Wajarkah Hamidin letak jawatan di FAM ?

 


Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) menjadi sasaran segelintir pengkritik awam bola sepak Malaysia untuk meletakkan jawatan beliau. Hal ini terjadi berikutan kekalahan Malaysia pada United Arab Emirates yang berlangsung pada 4 Jun 2021.

Pendapat saya pula terbahagi kepada dua. Pertama, tidak wajar beliau meletak jawatan kerana sememangnya idea dan perancangan skuad bola sepak Harimau Malaya tidak mencapai tahap kematangan yang diperlukan lantaran masalah wabak Covid 19 yang membadai dunia.

Malaysia dan beberapa negara lain tidak dapat berlatih dengan sempurna. Iya, pasti ada yang akan berkata kenapa pasukan UAE boleh pula menang...?

Senang cerita macam ini... Setiap orang lain rezekinya, lain tahapnya. Tahap pemain UAE tu berlatih sikit pun dah dapat tahap yang memuaskan. Mungkin disebabkan oleh persekitaran bola sepak di negara mereka yang lebih positif, namun apabila tiba pada Malaysia, pemain bola sepak negara kita ini dah memang jenis yang perlu latihan yang lama untuk mencapai potensi yang tinggi.

Apabila terjadinya masalah wabak Covid Sembilan Belas, maka terjejaslah persiapan mereka.

Datuk Haji Hamidin adalah individu yang paling sesuai selepas Tunku Mahkota Johor. Beliau dilihat meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tunku Ismail iaitu segala perancangan bagi memperbaiki mutu bola sepak Malaysia secara total. 

Pendapat saya yang kedua, wajar untuk Datuk Haji Hamidin melepaskan jawatan beliau di FAM jika ada individu yang sehebat TMJ atau yang lebih bagus dari Datuk Haji Hamidin dalam menguruskan bola sepak di Malaysia secara telus dan tanpa culas pada pengurusan kewangan.


Coretan :

Ahmad Zaki,

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Teknologi Maklumat Multimedia, Unifield International Collage

- Pengasas URUTAN - Tanjung Rimau Dalam




Cukup sudah dengan pendatang asing !


Ini namanya "kaduk naik junjung". Sebelum ini dah dibantu tapi dah mula nak minta macam-macam, ikut perangai zionis yahudi.  UNHCR pula nak paksa  Malaysia terima pelarian ini. Tak nak pula mereka ambil dan bela pelarian ni dalam office mereka .

Malaysia sudah sekian lama menerima kemasukan pendatang asing, sama ada dengan izin mahupun yang masuk secara haram. Kita sudah lelah dengan kehadiran warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar,Nepal dan pelbagai lagi.

Ada yang memang benar-benar mencari pekerjaan dan sampai masa balik ke negara asal. Ada yang terus tinggal bekerja atau berniaga di sini, malah berkahwin dengan warga tempatan. Paling menjahanamkan lagi, ada segelintir kalangan mereka membawa bersama penyakit berjangkit. Bagi menambah lebih parah, mereka membuat jenayah dan gangguan sosial di kalangan masyarakat Malaysia. 

Ada beberapa kes yang dimaklumkan, wanita warga tempatan dibawa pulang ke negara asal dan dipaksa bekerja berat dan memakan makanan yang haram. Lebih teruk lagi wanita warga Malaysia itu "digunakan" juga oleh beberapa ahli keluarga lelaki warga asing berkenaan. Love scam, black money dan keldai dadah adalah antara jenayah yang melibatkan warga asing yang memperdayakan warga tempatan Malaysia.

Paling membimbangkan kalau ada orang politik yang membela pendatang asing ini untuk dijadikan pengundi hantu semasa pilihanraya umum.

COVID 19 : varian lama vs varian baru


Gelombang kali ini berbeza kerana ada varian baru yang boleh lepasi saringan, tiada simptom dan cepat merebak dalam tubuh. 


Empat varian #COVID19 membimbangkan di Malaysia :

• Virus varian India (B.1.617)

• Virus varian United Kingdom (UKK B.1.1.7)

• Virus varian Afrika Selatan (AS B.1.351)

• Virus varian Nigeria SARS-CoV-2 (B1.525)


Rumah kita adalah tempat yang paling selamat. Kekal berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.


#dudukrumah 

#kitajagakita

Keputusan perlawanan bola sepak UAE - Malaysia : Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023


Perlawanan bola sepak bagi Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, Kumpulan G antara UAE dan Malaysia di Zabeel Stadium, Dubai.

Perlawanan bermula pada jam 12.45 am ( 4 Jun 2021 / Jumaat ), waktu Malaysia.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

United Arab Emirates 4 - 0 Malaysia

19' Ali Mabkhout (UAE)

83' Fabio (UAE)

90' Ali Mabkhout (UAE)

92' Fabio (UAE)






Israel bertukar kerajaan yang baharu

Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Rabu berkata, beliau berjaya membentuk sebuah kerajaan campuran bagi menamatkan pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum tamatnya tempoh yang diberikan Presiden Israel, Reuven Rivlin kepadanya bagi membentuk kerajaan selepas Netanyahu sebelum ini gagal untuk berbuat demikian.

Lapid berjaya membentuk kerajaan campuran tersebut setelah mengadakan rundingan dengan beberapa buah parti politik lain bagi menyingkirkan Perdana Menteri yang telah memerintah Israel bagi tempoh yang lama itu.

"Saya berjaya," menurut Lapid menerusi akuan Facbooknya seperti dilaporkan oleh AFP.

Berikutan kejayaan itu, seorang jutawan yang juga bekas Menteri Pertahanan dari Parti Yamina, Naftali Bennett, 49, akan menjadi Perdana Menteri baharu dalam sebuah kerajaan campuran sebelum Lapid mengambil alih dan berkhidmat selama dua tahun.

Lapid dan rakan-rakan pakatannnya itu mempunyai tempoh seminggu sebelum 120 Ahli Parlimen Israel mengundi untuk mengesahkan kerajaan baharu Israel itu.

Beliau dari parti Yesh Atid pada Ahad lalu memperoleh sokongan dari Bennett bagi membentuk kerajaan campuran.

Pembentukan kerajaan baharu itu dibuat selepas parti-parti politik gagal mendapat majoriti dalam pilihan raya umum yang diadakan pada Mac lalu.

Ia merupakan pilihan raya kali keempat dalam tempoh dua tahun selepas bajet kerajaan di bawah pemerintahan Netanyahu gagal diluluskan oleh Parlimen Israel sebelum ini. - Agensi


Kredit : Sinar Harian

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan