Panduan lengkap bisnes burger


Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Amat sesuai dilakukan oleh anak muda mahupun mak bapa muda. ✌🏻😅

Di sini saya kongsikan satu panduan untuk rakyat Malaysia yang ingin menjalankan perniagaan burger dengan lebih teratur dan nampak berketerampilan tinggi walaupun berniaga di tepi jalan.

Klik pautan di bawah ini bagi membaca pengenalan dan mendapatkan panduan berkenaan :

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5140_49_1_220


#berniaga #burger 

PKP 3 : Sebelas perkara penting yang perlu kita tahu

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula berkuat kuasa pada 12 Mei 2021, seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin


Berikut antara perincian berkenaan PKP tersebut :


1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.


2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kendurikendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. 

Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.


3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.


4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.


5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. 

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. 

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarka.


7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.


8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.


9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. 

Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.


10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan.


11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.


Kredit : 

- Astro Awani ( Harits Asyraf Hasnan)


Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Mei 2021

 


Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 9 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Melaka United, PJ City, Perak, Sri Pahang, Selangor dan Terengganu.

Semua perlawanan bermula pada jam 10.00 malam.

⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Melaka United 0 - 0 PJ City

00' ⚽ -  (  )



Perak 2 - 3 Sri Pahang

34' ⚽ - Aung Kaung Mann ( Sri Pahang )

58' ⚽ - Kenjok Athiu ( Sri Pahang )

68' ⚽ - penalti - Leandro ( Perak )

88' ⚽ - Kenjok Athiu ( Sri Pahang )

90+2' ⚽ - Careca ( Perak )


Selangor 1 - 2 Terengganu

50' ⚽ - penalti - Ifedayo ( Selangor )

72' ⚽ - Engku Muhammad ( Terengganu )

87' ⚽ - Carlos De Murga ( Terengganu )




Keputusan Liga Super Malaysia : 8 Mei 2021

 


Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 8 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Sabah, Kedah, Penang, JDT, UiTM dan Kuala Lumpur.

Perlawanan antara Sabah dan Kedah bermula pada jam 9.15 malam, manakala lain-lain perlawanan bermula pada jam 10.00 malam.

⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Sabah FC 0 - 1 Kedah

77' ⚽ - Kpah Sherman ( Kedah )



Penang 0 - 3 JDT

16' ⚽ - Safawi Rasid ( JDT )
43' ⚽ - Bergson ( JDT )
51' ⚽ - Mohamadou Sumareh ( JDT )



UiTM 1 - 1 Kuala Lumpur

84' ⚽ - Yong Hyun Kwon ( UiTM )
90+4' ⚽ - Shukor Adan ( Kuala Lumpur )


Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Mei 2021

  

Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 5 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Sabah FC, Melaka United FC, Petaling Jaya City FC, Perak, Sri Pahang dan Selangor.

Perlawanan melibatkan Sabah FC dan Melaka United FC bermula pada jam 9.15 malam. Manakala lain-lain perlawanan bermula jam 10.00 malam.


⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Sabah FC 3 - 1 Melaka United FC

6' ⚽ - Amri Yahyah ( Sabah FC )
16' ⚽ - Azizan Nordin ( Sabah FC )
47' ⚽ - Amri Yahyah ( Sabah FC )
65' ⚽ - Fakhrullah Rosli ( Melaka United FC )


Petaling Jaya City FC 0 - 1 Perak FC

26' ⚽ -  Sergio Aguero ( Perak FC )


Sri Pahang FC 2 - 2 Selangor FC

48' ⚽ - Manuel Hidalgo ( Sri Pahang FC )
76' ⚽ - Hein Aung ( Selangor FC )
87' ⚽ - Ifedayo Olusegun ( Selangor FC )
90+6' ⚽ - Abdul Mat Ariff ( Sri Pahang FC )


⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽




#ligasupermalaysia #ligamalaysia


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan