Keputusan Liga Super Malaysia : 6 April 2021

Perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia telah berlangsung pada pukul 9.00 malam, 6 April 2021, kecuali perlawanan yang melibatkan Sabah bertemu JDT yang bermula lebih awal.

Perlawanan lain yang berlangsung pada malam ini ialah Melaka United - Penang, Selangor - Kedah dan Sri Pahang - Terengganu


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Sabah FC 1 - 4 JDT
6' Arif Aiman ( JDT )
7' Bergson ( JDT )
58' - penalti - Levy Madinda ( Sabah FC )
68' Bergson ( JDT )
87' - penalti - Leandro Velazquez ( JDT )


Melaka United 1 - 2 Penang FC
39' Casagrande ( Penang FC )
48' Casagrande ( Penang FC )
62' Stefan Nikolic ( Melaka United )


Selangor FC 1 - 2 Kedah Darul Aman FC
33' Oliver Buff ( Selangor FC )
79' - penalti - Kpah Sherman ( Kedah Darul Aman FC )
85' Tchetche Kipre ( Kedah Darul Aman FC )


Sri Pahang FC 1 - 1 Terenganu FC
18' Nor Azam Azih ( Sri Pahang ) 
75' - penalti - Jordan Mintah ( Terengganu FC )


Sia-sianya otak Zulkifli Haron

Zulkifli Haron, pemilik Zull Design Autotronic,  mahu membuka sebuah kilang yang akan mengeluarkan kereta yang boleh memandu sendiri pada tahun 1985, pengurus bank juga akan bimbang kerana teknologi itu tidak wujud di Malaysia. Sebelum itu beliau telah berjaya mencipta kereta yang digelar "kereta hantu" ala-ala kereta berkomputer dalam drama bersiri Knight Rider. 

Pihak tertentu di Amerika Syarikat pernah berhajat mengambil beliau untuk berkhidmat di negara kafir berkenaan namun beliau menolak atas alasan ingin berbakti untuk Malaysia.

Zulkifli Haron sepatutnya diberi jawatan yang sewajarnya dalam Proton atau Produa. Jika demikian,  kita dapat melihat teknologi seperti kereta Proton X70  dan X50 yang jauh lebih baik pada tahun 1980-an.

Beliau juga ada teknologi untuk mengawal sempadan negara dari pencerobohan. Suatu ciptaannya yang melangkaui zaman namun pihak berkuasa di Malaysia sekali lagi mensia-siakan bakat ajaib yang ada ini 

Zulkifli Haron juga telah banyak membantu usahawan kecil dan sederhana dalam penciptaan pelbagai mesin pemproses makanan dan minuman .


#zulkifliharon #zulldesignautotronic

Keputusan Liga Super Malaysia : 3 April 2021

 

Perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia telah berlangsung pada pukul 9.00 malam, 3 April 2021 ( kecuali perlawanan yang melibatkan Kuala Lumpur City dan Sabah FC yang bermula lewat kerana masalah teknikal di stadium ). Perlawanan lain yang berlangsung ialah melibatkan tiga perlawanan antara Penang FC - Perak FC dan UiTM FC - Selangor FC



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 



Kuala Lumpur City 0 - 0 Sabah FC  
0' 


Penang FC 2 - 1 Perak FC  
10' Careca ( Perak FC )
42' Casagrande ( Penang FC )
70' Rafael ( Penang FC )


UiTM FC 0 - 2 Selangor FC  
12' Oliver Buff ( Selangor FC )
40' ( Selangor FC )

----------------------------------------------------------------------------------




Keputusan Liga Super Malaysia : 2 April 2021

Perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia telah berlangsung pada pukul 9.00 malam, 2 April 2021, melibatkan tiga perlawanan antara JDT - Melaka United,  KDA FC - Sri Pahang FC dan Terengganu FC - Petaling Jaya City FC.



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 


JDT 3 - 0 Melaka United  
4' Adam Nor Azlin ( JDT )
8' Bergson ( JDT ) 
82' Bergson ( JDT ) 


KDA FC 3 - 1 Sri Pahang FC 
37' Baddrol Bakhtiar ( KDA FC )
42' Muhd Nur Izzat Che Awang ( Sri Pahang FC )
48' Kpah Sherman ( KDA FC )
71' Baddrol Bakhtiar ( KDA FC )

Terengganu FC 0 - 0 Petaling Jaya City FC






Senarai pendek pasukan Liga M3 tahun 2021

 


14 PASUKAN DISENARAI PENDEK KE LIGA M3 2021


Susulan daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amateur Football League (AFL) yang pertama pada 26 Mac lalu, AFL, hari ini, mengumumkan nama pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

 

14 pasukan adalah seperti berikut:


1. Armed Forces FC

2. BRM FC

3. Cyberlynx FC

4. FC Langkawi

5. Harini KS FC

6. Kijang Rangers FC

7. Kinabalu Jaguars FC

8. KSR Sains FC

9. Kuala Kangsar FC

10. Langkawi City FC

11. Manjung City FC

12. MNY FC

13. PIB FC

14. Real Chukai FC


Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, sebanyak 23 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Liga M3 2021. 

“Selain daripada 14 Pasukan di atas, maksimum 6 pasukan yang masih lagi disaring akan dipilih oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai pasukan akhir yang bertanding. 

“Antara faktor yang menyebabkan pasukan gagal di dalam proses saringan dokumen adalah tiada sokongan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (PBN), status kewangan yang tidak kukuh atau gagal untuk menghantar dokumen lengkap yang berkaitan.

“Seperti yang diumumkan 23 Disember 2020, AFL kini sedang dalam proses penstrukturan semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesional di mana konsep atau format pertandingan yang baharu akan dikongsi kelak selepas pengumuman senarai akhir pasukan yang bertanding.

“Antara kriteria penting yang menjadi pengukur proses saringan dokumen untuk bertanding di dalam Liga M3 2021 adalah kesukanan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan perundangan. 

“Bagi musim ini juga, AFL telah membuka slot tambahan kepada pasukan baharu menerusi kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) sekali gus memberi peluang yang sama rata kepada pasukan yang mempunyai hasrat untuk bertanding. 

“Proses saringan dokumen ini telah dijalankan dengan adil ke atas semua pasukan di mana AFL telah memastikan komunikasi yang telus bersama mereka (pasukan),” jelasnya lagi. 

Selain itu, Datuk Wira Mohd Yusoff turut berkongsi bahawa pasukan daripada Liga M4 juga diberi peluang untuk menyertai Liga M3 menerusi slot tambahan yang ditawarkan oleh AFL namun setakat ini hanya Real Chukai sahaja yang berjaya mengemukakan dokumen secukupnya.  

Bagi memastikan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M3 2021 bersedia untuk melangkah ke liga profesional, AFL juga akan bekerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanakan dasar pelesenan dan penswastaan kelab di peringkat liga amatur bagi menjamin kualiti pasukan-pasukan Liga M3 dari segala aspek untuk tahun-tahun seterusnya,” katanya. 


#AFL #LigaM32021


Kredit : Amateur Football League

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan