu  "outstation" inuntuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel atau homestay, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya :


1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah.

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

😎 Jangan tinggal solat


Semoga bermanfaat


Aamiin...🌹

Keputusan TM Piala Malaysia : 27 September 2021


Empat perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung pada hari ini (27/09/2021), jam 9.00 malam melibatkan lapan pasukan bola sepak Liga Malaysia yang berada di dalam kumpulan A dan B.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Kumpulan C


KDA FC 3 - 0 Kelantan United

14' Mohd Syazwan Zainon [ KDA FC ]

45'+2' Tchetche Kipre [ KDA FC ]

54' Mohd Syazwan Zainon [ KDA FC ]


Melaka United 2 - 0 Negeri Sembilan FC

27' Adriano [ Melaka United ]

65' S. Kumaran [ Melaka United ]



Kumpulan D


JDT 2 - 0 Kelantan FC

29' Bergson [ JDT ]

49' Safawi Rasid [ JDT ]


PJ City 1 - 1 Sabah

20' Park Tae Su  [ Sabah ]

79' Darren Lok [ PJ City ]








ISU TEKNOLOGI "DEEP FAKE" YANG DIKAITKAN DENGAN EBIT LEW

Walaupun saya bukanlah pentaksub susuk tubuh bernama Ebit Lew, namun ketika isu rakaman video aksi nakal beliau mula disebarkan, saya tidak terus terima ( tidak terus percaya ).

Salah dua perkara yang saya musykil, jika perkara itu benar, mengapa si abang yang sumpah laknat, bukan adik perempuannya... Kedua, mengapa tidak terus dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan?

Pemalsuan bukti berbentuk gambar dan video untuk memburukan orang lain telah lama berlaku sejak tahun 1990-an, cuma perkakasan dan perisiannya belum secanggih masa kini. KECUALI pengakuan sendiri oleh Chua Soi Lek ke atas satu video seks yang tersebar di internet beberapa tahun dahulu. 

Namun yang mendukacitakan, ada satu kumpulan pemuda parti politik yang siap membuat banner dengan ayat yang kurang lebih begini : "Kami berdiri di belakang Chua Soi Lek" dan memanggil wartawan untuk siaran tv...


Yang benar,


Ahmad Zaki 

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri, bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

Keputusan TM Piala Malaysia - PM1 : 26 September 2021


📺 Saksikan siaran langsung perlawanan malam ini bermula pukul 9.00 malam di unifiTV 701-705, unifi playTV dan YouTube unifi.

⛔️ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton di stadium.

Pasukan bola sepak yang akan memulakan persaingan adalah dari kumpulan A dan B seperti berikut :

Penang FC 1 - 3 Sarawak United FC

47' Uche Agba [ Sarawak United FC ]

54' Khair Jefri Jones [ Sarawak United FC ]

56' Al Hafiz Harun [ Penang FC ]

58' Uche Agba [ Sarawak United FC ]



Kuala Lumpur City FC 3 - 1 Sri Pahang FC

19' Daniel Ting [ Kuala Lumpur City FC ]

48' Romel Morales [ Kuala Lumpur City FC ]

73' Romel Morales [ Kuala Lumpur City FC ]

79' Giancarlo Gallifuoco - gol sendiri [ Sri Pahang ]




Selangor FC 1 - 0 Perak FC

80' Ifedayo Olusegun - penalti [ Selangor FC ]



Terengganu FC 2 - 0 Kuching City FC

21' - Lee Tuck [ Terengganu FC ]

50' Faisal Abdul Halim [ Terengganu FC ]


#TMPialaMalaysia2021 #bolasepak

Tengahari tanpa bayang di garisan Khatulistiwa


Pada hari Khamis, 23 September 2021 bermula pada pukul 03:21 pagi, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. 

Dalam tempoh sehari tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. 

Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak-Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengahari "tanpa bayang" kerana Matahari akan berada betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks. 


Kredit : 

- Planetarium Negara 


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan