Piala Malaysia : 6 November 2020

 


Tiga perlawanan Piala Malaysia (format kalah mati) berlangsung pada 6 November 2020  yang melibatkan perlawanan JDT dengan Kuching City FC, Kedah dengan Pahang serta Pulau Pinang dengan Felda United.


KEPUTUSAN PENUH

JDT 1 - 0 Kuching City FC

19' Aiman ( JDT )

Kedah 3 - 2 Pahang

17' Shakir Hamzah ( Kedah )

35' Kpah Sherman ( Kedah )

44' Tchetche Kipre ( Kedah )

49' Muslim Ahmad ( Pahang )

88' Mohd Faizal Abdul Rani ( Pahang )

Pulau Pinang 3 - 1 Felda United

37' Casafrande ( Pulau Pinang )

49' Nicolas Leandro Velez ( Felda United )

62' Mohamed Amer ( Pulau Pinang )

76' Chang Hoon Lee ( Pulau Pinang )


Cecair di kubur bukan darah

Polis tidak menolak kemungkinan insiden kubur berdarah di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga Alor Setar, Kedah pada September lalu ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Malah, polis mengesahkan cecair merah yang ditemui di kubur berkenaan adalah cecair campuran dengan bahan berminyak dan bukannya darah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, hasil ujian ke atas cecair merah itu mendapati ia bukan darah sebaliknya campuran bahan yang menjadikannya seolah-olah darah.

Katanya, cecair itu berkemungkinan diletakkan oleh individu tertentu yang dikaitkan dengan perbuatan khianat.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja individu nakal.

"Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Media pada 20 September lalu, melaporkan kisah kubur berdarah yang tular di laman media sosial sehingga mengundang andaian yang boleh mengaibkan jenazah yang baharu dikebumikan dua minggu.

Berikutan itu, jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis berkaitan video dan kisah yang tular itu untuk disiasat.

Kredit : Zuliaty Zulkiffli, Harian Metro (online)

Sepi, lengang, sunyi di Bandar Melaka

 


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu memberi kesan ketara terhadap kehadiran pelancong di negeri ini.

Ini kerana pelancong dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah antara pelancong paling ramai mengunjungi Melaka dan hasil tinjauan di beberapa lokasi pelancongan popular di bandar dan di pantai peranginan Pantai Puteri serta Pantai Pengkalan Balak mendapati lokasi berkenaan lengang dan tidak seperti biasa sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

Tinjauan di beberapa jalan utama di Bandar Hilir yang sebelum ini dipenuhi pelancong didapati lengang berikutan kekurangan pelancong.

Di Pantai Puteri, kesesakan lalu lintas di Kampung Pengkalan Perigi, Pantai Jaring, Pantai Rombang dan Pantai Kundor yang sebelum ini sesak dengan pelbagai jenis kenderaan kini sunyi. Situasi sama turut disaksikan di Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Padang Kemunting.

Keadaan itu menyukar peniaga di kawasan berkenaan akibat pendapatan yang terjejas, dalam masa masa membimbangkan kebanyakan peniaga di kawasan terbabit.

Salah seorang pengusaha bot pisang, Amri Zul, 30, berkata, perniagaannya mencatatkan penurunan perolehan sejak PKPB dilaksanakan di Lembah Klang beberapa minggu lalu.

“Pada setiap hujung minggu sebelum ini, pantai ini menerima kehadiran pengunjung yang ramai, terutama dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tetapi sejak PKPB dikuatkuasakan, jumlah pengunjung boleh dikira dengan jari,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika mengulas mengenainya berkata, PKPB di Lembah Klang menjejaskan pemulihan industri pelancongan di negeri ini.

“Lalu lintas di Banda Hilir dan kawasan pelancongan yang lain sekarang menjadi lengang, tidak seperti sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

“Pemain industri pelancongan mengeluh dan terbeban akibat penyusutan perolehan dan mereka mencuba merendahkan harga, memperkenalkan pelbagai pakej menarik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk menarik kehadiran pelancong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap PKPB tidak disambung selepas 9 November ini bagi memberi peluang kepada industri pelancongan kembali rancak, sekali gus menceriakan pengusaha industri pelancongan serta kerajaan negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan memutuskan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya tamat pada kelmarin, dilanjutkan selama 14 hari lagi hingga 9 November ini.


Kredit :

- Nona (laman web : gambar)

- Melaka Hari Ini ( laman web : teks )

- Wikipedia ( laman web : gambar )

- Berita Harian ( laman web : gambar )


Logo Kelantan FC terkini yang telah diubahsuai

Kelantan FC secara rasmi telah mengumumkan logo baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman berkata, logo itu merupakan ciptaan Muhammad Afiff Hakimi Anuar yang memenangi pertandingan mencipta logo sebelum ini dan telah ditambah baik untuk dijadikan logo rasmi Kelantan FC dalam saingan Liga-M.

Logo asal yang dipilih sebagai pemenang pertandingan

URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam
Logo yang telah diubahsuai mengikut kehendak Norizam Tukiman

"Perubahan logo baharu itu seiring dengan aspirasi dan misi pasukan sebagaimana dilakukan kelab bola sepak terkenal di dunia seperti Liverpool dan Juventus selain pengeluar barangan sukan ternama, Nike.

"Alhamdulillah, selepas mengambil alih pengurusan pasukan The Red Warriors (TRW) satu pertandingan membuat logo baharu dibuat...daripada ratusan yang di hantar, saya memilih logo hasil Muhammad Afiff berikutan reka bentuk sudah menarik hati tetapi logo kijang sahaja berbeza," katanya dalam satu kenyataan .

Norizam turut berkata, beliau sudah menjangka lebih awal timbul kecaman sebaik sahaja logo itu diperkenalkan di laman sosial.

"Ada segelintir penyokong yang tidak sabar, mahukan yang terbaik walaupun sudah ada kenyataan (bahawa) logo pemenang bukanlah logo muktamad yang akan diguna pakai pada permulaan musim 2021 nanti.

Sedikit pengubahsuaian dilakukan bagi memastikan keseluruhan imej pada logo itu menepati kehendak daripada segi maksudnya," katanya.

Memperincikan maksud logo itu, jelasnya, imej dua bintang berbucu lima melambangkan perpaduan kuat di antara penyokong dan pasukan TRW.

"Bulatan emas menyerlahkan betapa berharganya pasukan TRW Kelantan FC bagi membawa pasukan ke peringkat lebih tinggi baik daripada pengurusan dan kualiti permainan," katanya.

Norizam juga berkata, bagi bentuk 11 palang melambangkan 11 jajahan di seluruh Kelantan yang bakal melahirkan pemain bola yang berkualiti, berdisiplin dan hebat.

"Logo kijang digarap dengan wajah tegas dan garang menandakan pengurusan serta pasukan bersungguh-sungguh mencapai misi dan visi pasukan kemenangan.

"Warna merah melambangkan warna semangat berani berjuang hingga ke minit terakhir perlawanan, logo adalah lambang pasukan. Semangat adalah isi kekuatan kemenangan dan fokus menjaringkan gol tanpa lupa bertahan adalah misi kejuaraan pasukan TRW," katanya. 


Kredit : Bernama

Orang politik berebut Sabah, Rakyat jelata mendapat musibah

 

Pilihanraya Negeri Sabah tahun 2020 membawa musibah

IKHTIBAR MALAPETAKA DARI SABAH KETIKA DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI DI SABAH

Rasa sangat kecewa dan sedih dengan sebilangan gelagat orang politik ketika ada pilihanraya di Sabah seperti Zombi lapar ! Lepas habis pilihanraya,  balik penyakit. 

Sepatutnya masa pilihanraya di Sabah, orang politik dan penyokong yang dari LUAR Sabah TIDAK masuk ke dalam Sabah. Biarkanlah rakyat Sabah yang buat kerja. Mereka ramai bijak pandai.

Masa kempen pilihanraya, bukan semua yang reti nak ikut SOP. Ada yang bersalam dan bersentuh sana sini, cuit pipi budak-budak, bersembang dekat dan bersesak-sesak melawat penduduk sekitar. 

Sokongan sepatutnya boleh dizahirkan melalui laman web atau media sosial rasmi parti politik masing-masing dengan membuat siaran "live streaming" semasa berkempen dan semasa hari mengundi.

Tan Sri Dr. Norhisham dah banyak kali pesan tentang pematuhan SOP..... 😑 Sekarang lihat apa yang jadi...

Yang paling terbeban ialah orang biasa  yang berniaga kecil di jalanan dan peniaga kecil yang berkedai. Makan minum pun bersukat, tak boleh main tunjuk-tunjuk je.... Sungguh berbeza dengan para "yang berhormat". Mereka ada gaji tetap, ada elaun walaupun ketika wabak melanda.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan