Siapa si Biden ni?



CALON Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Keputusan menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun untuk memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation' juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

Keputusan terkini :



Siapa Joe Biden? Ini lima fakta ringkas presiden baharu Amerika Syarikat 

HAMPIR 30 tahun menanti, Joseph Robinette Biden Jr. atau Joe Biden, 77, kini menggalas tugas berat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

Tidak seperti dua percubaan sebelum ini, ramai melihat Biden 'masuk gelanggang' tahun ini dengan banyak kelebihan. Justeru, kemenangannnya tidak begitu mengejutkan.

1) Biden pernah mengalami masalah gagap semasa remaja. Ia tidak menghalangnya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan di sana, dia bertemu seorang rakan yang membantunya mengatasi masalah itu.

2) Beliau dipilih sebagai senator ketika berusia 29 tahun.

3) Biden pernah mencalonkan diri sebagai presiden pada tahun 1988 dan 2008. Beliau merupakan Naib Presiden semasa pentadbiran Barack Obama.

4) Biden tidak pernah minum minuman keras kerana sejarah masalah ketagihan alkohol pernah berlaku dalam keluarganya.

5) Pada 18 Disember 1972, isteri dan anak perempuannya yang berusia setahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Dua anak lelakinya, Beau dan Hunter, cedera parah, tetapi berjaya pulih sepenuhnya. Tragedi itu membuatkan Biden hampir bersara dari politik.


Kredit :

Astro Awani

- Isabelle Leong 

- Madiha Abdullah

Piala Malaysia : 7 November 2020

 


Dua perlawanan berlangsung pada 7 November 2020, 9.00 malam yang melibatkan pertembungan antara Perak menentang Kelantan United serta Terengganu menentang Petaling Jaya City FC.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

Perak 4 - 0 Kelantan United 

6'  Leandro (Perak)

20' Leandro (Perak)

48' Leandro (Perak)

90' + 1' Careca (Perak)

Terengganu 1 - 0 Petaling Jaya City FC

37' - Sanjar Shaakhmedov (Terengganu)




'Twindemic' mungkin muncul di Malaysia hujung tahun 2020

KUALA LUMPUR : Malaysia dijangka mengalami twindemic atau pertembungan antara dua wabak iaitu influenza dan COVID-19, pada hujung tahun ini.

Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan 'pandemik berkembar' itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan COVID-19, secara mendadak.

"Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

"Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang," katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI pada Khamis.

Ekoran itu, Zamberi menasihati orang ramai terutamanya mereka yang berada dalam kategori berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza memandangkan penyakit itu boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.

"Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan.

"Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan," tambahnya.

Walaupun begitu katanya, kesedaran mengenai penggunaan vaksin untuk mencegah jangkitan influenza dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kredit :

Gambar - Bernama

Teks - Astro Awani


Piala Malaysia : 6 November 2020

 


Tiga perlawanan Piala Malaysia (format kalah mati) berlangsung pada 6 November 2020  yang melibatkan perlawanan JDT dengan Kuching City FC, Kedah dengan Pahang serta Pulau Pinang dengan Felda United.


KEPUTUSAN PENUH

JDT 1 - 0 Kuching City FC

19' Aiman ( JDT )

Kedah 3 - 2 Pahang

17' Shakir Hamzah ( Kedah )

35' Kpah Sherman ( Kedah )

44' Tchetche Kipre ( Kedah )

49' Muslim Ahmad ( Pahang )

88' Mohd Faizal Abdul Rani ( Pahang )

Pulau Pinang 3 - 1 Felda United

37' Casafrande ( Pulau Pinang )

49' Nicolas Leandro Velez ( Felda United )

62' Mohamed Amer ( Pulau Pinang )

76' Chang Hoon Lee ( Pulau Pinang )


Cecair di kubur bukan darah

Polis tidak menolak kemungkinan insiden kubur berdarah di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga Alor Setar, Kedah pada September lalu ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Malah, polis mengesahkan cecair merah yang ditemui di kubur berkenaan adalah cecair campuran dengan bahan berminyak dan bukannya darah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, hasil ujian ke atas cecair merah itu mendapati ia bukan darah sebaliknya campuran bahan yang menjadikannya seolah-olah darah.

Katanya, cecair itu berkemungkinan diletakkan oleh individu tertentu yang dikaitkan dengan perbuatan khianat.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja individu nakal.

"Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Media pada 20 September lalu, melaporkan kisah kubur berdarah yang tular di laman media sosial sehingga mengundang andaian yang boleh mengaibkan jenazah yang baharu dikebumikan dua minggu.

Berikutan itu, jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis berkaitan video dan kisah yang tular itu untuk disiasat.

Kredit : Zuliaty Zulkiffli, Harian Metro (online)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan